Kru Dan Icon Entertainment Lakar Sejarah Terima 2 Pengiktirafan Dari The Malaysia Book Of Records


KRU Cipta Sejarah Lagi! Konsert GENKru diiktiraf The Malaysia Book of Records! Pada konsert GENKru hari keempat, 11 Mei 2025 menjadi satu lagi detik bermakna dalam lipatan sejarah muzik tanah air apabila kumpulan legenda KRU menerima pengiktirafan rasmi daripada The Malaysia Book of Records. Konsert mereka, GENKru, telah berjaya mencatat sejarah sebagai “Most Show in a Single Concerts Series”. Ia merupakan satu pencapaian luar biasa untuk kumpulan yang telah mewarnai industri hiburan Malaysia sejak 90-an.

GENKru bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah perayaan meraikan warisan muzik KRU yang penuh warna. Diadakan selama empat malam, konsert ini menghimpunkan lagu-lagu ikonik seperti Awas, Fanatik, Di Dalam Dilema, dan banyak lagi. Setiap malam di Axiata Arena, Bukit Jalil dipenuhi ribuan peminat yang membesar dengan muzik KRU membuktikan bahawa karya mereka kekal relevan merentas generasi.

KRU DAN ICON ENTERTAINMENT LAKAR SEJARAH TERIMA 2 PENGIKTIRAFAN DARI THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS
Dari kanan: Kumpulan KRU (Edry, Norman, Yusry), Iman Tang dari Icon Entertainment, Yang Berusaha En. Nik Kamaruzaman Nik Husin, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Kementerian Komunikasi – yang mewakili Yang Berhormat Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menyempurnakan penyerahan sijil pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR). Mereka turut ditemani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia Iliyas Jamil (berbaju kuning) dan Ketua Pegawai Eksekutif MBR Christopher Wong serta wakil.


The Malaysia Book of Records memberi pengiktirafan kepada trio adik-beradik yang terdiri daripada Datuk Norman Abdul Halim, Yusry dan Edry menerusi penganugerahan MOST SHOW IN A SINGLE CONCERTS SERIES (Persembahan Terbanyak Dilakukan Dalam Satu Siri Konsert). KRU telah melakukan persembahan konsert selama empat malam pada tarikh 3, 4, 10 dan 11 Mei 2025.

“Pencapaian ini adalah sebuah apresiasi bukan untuk KRU secara peribadi tetapi buat peminat yang telah menjadikan Konsert GenKRU 2025 daripada rencana asal hanya satu malam kepada dua, tiga sehingga empat malam.

“KRU seharusnya berterima kasih terhadap sokongan tanpa henti selama lebih tiga dekad kami berada dalam industri sehingga lahir penganjuran Konsert GENKru2025 selama empat malam sehingga diiktiraf The Malaysia Book of Records menerusi penganugerahan MOST SHOW IN A SINGLE CONCERTS SERIES,” ujar Norman mewakili KRU.

Tidak hanya KRU, penganjur Konsert GenKRU 2025, ICON Entertainment (M) Sdn Bhd turut menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) dengan MOST CONCERT TICKETS SOLD OUT IN AN HOUR (Penjualan Tiket Konsert Terpantas DalamTempoh 1 JAM). Pengiktirafan tersebut diberi selepas 8,000 tiket Konsert GENKru terjual dalam tempoh satu jam.

“Terima kasih kepada pihak MBR di atas pengiktirafan MOST CONCERT TICKETS SOLD OUT IN AN HOUR kepada Icon Entertainment.

“Dan kami di Icon Entertainment dengan suka cita berkongsi pengiktirafan ini kepada semua peminat KRU yang telah menjadikan Konsert GenKRU cukup luar biasa bukan hanya kerana pembelian tiket terlaris dalam tempoh satu jam tetapi telah menjadikan konsert ini gemilang dengan empat malam penganjuran!” ujar Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang.
Konsert GENKru yang sudah dihadiri oleh lebih 30,000 peminat turut menyaksikan kemunculan istimewa undangan khas seperti kumpulan Feminin, Elite, Adam AF dan 4UTC.



Pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai “Most Show in a Single Concerts Series” bukan sekadar satu trofi atau sijil. Ia adalah pengiktirafan terhadap komitmen, konsistensi dan cinta KRU terhadap seni muzik tanah air. Dalam dunia hiburan yang pantas berubah, hanya yang benar-benar berkualiti mampu bertahan dan KRU membuktikan mereka masih lagi ‘raja pentas’. 

Tidak semua artis mampu mencipta rekod yang diiktiraf secara rasmi. The Malaysia Book of Records menjadikan pencapaian ini sebagai satu warisan bukan sahaja untuk KRU, tetapi juga untuk industri hiburan Malaysia. Kejayaan ini membuktikan bahawa konsert bersiri yang berani dan besar skalanya boleh berjaya di Malaysia. Ia menjadi contoh buat generasi baharu untuk bermimpi lebih besar. 

