Kronologi Kes 1mdb Dihadapi Najib


Kronologi Kes 1MDB Dihadapi Najib
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) — Selepas perbicaraan yang berlangsung dalam tempoh tujuh tahun, Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 15 tahun dan denda RM11.4 bilion terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau didapati bersalah atas 25 pertuduhan wang haram dan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah turut memerintahkan Najib dipenjara 40 tahun jika gagal membayar denda tersebut.
Beliau yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan sedemikian, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Najib, 72, pada akhir kes pembelaan.
Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dan beliau dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, yang kemudiannya dikurangkan kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta selepas Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman berkenaan.
Berikut kronologi kes 1MDB: 20 Sept 2018 – Najib didakwa kali pertama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama di hadapan Hakim Azura Alwi.
27 Sept 2018 – Najib selesai membayar wang jaminan berjumlah RM3.5 juta yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen.
31 Okt 2018 – Kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
9 Jan 2019 – Najib memfailkan dua permohonan untuk mencabar pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes itu.
1 Mac 2019 – Najib gagal dalam permohonan itu selepas mahkamah mendapati tiada bukti Sri Ram akan berat sebelah dalam mengendalikan kes tersebut.
7 Mac 2019 – Najib memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu.
7 Mei 2019 – Najib gagal dalam rayuan berkenaan.
17 Jun 2019 – Mahkamah Persekutuan menetapkan 7 Ogos 2019 untuk mendengar rayuan Najib bagi menggugurkan Sri Ram.
28 Ogos 2019 – Hari pertama perbicaraan kes 1MDB dihadapi Najib di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
BACA: Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1MDB Sejak TIA – Hakim 2 April 2020 – Perbicaraan kes itu ditangguhkan kerana lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan.
4 Mei 2020 – Perbicaraan kes Najib dijadualkan bersambung 13 Mei 2020 dengan mematuhi garis panduan mahkamah terbuka ekoran wabak COVID-19.
5 Okt 2020 – Perbicaraan kes dijadualkan bersambung semula pada 19 Okt setelah Najib selesai menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu selepas pulang dari Sabah bagi kempen pilihan raya.
5 Jan 2021 – Perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi setelah hampir empat bulan ditangguhkan.
8 Sept 2021 – Mahkamah Rayuan sekali lagi memutuskan Sri Ram kekal mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes tersebut.
14 Dis 2021 – Perbicaraan ditangguhkan kerana status MySejahtera Najib masih mengklasifikasikannya sebagai individu dalam perintah pengawasan dan pemerhatian (PUS) dan mahkamah menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menjalankan perbicaraan secara hibrid, dengan Najib serta peguamnya menyertai prosiding melalui persidangan video.
25 Ogos 2022 – Najib hadir perbicaraan di Mahkamah Tinggi buat kali pertama selepas dijatuhi hukuman bagi kes SRC International Sdn Bhd. Najib dihantar ke Penjara Kajang pada 23 Ogos selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya kerana menyalahgunakan dana SRC berjumlah RM42 juta.
29 Jan 2023 – Sri Ram yang mengendalikan kes itu meninggal dunia pada usia 79 tahun.
30 Jan 2023 – Mahkamah Tinggi menangguhkan perbicaraan kes Najib berhubung kematian mengejut Sri Ram yang dianggap sebagai figura umpama seorang bapa kepada pasukan pendakwaan kes 1MDB. 18 Ogos 2023 – Mahkamah Tinggi tolak permohonan Najib untuk menggugurkan Hakim Sequerah daripada mendengar kes dihadapinya. Najib memfailkan permohonan itu disebabkan hubungan hakim itu dengan bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan.
6 Nov 2023 – Mahkamah Tinggi benar permohonan pihak pendakwaan untuk pinda tiga pertuduhan yang dihadapi Najib.
8 Jan 2024 – Najib mohon pihak pendakwaan mengambil tindakan terhadap dokumentari ‘Man on the Run’ yang ditayangkan dalam perkhidmatan penstriman Netflix atas alasan ia sangat subjudis dan menghina kesnya yang sedang berjalan.
30 Mei 2024 – Pendakwaan menutup kesnya selepas enam tahun, 235 hari perbicaraan dengan 50 orang saksi dipanggil memberi keterangan.
20 Ogos 2024 – Najib tarik balik rayuan untuk menggugurkan Hakim Sequerah daripada mendengar kesnya.
3 Okt 2024 – Hakim Sequerah menetapkan 30 Okt untuk menyampaikan keputusan sama ada Najib perlu membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan.
24 Okt 2024 – Najib menerusi anak lelakinya, Datuk Mohamad Nizar membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia berhubung kepincangan yang berlaku dalam 1MDB ketika menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
BACA JUGA: Kes 1MDB: Mahkamah Menjatuhi Najib Hukuman Penjara 15 Tahun & Denda RM11.4 Bilion 30 Okt 2024 – Najib diperintah membela diri atas 25 pertuduhan selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
2 Dis 2024 – Najib mula memberikan keterangan bela diri selaku saksi pertama pembelaan.
24 Jan 2025 – Najib selesai memberi keterangan bela diri selepas 26 hari berada di mahkamah dan membentangkan kenyataan saksinya setebal 678 muka surat dalam empat jilid.
6 Mei 2025 – Pembelaan menutup kes selepas memanggil 26 orang saksi termasuk Najib untuk beri keterangan.
21 Okt 2025 – Pihak pembelaan mengemukakan hujahan lisan dan selesai berhujah pada 29 Okt.
29 Okt 2025 – Pihak pendakwaan mula berhujah dan menutup hujahan lisan pada 30 Okt.
4 Nov 2025 – Peguam mengemukakan hujahan balas dan mahkamah menetapkan 26 Dis untuk keputusan pada akhir kes pembelaan.
Sumber: BERNAMA
The post Kronologi Kes 1MDB Dihadapi Najib appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/26/kronologi-kes-1mdb-dihadapi-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes 1mdb Mahkamah Tinggi Tolak Pembelaan Najib Berkaitan Derma Politik Keluarga Diraja Arab Saudi

