Ingat Saat Kematian
Dengan mengingati kematian akan merasakan diri sentiasa diperhatikan oleh Allah, sepertilah saat kematian akan datang bila-bila masa. Lantas, segala persiapan berkaitan menambahkan bekalan dilakukan secara bersungguh-sungguh kerana merasakan peluangnya semakin suntuk.
Biarpun kita disuruh mengingati kematian, tetapi hendaklah dalam konteks keimanan. Sebaliknya, orang yang mengingati kematian tanpa menghayati tujuan suruhan itu, akan menyebabkan penderitaan batin. Mereka ingat mati, tetapi takutkan mati.
Mengingati kematian atau menziarah orang mati adalah cara melembutkan hati. Diceritakan bahawa Luqman menghadapi masalah untuk mendidik salah seorang anaknya yang keras hati, biarpun telah dilakukan pelbagai cara, namun semuanya gagal.
Lantas, Luqman mula melakukan satu pendekatan baru iaitu mengajak anaknya melawat orang sakit sedang nazak dan orang meninggal dunia.
Amalan itu diteruskan berulang-ulang, sehingga hasilnya ialah anak yang keras hati ialah mula insaf dan sedar bahawa hidup ini hanya sementara dan setiap orang akan mengadap Allah di akhirat untuk menerima pembalasan atas apa yang dilakukan di dunia ini.
Walaupun kematian adalah saat indah bagi orang beriman, tidak pula golongan ini mendoakan diri agar cepat mati. Bahkan, mereka sentiasa mendoakan semoga dipanjangkan umur, bukan kerana tidak puas hidup di dunia ini, tetapi tidak puas lagi beribadat dan ingin mengumpul lebih banyak pahala kebaikan.
Sesungguhnya Rasulullah melarang umatnya minta cepat mati, kerana ia sifat orang berputus asa dan mungkin dirinya ditimpa dengan malapetaka yang tidak mampu ditanggung olehnya. Orang beriman dianjurkan memohon sesuatu yang terbaik bagi dirinya.
Sebaik-baik manusia menurut pandangan Islam adalah orang yang panjang umurnya dan baik perbuatannya. Sedangkan sejahat-jahat manusia ialah orang yang panjang umurnya tiap jahat perilakunya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bicaramentari.blogspot.com/2019/02/lha.html