Kes 1mdb Mahkamah Tinggi Tolak Pembelaan Najib Berkaitan Derma Politik Keluarga Diraja Arab Saudi


Kes 1MDB: Mahkamah Tinggi Tolak Pembelaan Najib Berkaitan Derma Politik Keluarga Diraja Arab Saudi
PUTRAJAYA, 26 Dis (Bernama) — Mahkamah Tinggi menolak dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa wang berjumlah RM2.3 bilion dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah sumbangan politik daripada keluarga diraja Saudi, selepas mendapati dana itu dipindahkan terus ke akaun peribadinya.
Keputusan itu disampaikan oleh Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang ketika itu Hakim Mahkamah Tinggi dan kini merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan, sewaktu membacakan penghakiman dalam kes Najib berhubung 1MDB bernilai RM2.3 bilion.
Dalam penghakimannya, hakim Sequerah berkata tiada resit dikeluarkan oleh kerajaan atau mana-mana parti politik yang mengakui penerimaan wang tersebut.
“Tiada juga bukti pengakuan rasmi oleh kerajaan atau mana-mana parti politik kepada penderma yang didakwa, mahupun oleh tertuduh sendiri. Selain itu, surat sumbangan Arab yang didakwa ditujukan ke kediaman peribadi tertuduh dan bukannya ke alamat rasmi atau parti,” kata hakim itu.
Beliau menegaskan bahawa tiada rekod rasmi atau minit oleh tertuduh mengenai sumbangan yang didakwa itu, mahupun bukti yang mengaitkan penderma keluarga diraja itu dengan sumbangan politik yang sah. Hakim Sequerah turut menekankan bahawa adalah mustahil untuk mempercayai bahawa jumlah wang yang begitu besar boleh dipindahkan ke akaun tertuduh tanpa rekod akaun yang lengkap dan telus.
“Pada masa itu, parti politik yang dipimpin tertuduh ialah UMNO, parti politik terbesar di Malaysia dengan sejarah sejak 1946. Mustahil bagi seseorang dalam jawatan Perdana Menteri untuk tidak menyimpan rekod akaun yang betul bagi sebuah parti yang kononnya menerima jumlah wang yang besar sedemikian,” kata hakim itu.
Beliau juga menegaskan bahawa walaupun wang tersebut didakwa sebagai sumbangan politik, ia tidak akan menghalalkan penggunaannya sekiranya ia berasal daripada sumber haram.
“Mahkamah menegaskan bahawa tujuan penggunaan dana itu adalah kritikal, tanpa mengira niat yang didakwa sebagai sumbangan.
“Sebagai kesimpulan, walaupun dana tersebut didakwa dimaksudkan sebagai sumbangan politik, iaitu dakwaan itu sendiri didapati tidak berasas, ia tetap tidak menjadikan penggunaan dana tersebut sah sekiranya ia berasal daripada sumber haram, kerana tujuan penggunaan dana itu tidak relevan.”
“Justeru, hujah tertuduh bahawa wang yang diterima adalah untuk sumbangan politik adalah tidak boleh diterima,” tegas hakim itu. Hakim berkata dapatan tersebut menjadikan hujahan ‘derma daripada Kerajaan Arab Saudi’ sebagai estoppel terhadap tertuduh, dan Najib tidak boleh membawanya semula atau mencabar semula di mahkamah, kerana hujahan itu telah dikemukakan dalam pembelaannya di hadapan mahkamah yang lebih tinggi dan keputusan itu telah disahkan oleh kedua-dua mahkamah berkenaan.
“(Hujahan derma Kerajaan Arab Saudi) tidak boleh dipercayai, sukar dipertahankan, satu rekaan yang tidak berasas, tidak disokong oleh bukti kukuh di hadapan mahkamah, tidak dapat diterima, sebuah kisah yang melebihi cerita-cerita dari Arabian Nights, tiada kredibiliti, bercanggah dan dinafikan oleh bukti dokumen, serta satu rekaan yang langsung tidak boleh dipercayai,” kata hakim itu.
Ketika berita ini dilaporkan, hakim Sequerah masih membacakan penghakiman dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM2.3 bilion dan dijangka mengambil kira-kira tiga jam lagi untuk diselesaikan.
Mahkamah akan bersidang semula selepas solat Jumaat pada 3 petang.
Najib, 72, didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB melalui cawangan AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan antara 24 Feb 2011 hingga 19 Dis 2014. Beliau didakwa di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama, dengan penjara sehingga 20 tahun dan denda sama ada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, bekas Perdana Menteri itu didakwa melakukan kesalahan di bank yang sama antara 22 Mac 2013 hingga 30 Ogos 2013.
Pertuduhan tersebut dikemukakan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sumber: BERNAMA
The post Kes 1MDB: Mahkamah Tinggi Tolak Pembelaan Najib Berkaitan Derma Politik Keluarga Diraja Arab Saudi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/26/kes-1mdb-mahkamah-tinggi-tolak-pembelaan-najib-berkaitan-derma-politik-keluarga-diraja-arab-saudi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Najib Razak Agc Nafi Keputusan Mahkamah Tinggi Tak Kurangkan Kuasa Pengampunan Diraja

