Kronologi Penuh Kluster Tabligh Sri Petaling Covid 19


Kronologi Penuh Kluster Tabligh Sri Petaling Covid-19. Alhamdulillah syukur atas rahmat Allah kerana KLUSTER COVID-19 TERBESAR DI MALAYSIA TAMAT PADA HARI INI (KLUSTER SERI PETALING)
Kronologi Penuh Kluster Tabligh Sri Petaling Covid-19 KKM dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa, kluster COVID-19 terbesar di Malaysia, iaitu Kluster Perhimpunan Seri Petaling adalah diisytihar tamat pada hari ini. 4 bulan telah berlalu sejak kluster ini mula dikesan dan hari ini tamatlah tempoh 28 hari sejak kes terakhir kluster ini dilaporkan (iaitu kes ke-8367) pada 11 Jun 2020 yang lalu. Hari ini sememangnya merupakan hari yang amat bermakna bagi Negara yang telah kita mengharunginya bersama.
Berikut adalah ringkasan Kluster Seri Petaling:
• Kluster ini telah dikesan susulan satu perhimpunan keagamaan yang telah diadakan di sebuah masjid di Seri Petaling, Kuala Lumpur. Perhimpunan tersebut telah berlangsung dari 27 Februari sehingga 3 Mac 2020 dan telah dihadiri seramai 16,000 orang (iaitu 14,500 warganegara Malaysia dan 1,500 bukan warganegara dari pelbagai negara lain).
• Kes positif COVID-19 pertama kluster ini dilaporkan di dalam negara pada 11 Mac 2020 (iaitu seminggu selepas perhimpunan berakhir), iaitu kes ke-131 dan kes ke-136. Mereka adalah warganegara Malaysia dari negeri Pahang dan Negeri Sembilan yang telah hadir perhimpunan tersebut.
• Kluster ini besar kemungkinan berpunca dari luar negara dan kemudiannya tular melalui aktiviti perhimpunan secara besar-besaran dan kontak kepada kes yang positif.
Sehingga 8 Julai 2020:
• 42,023 individu telah disaring, 3,375 kes positif COVID-19 (iaitu 38.9 peratus daripada jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia)
• Kluster dan sub-kluster di bawahnya dikesan di 7 buah negeri
• Melibatkan 2,550 warganegara Malaysia dan 825 bukan warganegara (28 buah negara)
• Kes tidak bergejala: 2,187 kes atau 64.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif kluster ini
• 87 pesakit telah dirawat di ICU. Daripada jumlah ini, 29 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
• Seramai 3,341 individu telah sembuh (kadar sembuh 98.9 peratus
• 34 kematian telah dilaporkan dalam kluster ini (iaitu 28.1 peratus daripada kes kematian COVID-19 di Malaysia).
• KKM telah mengesan sebanyak 17 subkluster dalam kluster ini
Pencapaian ini merupakan kejayaan bersama bagi KKM dan agensi-agensi lain yang telah bekerjasama melalui tindakan bersepadu dalam segala pendekatan bagi mengawal dan membendung penularan jangkitan COVID-19 dalam kluster ini. Pihak media juga telah memainkan peranan besar dalam menyebarkan maklumat dan komunikasi risiko berkaitan kluster ini ke seluruh Negara.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Masjid Seri Petaling dan para jemaah atas sokongan padu serta bantuan rapat yang telah mereka berikan, yang banyak membantu dalam tindakan mengesan, membendung dan merawat kes-kes COVID-19 terutama bagi kluster ini. KKM mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, atas sumbangan dan perkhidmatan yang komited dalam pencapaian ini. -KP Kesihatan-



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaviralterkini.com/kronologi-penuh-kluster-tabligh-sri-petaling-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Tiada Kes Penularan Tempatan Kluster Perhimpunan Sri Petaling Diisytihar Tamat

Covid 19 Tiada Kes Penularan Tempatan Kluster Perhimpunan Sri Petaling Diisytihar Tamat

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 287 hits
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia melakukan persiapan sebelum melakukan saringan ke atas penduduk susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan berikutan penularan Covid 19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di sekitar kawasan Jalan ...
Kluster Himpunan Tabligh Sri Petaling Tamat

Kluster Himpunan Tabligh Sri Petaling Tamat

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 382 hits
Alhamduillah apabila Datuk Doktor Noor Hisham Abdullah mengumumkan Kluster Himpunan Tabligh Sri Petaling telah tamat Ini satu berita sangat mengembirakan buat umat Islam di Malaysia Pada awal kemunculan kluster ini ramai non muslim masing m...
Kluster Terbesar Covid 19 Malaysia Di Masjid Sri Petaling Tamat

Kluster Terbesar Covid 19 Malaysia Di Masjid Sri Petaling Tamat

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 353 hits
Akhirnya secara rasmi diisytiharkan kluster terbesar di negara kita iaitu Kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling telah tamat pengawasan hari ini setelah tiada kes baru dilaporkan dlm tempoh 28 hari Tahniah dan terima kasih kpd semua Al...
Sifar Kes Kluster Sri Petaling Dalam Masa 2 Minggu Lagi Noor Hisham

Sifar Kes Kluster Sri Petaling Dalam Masa 2 Minggu Lagi Noor Hisham

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 277 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid 19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya foto AFFAN FAUZI PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia berhara...
Kluster Terbesar Jemaah Tabligh Seri Petaling Akhirnya Tamat

Kluster Terbesar Jemaah Tabligh Seri Petaling Akhirnya Tamat

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 378 hits
208 total views 12 views today Kluster Covid 19 terbesar negara iaitu kluster perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling berjaya merekodkan sifar kes sekali gus diisytihar tamat pada hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor H...
Kluster Perhimpunan Di Masjid Seri Petaling Diisytiharkan Tamat Hari Ini

Kluster Perhimpunan Di Masjid Seri Petaling Diisytiharkan Tamat Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 286 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa Kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling telah tamat pada hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kluster Covid 19 di M...
Covid 19 Kkm Kesan Kluster Baharu Novgorod

Covid 19 Kkm Kesan Kluster Baharu Novgorod

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 241 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan kluster baharu koronavirus iaitu Kluster Novgorod melibatkan rakyat Malaysia yang pulang dari Rusia awal bulan ini Foto Bernama PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan kluster baharu koronav...
Tito Tegaskan Pemerintah Berupaya Agar Pilkada Tak Jadi Kluster Baru Covid 19

Tito Tegaskan Pemerintah Berupaya Agar Pilkada Tak Jadi Kluster Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 201 hits
Dia menegaskan jika memang ada kekhawatiran di Pilkada menjadi kluster baru di sinilah peran Pilkada khususnya para petahana yang menjadi kepala daerah
Kluster Baru Covid 19 Dikesan Di Kuching Kata Noor Hisham

Kluster Baru Covid 19 Dikesan Di Kuching Kata Noor Hisham

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 454 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga 12 tengah hari tadi 2 kes positif Covid 19 dilaporkan melibatkan kluster syarikat kejuruteraan di Kuching PETALING JAYA Kementerian Kesihatan berkata kluster baru Covid 19 di...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi