Ku Li Umno Sampai Sekarang Tak Aman


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 17, 2022 9:39 AM
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa berlaku perpecahan dalaman yang berterusan di peringkat negeri dan pusat parti itu

Ahli parlimen Gua Musang itu dipetik Sinar Online berkata keadaan dulu dan sekarang berbeza kerana pada zaman bekas perdana menteri, Najib Razak berkuasa selain ada tiga belas parti mendokong kepimpinan Umno.

“Ahmad Zahid ambil alih, selepas Umno kalah. Kita kalah bukan saja di peringkat pusat malah di tiap-tiap negeri kecuali Perlis dan Pahang sahaja.

”Ada perpecahan dalam Umno di negeri-negeri dan di peringkat pusat. Dah tak aman, sampai sekarang tak aman. Ada saja orang nak mencelah tetapi begitulah politik,” katanya.
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi pada 11 Sept lalu dilaporkan menegaskan pihaknya akan melakukan pembersihan 'musuh dalaman' gabungan itu dan Umno.

“Kita tidak mahu ada musang dalam reban ayam. Musang perlu dikeluarkan.

“Kita tidak mahu ada bangkai tikus dalam telaga kita. Telaga yang ada bangkai tikus airnya tidak boleh diminum,” tegas Zahid.

Sementara itu, Tengku Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li juga berkata isu-isu semasa termasuk berkait kes-kes mahkamah yang membabitkan ahli politik Umno menjejaskan sokongan rakyat terhadap parti itu.

“Sebab itu, kami selalu merayu supaya ada solidariti untuk wujudkan perpaduan dalam kalangan kami yang tak boleh sesiapa pun mencelah.

“Kena bulat, kalau berpecah ataupun seorang dua bawa cerita lain tak kuatlah nak lawan musuh.

“Jangka hayat Umno bergantung kepada rakyat. Kalau rakyat masih sokong Umno, Umno akan terus tegak, kuat, dan berkuasa,” kata Razaleigh selepas Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Berhad (Bhd) ke-24 (2022) di Hotel Grand River View di Kota Bharu, semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, Tengku Razaleigh berkata dia tidak faham maksud BN yang dikatakan bergerak solo kerana terdapat parti komponen lain dalam BN.

“Sebelum ini, BN dikalahkan oleh Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 dan ketika itu ada 13 parti komponen dalam BN dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Mereka ada pakatan yang membawa kekuatan masing-masing untuk membantu calon-calon bertanding atas satu logo iaitu BN,” katanya.

Selepas PRU14, parti-parti Sarawak dan Sabah serta Gerakan keluar BN, meninggalkan gabungan yang ditubuhkan pada 1973 itu kepada tiga parti teras Umno, MIC dan MCA.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan berulang kali menegaskan pendirian parti itu untuk bergerak solo, khususnya dalam mempertimbangkan kerjasama bersama PAS dan Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang.

Mohamad Hasan pada Ogos lalu berkata BN akan bergerak secara solo untuk memenangi seberapa banyak kerusi di parlimen untuk membentuk kerajaan sendiri pada PRU15.

Bagaimanapun, Mohamad yang juga pengarah pilihan raya BN itu berkata jika keputusan menunjukkan sebaliknya, pihaknya sedia berunding dengan parti lain untuk menubuhkan kerajaan yang mantap dan stabil demi kemakmuran rakyat.

Awal bulan ini, Zahid pula menjelaskan Umno membuat keputusan untuk bergerak solo kerana tindak-tanduk dan sikap PAS.

"Tak perlu sedu-sedan apabila PAS sendiri sentiasa main selamat dan mandi dalam beberapa kolam," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/ku-li-umno-sampai-sekarang-tak-aman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Mudah Lupa Ini Kah Perjuangan Umno Sekarang Ini Tambrin Tun Ghafar

Melayu Mudah Lupa Ini Kah Perjuangan Umno Sekarang Ini Tambrin Tun Ghafar

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 186 hits
Tamrin Tun Ghafar Selasa 13 09 22 1 Yang bergema di Dewan Merdeka WTC baru baru ini ialah HIDUP NAJIB MALU APA BOSS KU BEBAS KAN NAJIB perhimpunan ini diadakan ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan yang terdiri dari 5 Hakim bersetuju dengan...
Pas Umno Leaders Held Secret Ge15 Talks Says Spiritual Leader