Kes 1mdb Mahkamah Tinggi Tolak Pembelaan Najib Berkaitan Derma Politik Keluarga Diraja Arab Saudi

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 87 hits
Kes 1MDB Mahkamah Tinggi Tolak Pembelaan Najib Berkaitan Derma Politik Keluarga Diraja Arab Saudi PUTRAJAYA 26 Dis Mahkamah Tinggi menolak dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa wang berjumlah RM2 3 bilion dalam kes 1Malaysia Development...
Penyokong Najib Penuhi Istana Kehakiman Saat Detik Penentu Kes 1mdb

Penyokong Najib Penuhi Istana Kehakiman Saat Detik Penentu Kes 1mdb

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 95 hits
Ratusan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat berhimpun di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya pada Jumaat bagi mengikuti detik penting keputusan kes terakhir pembelaan bekas Perdana Menteri itu yang berdepan empat pertuduhan salah gu...
Kes 1mdb Najib Razak Didapati Bersalah

Kes 1mdb Najib Razak Didapati Bersalah

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 129 hits
Kes 1MDB Najib Razak Didapati Bersalah Dana 1MDB Najib didapati bersalah atas pertuduhan pertama menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan Mahkamah Tinggi Dana 1MDB Najib didapati bersalah atas tuduhan kedua guna kedudukan peroleh suapa...
Najib Razak Dipenjara 15 Tahun Amp Didenda Rm11 38 Bilion Titik Noktah Baharu Dalam Sejarah Kes 1mdb

Najib Razak Dipenjara 15 Tahun Amp Didenda Rm11 38 Bilion Titik Noktah Baharu Dalam Sejarah Kes 1mdb

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 52 hits
Bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak hari ini berdepan detik paling besar dalam karier politiknya apabila Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta denda RM11 38 bilion selepas beliau disabitkan bersalah te...
Kes 1mdb Mahkamah Menjatuhi Najib Hukuman Penjara 15 Tahun Denda Rm11 4 Bilion

Kes 1mdb Mahkamah Menjatuhi Najib Hukuman Penjara 15 Tahun Denda Rm11 4 Bilion

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 56 hits
Kes 1MDB Mahkamah Menjatuhi Najib Hukuman Penjara 15 Tahun Denda RM11 4 Bilion PUTRAJAYA 26 Dis Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11 4 bilion ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak selepas didapat...
Najib Gets 15 Years Jail Fined Rm11 38bil In 1mdb Case

Najib Gets 15 Years Jail Fined Rm11 38bil In 1mdb Case

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 60 hits
High Court orders the ex prime minister to serve his sentence after completing his SRC International jail term in 2028 Former prime minister Najib Razak was earlier today convicted of four counts of abuse of power and 21 counts of money lau...
Najib Jho Low Had Unmistakable Bond 1mdb Trial Judge

Najib Jho Low Had Unmistakable Bond 1mdb Trial Judge

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 73 hits
The trial judge in the RM2 3 billion 1MDB case against Najib Abdul Razak has found that an unequivocal nexus existed between the former prime minister and fugitive financier Low Taek Jho This is according to evidence from multiple witness t...
Lawyer Judge Lock Horns After Najib Convicted On All 1mdb Charges

Lawyer Judge Lock Horns After Najib Convicted On All 1mdb Charges

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 55 hits
Tension arose after Najib s lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah requested a short adjournment from presiding judge Datuk Collin Lawrence Sequerah following the delivery of the court s written judgment today Pic by NSTP RAIHANA MANSORPUT...
Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1mdb Sejak Tia Hakim

Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1mdb Sejak Tia Hakim

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 83 hits
Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1MDB Sejak TIA Hakim PUTRAJAYA 26 Dis Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kepentingan langsung dalam 1Malaysia Development Berhad sejak awal penubuhannya ketika 1...
Khutbah Jumaat Bulan Rejab Bulan Penuh Hikmah

1mdb Court Finds Najib Guilty On Cbt Charges

Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

High Court To Announce Verdict In Najib Razak S 1mdb Trial

Blogger Adam Dan Hawa Diberikah Hadiah Komentartor Teratas Anda Telah Terpilih

Ideas Recipes Healthy Desserts And Snacks

Peranan Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa

Kes 1mdb Najib Razak Didapati Bersalah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Perbicaraan 1mdb Pihak Pendakwaan Cadang 80 Tahun Penjara Denda Rm11 4 Bilion Terhadap Najib

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Buat Duit Online Tanpa Kerja Lebih Masa Solusi Income Automatik Untuk Orang Sibuk

Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1mdb Sejak Tia Hakim