Kuala Krai Lata Y Keruh Disebabkan Hujan Lebat


Keadaan air di Lata Y menjadi keruh adalah disebabkan berlakunya hujan lebat di bahagian atas kawasan berkenaan sehingga menghakis tebing-tebing sungai di kawasan sekitarnya.
Selasa lalu, satu status yang dimuat naik ke Facebook Kuala Krai Kini menyatakan Air Terjun Lata Y Kuala Krai terjejas akibat pembalakan di Hutan Simpan Sungai Rek, Kuala Krai.
Bagaimanapun, tinjauan yang dilalukan di kawasan sekitar Lata Y pada petang semalam mendapati keadaan Air Terjun Lata Y kembali pulih dan tidak lagi keruh seperti air ‘teh beng’ (teh ais).
Menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah berkata, pemantauan di Lata Y pada Khamis lalu mendapati keadaan air di kawasan berkenaan semakin pulih daripada kekeruhan yang ditularkan sebelum ini.
Katanya, semakan mendapati, terdapat dua lesen aktif pada masa ini yang berhampiran dengan kawasan Lata Y iaitu kelulusan projek pembangunan ladang hutan dengan anggaran jarak kedua-dua projek berkenaan, masing-masing kurang satu dan 1.2 kilometer (km).
“Walau bagaimanapun, hasil semakan, kedua-dua kawasan lesen ini sudah mendapat kelulusan Laporan Kajian Penilaian kesan kepada Alam Sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkenaan juga mematuhi segala syarat-syarat yang terkandung di dalam laporan EIA yang diluluskan.
“Pihak pelesen juga tidak melakukan sebarang tebangan pokok berhampiran dengan kawasan buffer zone (zon penampan) sungai seluas 50 meter (m), malah mereka juga sudah mengambil inisiatif untuk menambah seluas 10 m lagi bagi menjaga kawasan buffer zone dengan tidak melakukan sebarang tebangan di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Abdul Khalim berkata, sebagai langkah kawalan, pihaknya sudah mengarahkan pihak pelesen supaya memberhentikan kerja-kerja pengusahasilan bagi lesen-lesen aktif berkenaan.
“Selain itu, pelesen juga diarahkan supaya menanam pokok kekacang penutup bumi d ibahagian tebing jalan yang terhakis bagi mengelakkan keadaan hakisan menjadi lebih teruk pada masa akan datang.
“Dalam masa sama, pihak kami sudah mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri bagi mengkaji semula untuk mewartakan kawasan itu sebagai kawasan tadahan air.
“Kami juga bercadang untuk mewartakan mana-mana kawasan sensitif di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Sungai Rek iaitu lokasi yang mudah tercemar disebabkan aktiviti perhutanan dijadikan sebagai kawasan tadahan air,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, keadaan air keruh di Lata Y berpunca dari keadaan iklim semasa iaitu hujan yang kerap terjadi pada waktu petang di bahagian atas seterusnya menghakis tebing sungai di samping terdapat juga aktiviti perhutanan.
“Kawasan yang dikenal pasti mempunyai kesan kepada alam sekitar disyorkan tidak akan dilaksanakan aktiviti pengusahasilan sama sekali memandangkan selama ini pihak jabatan melaksanakan amalan pengurusan hutan secara berkekalan berasaskan kepentingan ekonomi, sosial dan alam sekitar,” katanya.
The post Kuala Krai: Lata Y keruh disebabkan hujan lebat appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/kuala-krai-lata-y-keruh-disebabkan-hujan-lebat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hujan Kata Di Kuching Hujan Rasa Di Bandung Malindo

Hujan Kata Di Kuching Hujan Rasa Di Bandung Malindo

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 250 hits
HUJAN KATA DI KUCHING HUJAN RASA DI BANDUNG MALINDOITidakkah hujan Lebih Riang Malam ini Mereka bermain berkawan bergembira Menarik udara menjadi sejukMembawa hati seseorang pada mimpinya IIHujan itu penglipur lara Mencoret ceritera dari se...
Search Setelah Hujan Chord

