Ku Li Tak Sertai Bahas Belanjawan Selagi Usul Tolak Muhyiddin Tidak Dibentang




FMT Reporters -November 23, 2020 Tengku Razaleigh Hamzah enggan menyertai perbahasan Belanjawan 2021 selagi usul tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dibentangkan di Dewan Rakyat.PETALING JAYA: Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan tidak akan menyertai perbahasan Belanjawan 2021 selagi usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak dibentangkan di Dewan Rakyat.
Dalam suratnya kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, Ahli Parlimen Gua Musang itu menolak cadangan supaya beliau memohon kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan untuk diberi laluan membentangkan usul berkenaan.
Tengku Razaleigh atau dikenali Ku Li berkata cadangan Azhar itu melanggar Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan dan tidak berasas kerana Takiyuddin sendiri adalah pihak yang terkesan dalam usul tidak percaya itu.
“Pada pandangan saya, (Takiyuddin) tiada apa-apa peranan dalam menentukan sama ada usul undi tidak percaya boleh dibentang atau tidak,” katanya menerusi sepucuk surat bertarikh 19 Nov kepada Azhar.
Ku Li turut menolak pendirian Azhar bahawa usul yang dibawanya berbentuk “persendirian,” justeru hanya boleh dibentangkan selepas aturan rasmi kerajaan selesai, atau, jika di beri laluan oleh pihak kerajaan.
“Sesuatu isu asas …iaitu keabsahan (Muhyiddin) memegang jawatan Perdana Menteri mengikut ketetapan perlembagaan… bukanlah usul persendirian tetapi melibatkan perlembagaan dan keabsahan Perdana Menteri sendiri.
Pada 14 Okt lalu, Azhar mencadangkan Ku Li berunding dengan Takiyuddin bagi membolehkan usul persendirian diberi keutamaan dan dibentang di Dewan Rakyat.
Ketika itu, Azhar berkata beliau terikat dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dalam menolak permohonan Ku Li untuk usul tidak percaya yang dibawa ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad diberi keutamaan untuk dibentang di Dewan Rakyat.
Dalam suratnya kepada Azhar, Ku Li menegaskan tidak ada Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang boleh menghalang usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri dibentangkan dengan segera dan justeru ia “harus dibahaskan pada sesi yang akan datang.”
Selagi Azhar tidak membenarkan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional dibuktikan, Ku Li berkata beliau tidak akan menyertai perbahasan Belanjawan 2021.
“Memandangkan keabsahan kerajaan belum ditentukan, saya terikat dengan nurani dan ikrar saya dan maka tidak dapat turut serta dalam perbahasan belanjawan,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/ku-li-tak-sertai-bahas-belanjawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Ku Li Bukti Wujud Gerakan Tolak Usul Belanjawan 2021

Surat Ku Li Bukti Wujud Gerakan Tolak Usul Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 326 hits
Surat kiriman Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kepada 220 ahli Parlimen bertajuk Usul Tidak Percaya kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dipercayai sebahagian gerakan terancang bagi menolak usul Belanjawan...
Buktikan Majoriti Di Parlimen Baru Kupas Baik Buruk Belanjawan Kata Pemimpin Pkr Kepada Muhyiddin

Buktikan Majoriti Di Parlimen Baru Kupas Baik Buruk Belanjawan Kata Pemimpin Pkr Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 286 hits
November 29 2020 Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim mendesak Muhyiddin Yassin membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri untuk menamatkan pertikaian mengenai tahap sokongan beliau di Dewan Rakyat PETALING JAYA Muhyiddin Yassin ha...
Anwar Tidak Tolak Belanjawan Sebab Tiada Keupayaan

Anwar Tidak Tolak Belanjawan Sebab Tiada Keupayaan

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 420 hits
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR HARAKAHDAILY KELULUSAN Belanjawan 2021 peringkat dasar iaitu untuk bacaan kali kedua Khamis lepas terus melonjakkan imej kerajaan khasnya di mata rakyat Bursa Saham Negara melonjak pada hari yang sama dan keyakinan...
Bersangka Baik Bn Ada Peluang Untuk Tolak Belanjawan Jikalau Pengeluaran Kwsp Rumit

Bersangka Baik Bn Ada Peluang Untuk Tolak Belanjawan Jikalau Pengeluaran Kwsp Rumit

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 396 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional bersangka baik bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan permudahkan segala pengeluaran dan tidak akan menyusahkan atau sengaja menafikan hak rakyat untuk mengeluarkan wang mereka se...
Anwar Dakwa Kenyataan Sedia Letak Jawatan Jikalau Gagal Tolak Belanjawan Adalah Palsu

Anwar Dakwa Kenyataan Sedia Letak Jawatan Jikalau Gagal Tolak Belanjawan Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 402 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bersedia meletakkan jawatan sekiranya gagal menolak Belanjawan 2021 pada peringkat jawatankuasa Tindakan tidak bertangungjawab ini jelas dibuat bagi menc...
Enggan Tolak Belanjawan Pembangkang Iktiraf Kerajaan Kecuali 13 Mp

Enggan Tolak Belanjawan Pembangkang Iktiraf Kerajaan Kecuali 13 Mp

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 306 hits
TUN DR MAHATHIR MOHAMADApabila belanjawan dilulus tanpa tentangan di peringkat bacaan kali ke 2 di Dewan Rakyat ini bermakna Kerajaan sudah pun diiktiraf oleh pembangkang kecuali 13 ahli yang berdiri menentang Menentang di peringkat jawatan...
Azalina Tegur Menteri Timbalan Menteri Tiada Di Dewan Semasa Belanjawan 2021 Di Bahas

Azalina Tegur Menteri Timbalan Menteri Tiada Di Dewan Semasa Belanjawan 2021 Di Bahas

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat Datuk Azalina Othman Said menegur kerajaan mengatakan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz atau timbalannya Datuk Abdul Rahim Bakri dan Mohd Shahar Abdullah mesti berada di Dewan R...
Mp Amanah Tolak Belanjawan 2021

Mp Amanah Tolak Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 391 hits
Kesemua Ahli Parlimen Parti Amanah Negara sepakat untuk tidak menyokong Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan 6 November lepas Presidennya Mohamad Sabu memaklumkan keputusan itu selari dengan ketetapan yang dibuat oleh pimpinan dalam P...
Usul Percaya Zahid Hamidi Membawa Maksud Muhyiddin Sudah Boleh Diganti

Usul Percaya Zahid Hamidi Membawa Maksud Muhyiddin Sudah Boleh Diganti

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 274 hits
Ucapan perbahasan Belanjawan 2021 di Parlimen oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk Zahid Hamidi yang turut menyentuh tentang perlunya PN sendiri membawa usul percaya terhadap Perdana Menteri bagi mengelakkan kedudukan Muhyiddin Yassin terus diper...
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Satu Jalan Satu Jiwa Hidup Ini Sementara

Budak Kilat

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am Gred H1

Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tajwid Surat Ali Imran Ayat 190 191 Beserta Penjelasannya

Homestay Kuala Terengganu 4 Bilik Dan Ada Kolam

Hidup Masa Kini

Bersenam Cegah Hati Berlemak Kenapa Anda Perlu Ambil Berat

Tips Menghindari Stres Melalui Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat

Resepi Apam Balik