Terkini Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh Pengambilan Semula Tapak Kuil Oleh One City


Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 26 NOVEMBER 2018.
SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan tiga penganut Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, untuk menangguhkan pelaksanaan Interim Penghakiman Persetujuan dan Writ Milikan oleh One City Development Sdn Bhd (One City), bagi mendapatkan semula tapak kuil itu.

Hakim M. Gunalan membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas menolak permohonan plaintif, S. Thangaraju, 37, M. Mohanakrishnan, 59, dan S. Nagarajah, 52.

Selain One City, ketiga-tiga mereka turut menamakan K. Chellappa, Pengarah Perancang Bandar dan Desa Selangor, Kerajaan Negeri Selangor dan M. Nagaraju sebagai defendan-defendan.

Peguam Claudia Cheah Pek Yee yang mewakili One City ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir berkata, mahkamah membuat keputusan itu atas alasan antaranya, permohonan plaintif tiada locus standi dan One City adalah pemilik sah tapak kuil berkenaan.

Ketiga-tiga plaintif memfailkan permohonan pada 12 November lepas bagi mendapatkan perintah penangguhan pelaksanaan interim Penghakiman Persetujuan bertarikh 11 Mac 2014 dan writ pemilikan untuk mendapatkan semula hartanah kuil berkenaan pada 22 November 2018.

Permohonan itu dibuat berikutan plaintif telah memfailkan saman terhadap kesemua defendan pada 10 November lepas, bagi menuntut antaranya, perintah injunksi bahawa defendan-defendan atau orang lain dilarang daripada masuk, dan berada atau menggunakan kekerasan untuk mendapatkan semula hartanah kuil itu.

Selain itu, saman itu difailkan bagi memohon perintah bahawa Penghakiman Persetujuan tersebut adalah batal dan tidak sah, salah di sisi undang-undang serta tidak berkuasa, selain kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Isu pemindahan kuil itu telah mencetuskan rusuhan di kawasan rumah ibadat berkenaan pada awal pagi Isnin dan Selasa, yang menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah selain perusuh turut membakar 23 kenderaan dan merosakkan cermin bangunan kompleks One City yang terletak satu kilometer dari kuil tersebut.

Sehingga hari ini polis menahan 30 individu bagi membantu siasatan. – Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2018/11/terkini-mahkamah-tolak-permohonan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Tiada Kaitan Dalam Isu Kuil Bekas Pengarah Mct Penduduk One City

Kami Tiada Kaitan Dalam Isu Kuil Bekas Pengarah Mct Penduduk One City

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 510 hits
Diterbitkan 27 Nov 2018 9 01 malamBekas pengarah MCT Berhad Tong Seech Wi berkata beliau tidak terlibat dalam isu pemindahan Kuil Sri Maha Mariamman yang mencetuskan rusuhan Beliau mengeluarkan kenyataan selepas gambarnya dengan seorang lag...
Gambar Perusuh Merosakkan Bangunan One City Kawasan Kuil Sri Maha Mariammam

Gambar Perusuh Merosakkan Bangunan One City Kawasan Kuil Sri Maha Mariammam

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 789 hits
Tindakan kumpulan perusuh merosakkan bangunan yang dipercayai milik pemaju One City Development Sdn Bhd disifatkan sesuatu yang melampau Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Azis Jamman berkata beliau kecewa dengan apa yan...
Saya Rayu Pdrm Siasat Siapa Berucap Di Kuil Sebelum Rusuhan Di One City Presiden Mic Tan Sri Vigneswaran

Saya Rayu Pdrm Siasat Siapa Berucap Di Kuil Sebelum Rusuhan Di One City Presiden Mic Tan Sri Vigneswaran

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 522 hits
Kes rusuhan di bangunan pemaju One City yang berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman Foto MalaysiaDateline Serangan ke atas bangunan milik pemaju One City Development Sdn Bhd dan kecederaan dialami seorang anggota Bomba tempohari dipercayai ter...
Muhyiddin Dedah Peguam One City Upah Orang Melayu Kawal Kuil Sri Maha Mariamman

Muhyiddin Dedah Peguam One City Upah Orang Melayu Kawal Kuil Sri Maha Mariamman

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 500 hits
Siasatan polis mendapati peguam kepada pemaju One City Development Sdn Bhd memberi upah RM150 000 kepada 50 lelaki untuk menceroboh mengambil alih dan mengawal Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Subang Jaya kelmarin Menteri Dalam Negeri Tan Sri...
7 Gambar Perusuh Berarak Dari Kuil Merosakkan Pusat Celi Belah One City Malam Tadi

7 Gambar Perusuh Berarak Dari Kuil Merosakkan Pusat Celi Belah One City Malam Tadi

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 1349 hits
TIMBALAN Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berharap insiden yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman USJ25 Subang Jaya menjadi pengajaran berharga kepada semua pemimpin Beliau yang hadir di pusat beli belah One City Subang Jaya ber...
Permohonan Tangguh Perintah Ambil Alih Tanah Kuil Ditolak

Permohonan Tangguh Perintah Ambil Alih Tanah Kuil Ditolak

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 344 hits
SHAH ALAM Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak dengan kos permohonan tiga penganut di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya untuk menangguhkan perintah pengambilalihan semula tanah kuil itu oleh pemiliknya One City Development Sdn Bh...
Parlimen Cameron Highlands Pahang Diisytihar Kosong Oleh Mahkamah

Parlimen Cameron Highlands Pahang Diisytihar Kosong Oleh Mahkamah

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 437 hits
Mahkamah Pilihan Raya hari ini memerintahkan bahawa kerusi Parlimen Cameron Highlands Pahang sebagai kosong dan pada pilihan raya diadakan semula Pada pilihan raya umum ke 14 pada Mei lalu calon BN C Sivaraj mengalahkan calon Pakatan Harapa...
We Were Only Brought In After Temple Fracas Say One City Lawyers

We Were Only Brought In After Temple Fracas Say One City Lawyers

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 453 hits
PETALING JAYA The two lawyers whose names were linked to the recent violence at the Sri Maha Mariamman temple in Seafield Subang Jaya today said they were only roped in by the developer to assist in police investigations after the fracas br...
Karnival Kpdn 2025 Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sarawak 5 7 Sept

Umie Aida Tegur Erma Fatima Jangan Terlalu Terbuka

Prism Perkenalkan Prism Care Servis Penyaman Udara Mudah Mampu Milik Jaminan Sehingga 7 Tahun

Kerajaan Negeri Pahang Beri Amaran Tidak Akan Berkompromi Dengan Pihak Ceroboh Tanah Haram Di Raub

Doa Malam 1 Sept 2025

Al Sultan Abdullah Merasmikan Temasya Warisan Pahang Di Muzium Maritim Pulau Beram Pekan Malam Tadi

Rm91mil Spent Under Sara Initiative In 2 Days

Finalize Kerja Awal Bulan September Hadap Sistem Baru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jalan Jalan Cari Makan Di Hayle

Aupu S Archidex 2025 Triumph

Kotak Packaging Produk Kesihatan Supplement Cara Tingkatkan Keyakinan Pelanggan Dengan Design Premium

Avoiding Common Business Mistakes

Sambal Sotong

Cubaan Pertama Buat Kuih Bakar Pandan Guna Air Fryer