Kru Biodata Sejarah Konsert Genkru 2025


Baru-baru ini, KRU atau Kumpulan Rap Utama telah mengadakan satu konsert besar yang berlangsung selama 4 hari. Konsert ini telah mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat-peminat musik di Malaysia. 
Bagi anda yang tidak mengenali kumpulan ini, ia merupakan satu kumpulan rap yang ditubuhkan dan dianggotai oleh tiga orang adik beradik iaitu, Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim, pada tahun 1992. 
Kumpulan ini merupakan antara kumpulan penyanyi Malaysia yang terkenal dengan gabungan genre pop, R&B, dan hip hop. Berikut kami kongsikan lagi kepada anda semuanya tentang kumpulan muzik ini.
Biodata Ahli Kumpulan KRU KRU adalah kumpulan muzik pop dan hip hop Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1992. Kumpulan ini dianggotai oleh tiga adik beradik iaitu Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim yang dilahirkan dan dibesarkan oleh ibu bapa mereka, Zarina Abdul Wahab dan Abdul Halim Kamal.
Berikut merupakan biodata ringkas bagi setiap ahli kumpulan ini: 
Dato’ Norman bin Abdul Halim Nama: Norman bin Abdul Halim Tarikh lahir: 5 Februari 1971 Umur: 53 Tahun Tempat lahir: London, England Kerjaya: Penyanyi, pelakon, penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik Pasangan: Datin Dr. Shireen Mardziah Hashim Anak: Mempunyai seorang anak perempuan. Datuk Yusry bin Abdul Halim Nama: Yusry bin Abdul Halim Tarikh lahir: 15 Jun 1973 Umur: 51 Tahun Tempat lahir: Kuala Lumpur, Malaysia Kerjaya: Penyanyi utama, pelakon, pengarah filem, komposer dan penerbit Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik Pasangan: Datin Lisa Surihani Anak: Mempunyai 3 cahaya mata
Edry bin Abdul Halim Nama: Edry bin Abdul Halim Tarikh lahir: 28 April 1976 Umur:49 Tahun Tempat lahir: Petaling Jaya, Selangor Kerjaya: Penyanyi, pelakon, penulis lirik, penerbit, komposer, penerbit rakaman, pengarah Keluarga: Adik ketiga daripada empat beradik Pasangan: Milia Mohammed Anak: Mempunyai empat orang cahaya mata Baca juga: Bella Dowanna : Biodata, Karier dan Senarai Drama & Filem
Sejarah Penubuhan Kumpulan KRU Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelum-sebelum ini, ahli kumpulan KRU ini terdiri daripada tiga orang bersaudara iaitu, Norman, Yusry dan Edry. Proses penubuhan kumpulan ini bermula apabila tiga saudara ini giat menghasilkan muzik sendiri sejak mereka remaja. 
Tiga saudara ini telah terdedah kepada pelbagai irama muzik Barat pada waktu itu, kerana mereka sekeluarga menetap di London berbeza dengan muzik Melayu yang didominasi oleh lagu berentak jiwang dan rock balada. 
Karier mereka bermula apabila, rakan sekampus Norman, tanpa pengetahuan tiga saudara ini, telah menghantar demo lagu mereka kepada syarikat rakaman EMI Malaysia. Demo tersebut disukai oleh pengurus syarikat tersebut, menyebabkan mereka dipanggil untuk sesi uji bakat. 