Bagi peminat setia yang membesar dengan lagu-lagu KRU, pengiktirafan ini adalah satu bentuk pengesahan bahawa kecintaan mereka selama ini bukan sia-sia. 

Daripada sekadar tiga beradik yang mencuba nasib dalam industri hiburan, KRU kini menjadi nama legenda yang diiktiraf secara rasmi oleh negara. Dengan pengiktirafan The Malaysia Book of Records ini, mereka bukan sahaja berjaya mencipta hiburan, tetapi juga legasi. 
Tahniah KRU! Anda bukan sahaja mencipta muzik, tetapi juga sejarah. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/05/kru-dan-icon-entertainment-lakar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Icon Entertainment Kru Cetak Sejarah Baharu Tiga Malam Konsert Bertaraf Antarabangsa Di Axiata Arena

Icon Entertainment Kru Cetak Sejarah Baharu Tiga Malam Konsert Bertaraf Antarabangsa Di Axiata Arena

papar berkaitan - pada 3/5/2025 - jumlah : 160 hits
KUALA LUMPUR 3 Mei 2025 Hari ini bakal terpahat sebagai satu detik bersejarah dalam dunia hiburan tanah air apabila kumpulan legenda KRU memulakan konsert sulung mereka malam ini pada jam 8 malam di Axiata Arena Bukit Jalil Lebih 10 000 pen...
Kru Amp Icon Entertainment Pecahkan Tradisi Industri Hiburan Tanah Air

Kru Amp Icon Entertainment Pecahkan Tradisi Industri Hiburan Tanah Air

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 137 hits
KRU dan Icon Entertainment sekali lagi memecahkan tradisi industri hiburan tanah air apabila mengumumkan konsert hari ke 4 hanya dalam waktu 4 hari sebelum konsert berlangsung Kebiasaannya penganjur dan artis memerlukan waktu beberapa bulan...
Woi This Is Malaysia La Who Cares Isn T Maruah The Cousin Of Barua

Woi This Is Malaysia La Who Cares Isn T Maruah The Cousin Of Barua

papar berkaitan - pada 3/5/2025 - jumlah : 154 hits
I say man who cares who slept with whom Or who grabbed whose This is Malaysia la Semua boleh That Bossku fellow had RM2 6 billion in his bank account And there are people who say he was innocent Now they confiscated RM170 million in cash fr...
Does Peninsular Malaysia Belong Exclusively To The Malays

Does Peninsular Malaysia Belong Exclusively To The Malays

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 141 hits
In recent years the claim that Peninsular Malaysia or West Malaysia belongs exclusively to the Malays has gained traction among certain political factions intent on promoting the divisive and self serving Ketuanan Melayu agenda This asserti...
Kadar Kelahiran Di Malaysia Jatuh Paling Teruk Dalam Sejarah Ramai Tak Mahu Tambah Anak

Kadar Kelahiran Di Malaysia Jatuh Paling Teruk Dalam Sejarah Ramai Tak Mahu Tambah Anak

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 156 hits
Membimbangkan Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan bahawa kadar kelahiran di Malaysia mencatat penurunan sebanyak 11 5 kepada 93 500 berbanding 105 613 kelahiran pada suku pertama tahun 2024 Menurut Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri ...
Explore The World S First Lego Flower Garden Miniland Only At Legoland Malaysia Resort

Explore The World S First Lego Flower Garden Miniland Only At Legoland Malaysia Resort

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 265 hits
Immerse yourself in a colorful world of blooms at LEGOLAND Malaysia Resort with the grand opening of its newest attraction The LEGO Flower Garden MINILAND Covering more than 4 100 square feet this one of a kind experience is the first in th...
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pahang Sita Bot Nelayan Tempatan Gaji Kru Warga Asing Tanpa Permit

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pahang Sita Bot Nelayan Tempatan Gaji Kru Warga Asing Tanpa Permit

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 132 hits
KUANTAN Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pahang menyita sebuah vesel nelayan tempatan kelas C selepas didapati menggajikan kru warga asing tanpa permit kerja yang sah Pengarah Maritim Negeri Pahang Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat...
How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 252 hits
WHILE questions abound with regard o Putrajaya s ability to be a as bitter neighbours India and Pakistan are now at risk of war a geopolitical enthusiast has deemed trade and supply chains disruptions as Malaysia s biggest casualties should...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Video Bas Laju Langgar Axia Di R R Jejantas Sungai Buloh Mangsa Harap Rakaman Video Bantu Siasatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More

Baucar Buku Guru Usaha Kerajaan Kukuhkan Budaya Ilmu

Hiburan Isteri Dah Banyak Kali Minta Cerai Dedah Sebab Utama Abang Wiring Enggan Lepaskan Bukan Sebab Sayang Tapi