Kes Najib Razak Agc Nafi Keputusan Mahkamah Tinggi Tak Kurangkan Kuasa Pengampunan Diraja

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 109 hits
Keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes melibatkan Datuk Seri Najib Razak berhubung titah adendum tidak sama sekali mengurangkan kuasa Yang di Pertuan Agong Raja Raja Melayu atau Yang di Pertua Negeri dalam memberikan pengampunan kepada seseora...
Perbicaraan 1mdb Mahkamah Tinggi Putuskan Surat Derma Dari Raja Arab Adalah Palsu

Perbicaraan 1mdb Mahkamah Tinggi Putuskan Surat Derma Dari Raja Arab Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 84 hits
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa empat surat derma dari Arab Saudi yang dikemukakan oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai asas pembelaan dalam kes 1Malaysia Development Berhad adalah tidak sah dan palsu Hakim Datuk Collin Lawrence S...
Kes 1mdb Surat Derma Arab Adalah Palsu Ramai Yang Tertipu

Kes 1mdb Surat Derma Arab Adalah Palsu Ramai Yang Tertipu

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 56 hits
Kes 1MDB Mahkamah putuskan surat derma Arab adalah palsuAhmad Johari Ali Rahmat Khairulrijal Qistina Sallehuddin dan Sii Yin AnnSUASANA di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya dipenuhi penyokong Razak yang hadir seawal 7 pagi bagi keputus...
Najib S 1mdb Trial To Resume After Friday Prayers But Court Rules Arab Donation Letters Were Forged

Najib S 1mdb Trial To Resume After Friday Prayers But Court Rules Arab Donation Letters Were Forged

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 56 hits
PUTRAJAYA The proceedings in Datuk Seri Najib Razak s RM2 28bil 1Malaysia Development Bhd graft trial are expected to continue after Friday prayers Justice Collin Lawrence Sequerah who has been delivering the decision since 9 30am told part...
Mahkamah Tolak Permohonan Najib Berhubung Isu Tahanan Rumah Dalam Titah Adendum

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Berhubung Isu Tahanan Rumah Dalam Titah Adendum

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 134 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung titah adendum yang didakwa membenarkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara beliau di bawahan tahana...
Penyokong Najib Penuhi Istana Kehakiman Saat Detik Penentu Kes 1mdb

Penyokong Najib Penuhi Istana Kehakiman Saat Detik Penentu Kes 1mdb

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 61 hits
Ratusan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat berhimpun di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya pada Jumaat bagi mengikuti detik penting keputusan kes terakhir pembelaan bekas Perdana Menteri itu yang berdepan empat pertuduhan salah gu...
Tolak Kes Najib

Tolak Kes Najib

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 80 hits
BFM BREAKING Pada 22 Disember 2025 Mahkamah Tinggi KL telah menolak pelaksanaan titah adendum diraja yang membenarkan bekas Perdana Menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya dalam kes dana SRC di bawah tahanan rumah Titah Adendu...
Tahanan Rumah Pas Sokong Penuh Hak Najib Rayu Ke Mahkamah Lebih Tinggi

Tahanan Rumah Pas Sokong Penuh Hak Najib Rayu Ke Mahkamah Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 87 hits
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata langkah itu selaras dengan hak rayuan yang dijamin sebagai perlindungan asasi setiap individu dan wajib dihormati Takiyuddin Hassan berkata PAS gesa semua cabang kerajaan dan pihak berkuasa ber...
Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Ibu Zayn Rayyan Tangguh Hukuman Penjara

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Ibu Zayn Rayyan Tangguh Hukuman Penjara

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 89 hits
Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Ibu Zayn Rayyan Tangguh Hukuman Penjara SHAH ALAM 23 Dis Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Ismanira Abdul Manaf untuk menangguhkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan terhadapnya ker...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

As Gold Prices Climb Many Malaysian Families Find A Hidden Financial Cushion

Selamat Menyambut Malam Raghaib

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan

Rutin Harian Orang Malaysia Di Musim Hujan

Pelaburan Online Yang Selamat Panduan Praktikal Untuk Elak Risiko Scam


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Folder Korporat Elemen Penting Untuk Imej Profesional Syarikat

From Dopamine Spikes To Stable Focus The Biological Benefits Of Switching To Nootropic Pouches

Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

Stablecoin Dan Singapura Membangun Ekosistem Kewangan Digital Yang Kukuh

Ya Saya Kini Sah Bercerai Dan Dalam Tempoh Idah Dayana Roza

Perbicaraan 1mdb Mahkamah Tinggi Putuskan Surat Derma Dari Raja Arab Adalah Palsu