Pada 19 Mei 1992, secara rasmi kumpulan KRU ditubuhkan dengan nama yang membawa maksud “Kumpulan Rap Utama” sekaligus menjadi identiti mereka dalam industri muzik Malaysia sepanjang 33 tahun mereka bekarya.
Kini, kumpulan ini mempunyai KRU Studio yang terdiri daripada KRU Films, KRU records, KRU Matrix dan KRU Communications. Selain itu, KRU Studio mempunyai cawangan-cawangan di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Singapura, Hong Kong, dan Eropah.
Kumpulan ini bukan sahaja telah menghasilkan lagu tetapi mereka juga telah melakukan kerja-kerja penerbitan, penulisan lirik, berlakon, dan mengarah filem. Berikut merupakan antara filem yang berada di bawah KRU:
Cicakman Duyung Jin Notti Cicakman 2-Planet Hitam Hikayat Merong Mahawangsa Senarai Album & Lagu Terkenal KRU Berikut adalah antara album terkenal yang telah dikeluarkan oleh kumpulan KRU sepanjang kerjaya mereka:
Canggih (1992) reKRUed (1993) Awas! (1994) Ooh! La! La! (1996) The Way We Jam (1998) Formula Luar Biasa (1999) Tyco (2000) KRUjaan (2000) Empayar KRUjaan V 2.0 (2002) KRUnisme (2005) 10 Di Skala Richter (2006) KRUnomena (2013) Kaset (2025)  Daripada album-album yang dihasilkan, berikut merupakan antara 10 lagu paling popular kumpulan KRU ini:
Awas 1994 Ooh! La! La! 1996 Fanatik The Way We Jam Babe Jangan Lafazkan Bidadari Hingga Ke Jannah Dekat Padamu Wanita Konsert GenKRU Konsert GenKRU adalah sebuah siri konsert yang diadakan oleh kumpulan legenda Malaysia, KRU, yang berlangsung selama empat malam berturut-turut pada 3, 4, 10, dan 11 Mei 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Konsert ini mendapat sambutan luar biasa sehingga asalnya dijadualkan hanya satu atau dua hari, kemudian dilanjutkan kepada tiga hari dan akhirnya empat hari kerana permintaan tiket yang sangat tinggi. 
Konsert tiga saudara ini telah mencatat sejarah dalam industri hiburan Malaysia dengan menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR), iaitu “Most Show in a Single Concert Series” dan “Most Concert Tickets Sold Out in an Hour” dengan 8,000 tiket terjual habis dalam masa satu jam.
Konsert ini membawa peminat mengimbau era kegemilangan kumpulan ini pada 1990-an dengan tema “Back to the 90s” yang dipersembahkan melalui susunan lagu-lagu hit mereka. Persembahan turut diserikan dengan kemunculan artis-artis yang pernah bekerjasama dengan kumpulan ini, seperti Feminin, Adam AF, & Elite.
Penganjur konsert, Iman Tang dari Icon Entertainment, menyifatkan konsert ini sebagai penghormatan kepada sejarah dan kredibiliti KRU dalam membentuk gelombang muzik pop dan hip hop Malaysia sejak 1992. Konsert GenKRU bukan sekadar hiburan, tetapi juga satu sejarah perjalanan lebih 30 tahun KRU dalam industri muzik tempatan dan antarabangsa.
Media Sosial Rasmi Bagi peminat kumpulan ini, yang ingin mengikuti perkembangan Kumpulan KRU ini, anda boleh mengikuti laman media sosial rasmi mereka di bawah:
KRU Instagram Tiktok – KRU Music Norman Instagram Facebook Tiktok Yusri Instagram Facebook Edry Instagram Tiktok


