Lrt Bertembung Kemalangan Disebabkan Kecuaian Pemandu Kata Laporan Awal Nora Mahpar


 


(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Laporan awal siasatan berhubung kejadian dua tren LRT bertembung di Stesen Kampung Baru dan KLCC semalam mendapati terdapat kecuaian pemandu, membabitkan tren bernombor 40 yang dipandu bertentangan arah, kata Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong.

Beliau berkata, laporan awal yang disediakan pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), mendapati tren 40 bergerak dari Gombak ke Depot Subang arah selatan dan mengalami masalah teknikal menyebabkan ia terhenti semasa menghampiri platform Stesen Kampung Baru.

“Pusat Kawalan Operasi (OCC) kemudian mengenalpasti kedudukan tren 40 dan mengarahkan pemandu (hostler) untuk memandu 40 secara manual dari Stesen Kampung Baru menuju ke Stesen Dang Wangi dan perlu bergerak ke arah yang sama bagi memberi laluan kepada tren lain untuk meneruskan perkhidmatan.

“Pada masa sama, tren 81 yang beroperasi secara automatik berada dalam keadaan statik di platform Stesen KLCC arah selatan dan berlepas dari Stesen KLCC ke Stesen Kampung Baru setelah menerima maklumat bahawa tren 40 telah beredar dari Stesen Kampung Baru menuju ke Stesen Dang Wangi pada jam 8.24 malam,” katanya pada sidang media ketika membentangkan laporan awal insiden berkenaan.

Mengulas lanjut, Wee berkata, tren 40 yang sepatutnya bergerak ke arah selatan menuju ke Stesen Dang Wangi telah bergerak ke arah utara, iaitu arah bertentangan, sekaligus mengakibatkan perlanggaran berlaku pada jam 8.33 malam.

“Pada jam 8.36 malam, OCC memaklumkan Agensi Tindakan Kecemasan dan melantik pegawai yang bertanggungjawab di kawasan insiden disusuli kehadiran pasukan Bomba dan polis serta pasukan paramedik di lokasi kejadian

“Pada jam 8.45, penumpang mula dipindahkan daripada tren dan kesemua penumpang berjaya dibawa keluar pada jam 9.23 malam,” katanya.

Dalam pada itu, Wee turut mengumkan penubuhan jawatankuasa siasatan seramai 11 anggota diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Isham Ishak dan dibantu kakitangan pelbagai agensi.

“Segala perihal mengenai penyiasatan akan dikeluarkan sepenuhnya secara rasmi oleh Pejabat Menteri,” katanya.

Ketika melawat mangsa di lokasi kejadian malam tadi, Wee memberi jaminan hasil siasatan penuh berhubung kemalangan itu akan diumumkan dalam tempoh dua minggu.


 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/dikemaskini-lrt-bertembung-kemalangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wee Ka Siong Siasatan Awal Kemalangan Lrt Akibat Kecuaian Pemandu Tren Lawan Arus

Wee Ka Siong Siasatan Awal Kemalangan Lrt Akibat Kecuaian Pemandu Tren Lawan Arus

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR Siasatan awal mendapati kemalangan tren LRT laluan Kelana Jaya di KLCC semalam adalah disebabkan kecuaian Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata sistem kawalan LRT sepatutnya dikawal secara automatik sepenuhnya...
Wee Kecuaian Pandu Salah Arah Punca Kemalangan Lrt

Wee Kecuaian Pandu Salah Arah Punca Kemalangan Lrt

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 216 hits
Malaysiakini Kecuaian pemanduan salah arah tren yang membawa gerabak kosong tanpa penumpang merupakan punca kemalangan LRT aliran Kelana Jaya malam semalam kata Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong Siasatan awal mendapati kemalangan adalah dis...
Pemandu Cuai Punca Lrt Kl Bertembung Kereta Api Salah Arah

Pemandu Cuai Punca Lrt Kl Bertembung Kereta Api Salah Arah

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 285 hits
KUALA LUMPUR Siasatan awal ke atas pertembungan antara dua kereta api LRT di Kuala Lumpur menunjukkan kecuaian pemandu sebagai punca kemalangan Demikian menurut Menteri Pengangkutan Malaysia Wee Ka Siong hari ini Iklaan Pertembungan itu
Kejadian Kemalangan Lrt Kelana Jaya Bertembung

Kejadian Kemalangan Lrt Kelana Jaya Bertembung

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 624 hits
Kejadian Kemalangan LRT Kelana Jaya Bertembung Rasa nak gugur jantung lepas baca berita kemalangan LRT laluan Kelana Jaya bertembung pada pukul 8 30malam Ramai pula tu mangsa terlibat Tak terbayang ketakutan tu Kemalangan pertama kali berla...
Kecuaian Pemandu Punca Nahas Lrt Menteri Pengangkutan

Kecuaian Pemandu Punca Nahas Lrt Menteri Pengangkutan

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 244 hits
Ekoran dari insiden perlanggaran dua tren sistem aliran ringat iaitu dan tren 81 yang mengakibatkan 47 parah manakala 166 lagi cedera ringan Kementerian Pengangkutan hari ini melaporkan siasatan awal mendapati ianya berlaku disebabkan
Prasarana Sahkan Berlaku Insiden Kemalangan Lrt Laluan Kelana Jaya Berhampiran Kg Baru

Prasarana Sahkan Berlaku Insiden Kemalangan Lrt Laluan Kelana Jaya Berhampiran Kg Baru

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 303 hits
PETALING JAYA Beberapa penumpang perkhidmatan Transit Aliran Ringan laluan Kelana Jaya dipercayai cedera selepas insiden melibatkan dua tren di Stesen KLCC dari arah Kampung Baru malam tadi Prasarana Malaysia Bhd dalam satu kenyataan berkat...
Kemalangan Lrt Rapidkl Ramai Yang Parah Dan Cedera

Kemalangan Lrt Rapidkl Ramai Yang Parah Dan Cedera

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 437 hits
Hari ini sekitar jam 8 45 malam kita rakyat Malaysia dikejutkan dengan kejadian Kemalangan LRT RapidKL Ramai Yang Parah Dan Cedera Di saat ramai yang mungkin dalam perjalanan pulang untuk hari bekerja di minggu ini sebelum esok perlaksaan P...
Video Dua Tren Lrt Bertembung Penumpang Cedera

Video Dua Tren Lrt Bertembung Penumpang Cedera

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 355 hits
687 total views 687 views today Beberapa penumpang cedera dalam satu insiden melibatkan dua tren LRT laluan Kelana Jaya malam ini Beberapa video serta gambar mengenai kejadian yang memaparkan keadaan tren dengan cermin pecah dan beberapa pe...
Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Sabah Pkr To Begin Talks With Harapan Partners Ahead Of Election

Dapurhack Trik Mudah Kurangkan Masin Ikan Kering Confirm Mak Mertua Puji

Tengku Ampuan Pahang Mencemar Duli Menziarahi Pusara Akiko Okumura Di Tanah Perkuburan Usj 22 Subang Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Tahu Nak Gelak Ke Nangis Intan Najuwa Dedah Aksi Spontan Suami Gunting Rambut Anak

Darjah Satu Tapi Stres Macam Spm Realiti Anak Kita Sekarang

Pandangan Tentang Orang Bodoh Dan Orang Pandai

Kadangkala Allah Pilih Seorang Dalam Keluarga Untuk Menjaga Orang Tua

Zafrul Biarlah Dia Pakai Baju Warna Apa Pun

Kurma Muda