Pas Umno Leaders Held Secret Ge15 Talks Says Spiritual Leader

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 216 hits
PAS spiritual leader Hashim Jasin confirmed that there have been secret discussions between the Islamic party and certain Umno leaders to ensure straight fights with Pakatan Harapan in the 15th general election He said PAS is trying to driv...
Cukuplah Ini Bukan Zaman Tun Ini Zaman Kami Anak Muda Makin Celik Politik Ketua Puteri Umno Sound Mahathir

Cukuplah Ini Bukan Zaman Tun Ini Zaman Kami Anak Muda Makin Celik Politik Ketua Puteri Umno Sound Mahathir

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 195 hits
The ReporterSemalam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti UMNO masih dicemari budaya rasuah meskipun bekas presiden UMNO Najib Razak dipenjarakan Ahli Parlimen Langkawi itu berkata budaya rasuah yang berleluasa dalam p...
Pas Sangat Memerlukan Umno Di Selangor Kerana Bersatu Tiada Kekuatan Dan Dianggap Menumpang Saja

Pas Sangat Memerlukan Umno Di Selangor Kerana Bersatu Tiada Kekuatan Dan Dianggap Menumpang Saja

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 232 hits
Bersatu tiada kekuatan hidupkan semula MN untuk rampas Selangor gesa perwakilanNora MahparPerwakilan PAS yang ditemui di Muktamar PAS ke 68 baru baru ini masih menaruh harapan kerjasama Umno dan PAS menjelang PRU15 ALOR SETAR Bersatu perlu ...
Rundingan Gelap Pas Umno Bincang 1 Lawan 1 Dengan Ph Dedah Hashim

Rundingan Gelap Pas Umno Bincang 1 Lawan 1 Dengan Ph Dedah Hashim

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 187 hits
freemalaysiatoday com September 7 2022 9 00 AMPAS mahu menyedarkan Umno bahawa musuh sebenar yang perlu dilihat pada PRU15 adalah PH dan bukannya Bersatu kata Mursyidul Am PAS Hashim Jasin PETALING JAYA Mursyidul Am PAS Hashim Jasin mendeda...
Nur Jazlan Wants Pas To Name Names As It Insists Secret Talks Were Held With Umno

Nur Jazlan Wants Pas To Name Names As It Insists Secret Talks Were Held With Umno

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR PAS should provide the names of those involved in negotiations with Umno to keep the Muafakat Nasional pact going says Datuk Nur Jazlan Mohamed The Johor Umno deputy chief said it was surprising to hear PAS president Tan Sri Ab...
My Way Or Highway Era Over Umno Youth Chief Tells Dr M

My Way Or Highway Era Over Umno Youth Chief Tells Dr M

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 334 hits
An Umno leader has urged former prime minister Dr Mahathir Mohamad to face the party in the upcoming polls instead of demonising it via online statements If Tun feels that Umno is evil and has to be defeated let s meet at the 15th general e...
Sebab Apa Tindakan Tidak Diambil Terhadap Lebih Dari 350 Penerima Duit 1mdb Yang Bukan Dari Umno

Sebab Apa Tindakan Tidak Diambil Terhadap Lebih Dari 350 Penerima Duit 1mdb Yang Bukan Dari Umno

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 198 hits
Sebab apa tindakan tidak diambil terhadap lebih dari 350 penerima duit 1MDB yang bukan dari Umno Kebanyakan penerima ini dari Pulau Pinang dan mereka telah menerima sejumlah RM780 juta pada hal orang Umno menerima hanya RM19 juta sahaja
Adakah Tangisan Ahli Umno Boleh Dijadikan Alasan Pengampunan Najib

Adakah Tangisan Ahli Umno Boleh Dijadikan Alasan Pengampunan Najib

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 192 hits
Sebanyak 70 peratus ahli Umno termasuk akar umbi berdukacita dan sedih terhadap nasib bekas Presidennya Datuk Seri Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata dapatan itu di...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord