Kronologi Serangan Awal Christchurch 15 Mac 2019


Seorang lelaki memasuki masjid di lokasi Christchurch pada petang Jumaat dan menembak jemaah yang sedang berhimpun di dalamnya.

Tidak lama selepas itu, bantuan kecemasan pun datang dan seluruh bandar menjadi darurat dengan dikenakan larangan berkurung atas alasan keselamatan. 



Ini adalah bagaimana kejadian itu telah berlaku pada babak awalnya;

1.40 petang : Seorang lelaki memasuki masjid bandar Christchurch dengan senjata automatik dan menembak orang di dalam masjid.

2:11 petang : Polis mengesahkan mereka sedang berhadapan dengan "situasi yang merebak" di Christchurch selepas kejadian berhampiran Taman Hagley.

Tembakan dilaporkan didengar di luar kawasan Masjid di Deans Ave.

Seorang saksi melaporkan mendengar sekurang-kurangnya 20 das tembakan dilepaskan dan berfikir dia melihat ada tiga orang berada di atas tanah.

2:17 petang : Beberapa sekolah diarahkan dikunci dan ditutup di Christchurch, dan ketika itu semakin ramai orang mula berkumpul di masjid yang berlakunya tragedi.

Polis menubuhkan pasukan khas di pusat bandar di mana terdapatnya laporan orang ramai ditembak.

2:54 petang : Pesuruhjaya Polis Mike Bush berkata keadaan itu "serius dan berkembang" dan melibatkan penembak aktif.

Bush juga menggesa orang ramai untuk tidak keluar ke mana-mana (Christchurch) dan mesti kekal berada di dalam rumah. Orang ramai juga dinasihati kunci pintu.

Tak lama selepas itu, Lembaga Kesihatan Daerah Canterbury mengaktifkan pelan kawalan keselamatan.

Semua bangunan lain di kawasan hospital dimasukkan ke larangan perintah amaran berkurung dan orang ramai diminta untuk tidak masuk ke dalam hospital kecuali keadaan mendesak.

3:20 petang : Datuk Bandar Christchurch Lianne Dalziel berkata dia "terkejut sehingga tak tergambarkan dengan perkataan" pada insiden keganasan tersebut.

"Saya tidak akan menjangkakan apa-apa seperti ini berlaku di Christchurch, saya tidak pernah menjangka ini berlaku di New Zealand," katanya.

4:00 petang : Pesuruhjaya Polis, Mike Bush mengesahkan satu suspek telah ditahan tetapi memberi amaran kepada orang ramai di Christchurch berkemungkinan terdapat suspek-suspek lain yang sedang berkeliaran dan berisiko untuk menimbulkan suasana huru-hara serta mengacam keselamatan mereka.

Bush juga meminta orang Islam di seluruh New Zealand untuk menjauhi masjid di kawasan masing-masing.

"Kami faham akan ada ramai orang yang cemas tetapi saya boleh memberi jaminan kepada warga New Zealand bahawa Polis sedang berusaha untuk menyelesaikan insiden ini," katanya.

Jawatankuasa Pegawai Penyelarasan Keselamatan Domestik dan Luar Negeri - yang sering dirujuk sebagai ODESC - memulakan perbincangan di Ibu Pejabat Polis Negara di Wellington untuk menanggani insiden keganasan itu.

4:10 petang - Perdana Menteri Jacinda Ardern bercakap secara terbuka untuk kali pertama berhubung dengan insiden keganasan yang menyebutnya "salah satu hari paling dukacita di New Zealand."

Ardern berkata kebanyakan di masjid itu mungkin pendatang - tetapi mereka adalah "kami" - yakni orang New Zealand. Namun pengganas itu bukan, katanya.



"Ini adalah perbuatan keganasan yang diluar jangkaan pemikiran dan tidak pernah berlaku sebelum ini."

Ardern mengatakan dia akan ke Wellington segera di mana dia akan mengadakan pertemuan dengan pegawai kerajaan lain bagi membincangkan langkah susulan dan memahami kejadian itu dengan lebih dekat. - 15 Mac 2019.