Search Setelah Hujan Chord

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 253 hits
D D Dm D D D A D AA G A Dm C A A Dm C A A A Dm C Di balik kumpulan awan Amyang berarakA A Ada cahaya terpancar Dm Mencelahi warna yang C Amtadinya kelabuA Am AMega mendung rinduku Dm C A AKita nyanyi setelah hujan Dm C A AmKita mimpi setela...
Bangun Mak Buka Mata Mak Anak Anak Menangis Pilu Melihat Ibu Mereka Yang Nazak Disebabkan Covid 19

Bangun Mak Buka Mata Mak Anak Anak Menangis Pilu Melihat Ibu Mereka Yang Nazak Disebabkan Covid 19

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 538 hits
Bangun mak buka mata mak Anak anak menangis pilu melihat ibu mereka yang nazak disebabkan Covid 19 Hari ini 24 Mei jam 4 45 pagi tadi ibu mertua kesayangan saya telah kembali ke rahmatullah Meninggal dunia di Hospital Shah Alam Arwah mening...
Lrt Bertembung Kemalangan Disebabkan Kecuaian Pemandu Kata Laporan Awal Nora Mahpar

Lrt Bertembung Kemalangan Disebabkan Kecuaian Pemandu Kata Laporan Awal Nora Mahpar

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 189 hits
PETALING JAYA Laporan awal siasatan berhubung kejadian dua tren LRT bertembung di Stesen Kampung Baru dan KLCC semalam mendapati terdapat kecuaian pemandu membabitkan tren bernombor 40 yang dipandu bertentangan arah kata Menteri Pengangkuta...
Kerumunan Saat Neduh Hujan Mau Dibubarkan Pengunjung Danau Sunter Marahi Satpol Pp

Kerumunan Saat Neduh Hujan Mau Dibubarkan Pengunjung Danau Sunter Marahi Satpol Pp

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 239 hits
Kesempatan itu dimanfaatkan oleh petugas Satpol PP untuk mengimbau pengunjung Danau Sunter 2 agar segera pulang ke rumah masing masing dan tidak berkerumun
Akibat Hujan Dan Luapan Kali Ciliwung 14 Rt Di Jakarta Tergenang Banjir

Akibat Hujan Dan Luapan Kali Ciliwung 14 Rt Di Jakarta Tergenang Banjir

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 242 hits
Insaf menyatakan jumlah tersebut tersebar di dua wilayah kota administrasi yakni Jakarta Timur dan Jakarta Selatan
Sembur Baja Dengan Betul Dan Hasilnya Berganda Lebat Berbuah

Sembur Baja Dengan Betul Dan Hasilnya Berganda Lebat Berbuah

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 827 hits
Hobi menanam pokok dan tanaman lain kini menjadi kegilaan ramai terutamanya di kala musim PKP Kini ramai sedar akan kepentingan tanaman kepada manusia Dengan adanya baja yang berkualiti pastinya hasil tanaman juga membuahkan hasil yang luma...
5 Rahasia Menjadikan Rambut Si Kecil Menjadi Hitam Lebat Dan Sehat Murah Asal Telaten

5 Rahasia Menjadikan Rambut Si Kecil Menjadi Hitam Lebat Dan Sehat Murah Asal Telaten

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 283 hits
Banyak sekali hal hal sederhana yang bisa membuat rambut si kecil menjadi sehat dan lebat Harus dicoba
Kalau Nak Hujan Langit Jadi Seperti Aurora Ini Yang Anak Austime Nampak Dalam Dunia Malam Mereka

Kalau Nak Hujan Langit Jadi Seperti Aurora Ini Yang Anak Austime Nampak Dalam Dunia Malam Mereka

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 410 hits
Sungguh indah rupanya suasana waktu malam dari penglihatan anak autisme seperti yang dikongsi oleh En Mungkin tidak ramai yang mengetahui disebalik kehidupan anak anak ini jika tidak ada yang sudi berkongsi SubhanAllah cantiknya mungkin itu...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025