Covid 19 Tiada Kes Penularan Tempatan Kluster Perhimpunan Sri Petaling Diisytihar Tamat


Muhammad Azizul Osman Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan persiapan sebelum melakukan saringan ke atas penduduk susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan Covid-19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di sekitar kawasan Jalan Pudu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI PUTRAJAYA – Wajah ceria Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum sidang media terjawab hari ini apabila tiada perubahan kes penularan tempatan dilaporkan bagi kes Covid-19, hari ini.
Menurut Noor Hisham, hari ini terdapat tiga kes import direkodkan dalam kalangan warganegara Malaysia yang mendapat jangkitan di luar negara.
“Sehingga kini, terdapat dua kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Satu kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian, di KKM, hari ini.
Tambah beliau, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 70 kes.
Tiada kes kematian direkodkan hari ini dan kekal kepada 121 kes, ujarnya.
Selain itu, terdapat lima kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,486 kes.
Untuk rekod, ia merupakan kali kedua tiada kes penularan tempatan Covid-19 direkodkan sepanjang wabak itu melanda negara sebelum ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Noor Hisham turut memaklumkan bahawa kluster Perhimpunan Sri Petaling diisytihar tamat pada hari ini.
Beliau berkata kluster ini telah dikesan susulan satu perhimpunan keagamaan yang telah diadakan di sebuah masjid di Sri Petaling, Kuala Lumpur.
“Kes positif Covid-19 pertama kluster ini dilaporkan di dalam negara pada 11 Mac 2020 (iaitu seminggu selepas perhimpunan berakhir), iaitu kes ke-131 dan kes ke-136.
“Mereka adalah warganegara Malaysia dari negeri Pahang dan Negeri Sembilan yang telah hadir perhimpunan tersebut,” katanya lagi.
Kluster paling besar ini dikesan berpunca dari luar negara dan kemudiannya tular di dalam komuniti melalui aktiviti perhimpunan secara besar-besaran melalui kontak rapat kes yang positif.
Kluster ini menyebabkan penularan kes menular ke seluruh negara Malaysia.
Sehingga hari ini, sejumlah 42,023 individu telah disaring dalam kluster ini.
Daripada jumlah ini, 3,375 kes positif telah dilaporkan positif Covid-19 (iaitu 38.9 peratus daripada jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia).
Kes-kes bagi kluster dan subkluster di bawahnya adalah dikesan di 7 buah negeri melibatkan 2,550 warganegara Malaysia dan 825 bukan warganegara dari 28 buah negara. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/covid-19-tiada-kes-penularan-tempatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kluster Terbesar Covid 19 Malaysia Di Masjid Sri Petaling Tamat

Kluster Terbesar Covid 19 Malaysia Di Masjid Sri Petaling Tamat

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 287 hits
Akhirnya secara rasmi diisytiharkan kluster terbesar di negara kita iaitu Kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling telah tamat pengawasan hari ini setelah tiada kes baru dilaporkan dlm tempoh 28 hari Tahniah dan terima kasih kpd semua Al...
Hanya Tinggal 1 Kes Yang Masih Aktif Di Kluster Perhimpunan Seri Petaling Jumlah Kes Sembuh Cecah 98 96

Hanya Tinggal 1 Kes Yang Masih Aktif Di Kluster Perhimpunan Seri Petaling Jumlah Kes Sembuh Cecah 98 96

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 199 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini memaklumkan bahawa terdapat hanya satu kes sahaja yang masih aktif di Kluster Perhimpunan Seri Petaling Hanya seorang pesakit masih dirawat di hospital dari klus...
Sifar Kes Kluster Sri Petaling Dalam Masa 2 Minggu Lagi Noor Hisham

Sifar Kes Kluster Sri Petaling Dalam Masa 2 Minggu Lagi Noor Hisham

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 226 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid 19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya foto AFFAN FAUZI PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia berhara...
Covid 19 Hanya Satu Kes Baharu Tiada Penularan Tempatan

Covid 19 Hanya Satu Kes Baharu Tiada Penularan Tempatan

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 255 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiada kes Covid 19 secara penularan tempatan hari ini Foto oleh Shafwan ZaidonPUTRAJAYA 1 Julai Tiada kes yang dilaporkan mendapat jangkitan dari dalam negara iaitu penularan te...
Kronologi Penuh Kluster Tabligh Sri Petaling Covid 19

Kronologi Penuh Kluster Tabligh Sri Petaling Covid 19

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 271 hits
Kronologi Penuh Kluster Tabligh Sri Petaling Covid 19 Alhamdulillah syukur atas rahmat Allah kerana KLUSTER COVID 19 TERBESAR DI MALAYSIA TAMAT PADA HARI INI Kronologi Penuh Kluster Tabligh Sri Petaling Covid 19 KKM dengan sukacitanya ingin...
Kluster Himpunan Tabligh Sri Petaling Tamat

Kluster Himpunan Tabligh Sri Petaling Tamat

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 328 hits
Alhamduillah apabila Datuk Doktor Noor Hisham Abdullah mengumumkan Kluster Himpunan Tabligh Sri Petaling telah tamat Ini satu berita sangat mengembirakan buat umat Islam di Malaysia Pada awal kemunculan kluster ini ramai non muslim masing m...
Kluster Perhimpunan Di Masjid Seri Petaling Diisytiharkan Tamat Hari Ini

Kluster Perhimpunan Di Masjid Seri Petaling Diisytiharkan Tamat Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 236 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa Kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling telah tamat pada hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kluster Covid 19 di M...
Kluster Pangsapuri Cheras Gombak Tamat Ahad Lalu Catat 13 Kes

Kluster Pangsapuri Cheras Gombak Tamat Ahad Lalu Catat 13 Kes

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 261 hits
SHAH ALAM 7 JULAI Kluster Pangsapuri Cheras dan Gombak yang diisytihar tamat Ahad lalu mencatatkan 13 kes terkumpul semuanya Dua kluster masing masing mencatatkan lapan dan lima kes positif wabak ini Bagaimanapun kluster ini tidak merekodka...
Terkini Covid 19 Satu Kluster Baharu Dikesan Di Kuching Dengan 2 Kes Positif Kkm

Terkini Covid 19 Satu Kluster Baharu Dikesan Di Kuching Dengan 2 Kes Positif Kkm

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 272 hits
Satu kluster baharu dikesan di Kuching Sarawak melibatkan sebuah syarikat kejuruteraan umum Kementerian Kesihatan Menurut satu kenyataan rasmi sebanyak dua kes positif COVID 19 dilaporkan daripada kluster tersebut Kes pertama kluster ini ad...
3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Lirik Lagu Semua Tentangmu Sufian Suhaimi

Abyad Sofi

Zii Jia Won T Join National Team For Thomas Cup Training

Tamago Kake Gohan

Terimalah Kekurangan Sahabat Kita



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Shapellx Shapewear Your Guide To A Perfect Look

Enhancing Your Pubg Mobile Experience A Guide To Unknown Cash

Jamuan Saka Di Ruang Tamu

Puisi 35 Takdir

Raya Raya Raya 2024

Siput Serang Tanaman