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kru/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kru

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiket Konsert Genkru Hari Keempat Mula Dijual Pada 8 Mei 2025 Jam 1 Petang

Tiket Konsert Genkru Hari Keempat Mula Dijual Pada 8 Mei 2025 Jam 1 Petang

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 226 hits
Assalammualaikum semua Woww Anda semua memang generasi KRU Dari hari pertama kedua ketiga dan kemudian keempat Memang padu kita semua merayu dekat KRU dan ICON ENTERTAINMENT Hahaha Dato Norman Datuk Yusry Edry dan saudara Iman Tang mendenga...
Konsert Genkru Yang Tak Pergi Pun Terasa Teruja

Konsert Genkru Yang Tak Pergi Pun Terasa Teruja

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 136 hits
KONSERT GENKRU YANG TAK PERGI PUN TERASA TERUJA Penuh kat fyp konten konten remaja lanjut usia geng geng 80an berkongsi rakaman depa yang join konsert GENKRU tu Kita yang tak dapat pergi ni rasa jelous ok Tapi tetap dapat rasa vibes remaja ...
Konsert Genkru Hari Keempat Apabila Muzik Menjadi Memori Konsert Genkru Adalah Perjalanan Emosi

Konsert Genkru Hari Keempat Apabila Muzik Menjadi Memori Konsert Genkru Adalah Perjalanan Emosi

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 222 hits
Assalammualaikum semua Sejak pengumuman konsert genKRU pada Disember 2024 yang lalu Sehinggalah hari konsert sebenar pada 3 4 10 dan 11 Mei 2025 Banyak maklum balas tentang betapa ramai generasi 90 an merindui muzik KRU Ia telah menjadi mem...
Kru Dan Icon Entertainment Lakar Sejarah Terima 2 Pengiktirafan Dari The Malaysia Book Of Records

Kru Dan Icon Entertainment Lakar Sejarah Terima 2 Pengiktirafan Dari The Malaysia Book Of Records

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 255 hits
KRU Cipta Sejarah Lagi Konsert GENKru diiktiraf The Malaysia Book of Records Pada konsert GENKru hari keempat 11 Mei 2025 menjadi satu lagi detik bermakna dalam lipatan sejarah muzik tanah air apabila kumpulan legenda KRU menerima pengiktir...
Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 215 hits
16 Mei 2025 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi dan rakan rakan NGO Jawatankuasa Panel Task Force Rakyat serta panel peguam menyerahkan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Melanggar Perlembagaan kepada Suruhanjaya...
Selamat Hari Guru 2025

Selamat Hari Guru 2025

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 227 hits
Salam Ustazah Rinairyani Ahmad Ustazah Norulaini Mohd Nawi Ustazah Ros Idawati Manaf
Makluman Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 15 Mei Hingga 21 Mei 2025

Makluman Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 15 Mei Hingga 21 Mei 2025

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 180 hits
Menurut kenyataan Media Kementerian Kewangan Seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 3 sen kepada RM3 07 seliter dan harga runcit diesel di Semen
Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 260 hits
The government remains committed to reducing petrol subsidies in the second half of 2025 and is refining its implementation plan amid economic challenges according to the Ministry of Finance The government will continue to assess inputs and...
Isyarat Dagangan Untuk Emas Bagi 15 19 Mei 2025 Beli Di Atas 3 222 Atau Jual Di Bawah 3 203

Isyarat Dagangan Untuk Emas Bagi 15 19 Mei 2025 Beli Di Atas 3 222 Atau Jual Di Bawah 3 203

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 235 hits
Pada awal sesi Amerika emas didagangkan sekitar 3 195 di bawah garis 5 8 Murray dan di bawah 200 EMA serta 21 SMA dengan kecenderungan kenaikan yang kuat Dalam sesi Eropah emas jatuh ke arah tahap 3 125 mencapai paras terendah 3 120 yang be...
Adakah Harga Minyak Gencatan Senjata Akan Menyebabkan Usd Jpy Tertekan Selasa 01 Julai 2025

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British

Lumpuh Lepas Bersalin Suami Tinggal Isteri Derita Atas Katil

Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

Money Macam Manusia Usahawan Tudung Hadiahkan Kucing Bmw I7 Amp Rantai Emas Layan Macam Anak Sendiri

Totiq Dan Kanvas Bdq Tadabbur Yang Mengubah Cara Saya Melihat Al Quran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Komunikasi Dalam Keluarga Terencat Kerana Telefon Bimbit

Pameran Food Drinks Malaysia Anjuran Sial Network 2025 Memacu Inovasi Hubungan Global Makanan Asia Tenggara

Sooka Celebrates Four Years Of Growth With New Features And Exclusive Offers

Caltex Launches Hybrid Ready Engine Oil For Smoother Drives

Next Gen Ai Pcs Intel And Lenovo Launch Aura Edition

Pbs Acting Chief Denies Graft Allegations