Berita asal : Stuff.co.nz

Dialihkanbahasa oleh Sozcyili.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/03/kronologi-serangan-awal-christchurch-15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Serangan Christchurch Senator Dibaling Telur Gara Gara Kenyataan 039 Celupar 039

Video Serangan Christchurch Senator Dibaling Telur Gara Gara Kenyataan 039 Celupar 039

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 298 hits
16 Mac 2019 5 37 PM MELBOURNE Senator Queensland Australia Fraser Anning hari ini dibaling telur oleh seorang remaja ekoran kenyataannya yang bersifat rasis berkaitan insiden tembakan
Serangan Di Christchurch Tidak Bertamadun Jangan Ada Kenyataan Tak Bertanggungjawab Ahmad Zahid

Serangan Di Christchurch Tidak Bertamadun Jangan Ada Kenyataan Tak Bertanggungjawab Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 288 hits
KUALA LUMPUR 16 Mac 8211 Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menganggap serangan ke atas dua masjid di New Zealand adalah sesuatu yang kejam dan tidak bertamadun Katanya ia adalah serangan teroris yang perlu dikutuk serta dikecam dengan sekera...
Serangan Christchurch Brenton Tarrant Di Dakwa Membunuh

Serangan Christchurch Brenton Tarrant Di Dakwa Membunuh

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 334 hits
CHRISTCHURCH Brenton Tarrant 28 tahun didakwa di mahkamah pada Sabtu susulan kejadian serangan di dua masjid di Christchurch ketika waktu solat Jumaat semalam Tarrant yang menurut media tempatan boleh dinamakan tetapi tidak boleh ditunjukka...
Informasi Didakwa Di Mahkamah Pengganas Serangan Christchurch Ini Dia

Informasi Didakwa Di Mahkamah Pengganas Serangan Christchurch Ini Dia

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 519 hits
BRENTON TARRANT didakwa atas kesalahan membunuh oleh Mahkamah Daerah Christchurch New Zealand hari ini AFPCHRISTCHURCH 16 Mac Suspek utama insiden tembakan di dua buah masjid di sini semalam didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh Suspe...
Analisis Teknikal Emas Untuk 1 Mac 2019

Analisis Teknikal Emas Untuk 1 Mac 2019

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 497 hits
Pasaran harga emas kekal pada arah aliran penurunan harga jangka pendek kerana harga telah menimbulkan flag penurunan harga seperti yang kita nyatakan dalam posisi atau kedudukan terdahulu dan kini ia telah menembusi di bawah sokongan dan m...
Serangan Masjid Christchurch Tarmizi Jalani Pembedahan Buang Peluru

Serangan Masjid Christchurch Tarmizi Jalani Pembedahan Buang Peluru

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 428 hits
ALOR SETAR Rakyat Malaysia Mohd Tarmizi Shuib 42 yang cedera dalam insiden tembakan di sebuah masjid di Christchurch New Zealand dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan bagi membuang peluru di bahagian belakang b...
4843 Ppim Kutuk Serangan Pengganas Di Christchurch Utusan Malaysia 16 3 19

4843 Ppim Kutuk Serangan Pengganas Di Christchurch Utusan Malaysia 16 3 19

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 480 hits
KUALA LUMPUR 15 Mac Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengutuk sekeras kerasnya perbuatan tidak berhati perut oleh pengganas yang membunuh umat Islam dalam kejadian tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch New Zealand hari ini Ke...
Serangan Christchurch Rahimi Ahmad Dilaporkan Stabil Di Icu

Serangan Christchurch Rahimi Ahmad Dilaporkan Stabil Di Icu

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR Seorang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa serangan tembakan rambang di Masjid Al Noor Christchurch New Zealand Rahimi Ahmad dilaporkan dalam keadaan stabil meskipun sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pegawai Perubatan di Hos...
Serangan Christchurch Kerajaan Akan Bantu Keluarga Ke Nz

Serangan Christchurch Kerajaan Akan Bantu Keluarga Ke Nz

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 301 hits
KUANTAN Kerajaan akan membantu urusan perjalanan keluarga mangsa yang cedera dalam insiden keganasan di dua masjid di Christchurch New Zealand semalam untuk ke negara itu bagi membolehkan mereka memberi sokongan kepada mangsa yang terlibat ...
Travel Bajet Ke Pulau Pinang Panduan Lengkap Untuk Percutian Solo Keluarga

Ringkasan Berita Pasaran As Untuk 6 Ogos

Mobileshield By Celcomdigi Is Here To Stop Scams In Their Tracks

Dak Adik Tinggal Aku Balik

Lebih 3 000 Pokok Durian Musang King Haram Di Tebang Di Hutan Simpan Gunung Benum Bermula 21 Julai Lalu

Dari 0 Ke 300 Juta Dalam 7 Tahun Realme Tahu Cara Bermain Dengan Betul

Tak Ada Rezeki Nak Makan Karipap Segamat Legend Viral

Jalur Gemilang Of Honour And Weathered Spirits


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Learning From Failed Startups

Petua Kurangkan Batuk

Aaron Wooi Yik Mahu Hadiah Emas Merdeka Buat Rakyat Malaysia Berita Harian

Perlawanan Sumbangsih Saya Tak Rasa Kami Perlu Fikir Mengenai Rekod Mereka Kapten Selangor

Polip Serviks Punca Gejala Rawatan Dan Pencegahan

Pelajar Kolej Campak Bayi Baru Lahir Didenda Rm10 000