Kes 1mdb Mahkamah Menjatuhi Najib Hukuman Penjara 15 Tahun Denda Rm11 4 Bilion


Kes 1MDB: Mahkamah Menjatuhi Najib Hukuman Penjara 15 Tahun & Denda RM11.4 Bilion
PUTRAJAYA, 26 Dis (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak, selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Keputusan itu disampaikan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang sebelum ini mempengerusikan perbicaraan 1MDB di Mahkamah Tinggi sebelum dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.
Bagi empat pertuduhan salah guna kuasa, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan dan denda RM11.4 bilion atau dipenjara 40 tahun jika gagal membayarnya, manakala bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib dijatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan, namun tiada sebarang denda dikenakan.
Bagaimanapun bekas perdana menteri berusia 72 tahun itu, hanya akan menjalani hukuman penjara 15 tahun, kerana hakim memerintahkan semua hukuman penjara itu dijalankan secara serentak.
BACA: Kronologi Kes 1MDB Dihadapi Najib Hakim juga memutuskan bahawa hukuman itu hanya akan berkuat kuasa selepas Najib menamatkan tempoh penjara enam tahun bagi kes SRC International Sdn Bhd yang melibatkan penyalahgunaan RM42 juta, yang akan berakhir pada 23 Ogos 2028.
Hakim Sequerah menjatuhkan hukuman selepas mengambil kira faktor-faktor mitigasi yang dikemukakan pihak pembelaan, pendakwaan, tertuduh sendiri, serta kepentingan awam.
“Saya juga telah mempertimbangkan dan mengambil kira latar belakang tertuduh, termasuk fakta dan tempoh perkhidmatan awam beliau serta faktor mitigasi lain yang dikemukakan berkaitan peruntukan hukuman di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Saya mendapati bahawa frasa “apabila disabitkan boleh dikenakan”, hendaklah ditafsirkan sebagai menjatuhkan hukuman penjara dan juga denda,” kata hakim.
Hakim Sequerah turut menyatakan bahawa semua hukuman penjara bagi 25 pertuduhan dijalankan serentak. Namun begitu, mengikut Seksyen 292 Kanun Prosedur Jenayah, hukuman ini hanya akan bermula selepas tertuduh menamatkan tempoh penjara yang dijatuhkan sebelum ini, iaitu hukuman dalam kes SRC International.
BACA JUGA: Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1MDB Sejak TIA – Hakim Hakim Sequerah juga memerintahkan Najib membayar jumlah yang boleh dipulihkan sebanyak RM2,081,476,926 di bawah Seksyen 55(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan jika gagal, beliau akan berdepan penjara tambahan selama 270 bulan.
Prosiding hari ini bermula pada jam 9.15 pagi dan berakhir pada jam 9 malam itu berlangsung selama 11 jam 45 minit dengan satu hari yang penuh dengan hujahan, perbincangan dan pertimbangan di mahkamah.
Najib yang mengenakan sut biru, kelihatan tenang sepanjang prosiding. Turut hadir ialah ahli keluarga dan penyokongnya.
Najib berhadapan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB di cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.
Beliau didakwa di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, iaitu penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi 21 pertuduhan tambahan pengubahan wang haram, beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut di bank yang sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013. Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ahmad Akram Gharib dan Datuk Kamal Baharin Omar, disokong oleh pasukan yang terdiri daripada Mohamad Mustaffa P. Kunyalam, Deepa Nair Thevarahan, Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee dan Siti Aina Rodhiah Shikh Md Saud.
Pada akhir prosiding, peguam Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menyatakan kekecewaannya dengan keputusan mahkamah, berkata bahawa mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Rayuan pada Isnin.
Sumber: Bernama
The post Kes 1MDB: Mahkamah Menjatuhi Najib Hukuman Penjara 15 Tahun & Denda RM11.4 Bilion appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/26/kes-1mdb-mahkamah-menjatuhi-najib-hukuman-penjara-15-tahun-denda-rm11-4-bilion/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbicaraan 1mdb Pihak Pendakwaan Cadang 80 Tahun Penjara Denda Rm11 4 Bilion Terhadap Najib

Perbicaraan 1mdb Pihak Pendakwaan Cadang 80 Tahun Penjara Denda Rm11 4 Bilion Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 81 hits
Pihak pendakwaan mencadangkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat agar menjatuhkan hukuman penjara maksimum sehingga 80 tahun serta denda berjumlah RM11 4 bilion terhadap Najib Tun Razak susulan sabitan empat pertuduhan menggunakan ked...
Najib Razak Dipenjara 15 Tahun Amp Didenda Rm11 38 Bilion Titik Noktah Baharu Dalam Sejarah Kes 1mdb

Najib Razak Dipenjara 15 Tahun Amp Didenda Rm11 38 Bilion Titik Noktah Baharu Dalam Sejarah Kes 1mdb

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 52 hits
Bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak hari ini berdepan detik paling besar dalam karier politiknya apabila Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta denda RM11 38 bilion selepas beliau disabitkan bersalah te...
Najib Kena 15 Tahun Penjara Dan Denda Rm11 38 Bilion Bagi Tuduhan Salah Guna Kuasa

Najib Kena 15 Tahun Penjara Dan Denda Rm11 38 Bilion Bagi Tuduhan Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 87 hits
Faisal AsyrafPUTRAJAYA Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas Najib Razak berikutan sabitan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dalam kes 1MDB Hakim Collin Lawrence Sequerah memerintahkan pemenjaraan Najib bermula p...
Kes 1mdb Mahkamah Tinggi Tolak Pembelaan Najib Berkaitan Derma Politik Keluarga Diraja Arab Saudi

Kes 1mdb Mahkamah Tinggi Tolak Pembelaan Najib Berkaitan Derma Politik Keluarga Diraja Arab Saudi

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 87 hits
Kes 1MDB Mahkamah Tinggi Tolak Pembelaan Najib Berkaitan Derma Politik Keluarga Diraja Arab Saudi PUTRAJAYA 26 Dis Mahkamah Tinggi menolak dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa wang berjumlah RM2 3 bilion dalam kes 1Malaysia Development...
Najib Gets 15 Years Jail Fined Rm11 38bil In 1mdb Case

Najib Gets 15 Years Jail Fined Rm11 38bil In 1mdb Case

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 60 hits
High Court orders the ex prime minister to serve his sentence after completing his SRC International jail term in 2028 Former prime minister Najib Razak was earlier today convicted of four counts of abuse of power and 21 counts of money lau...
Kes Najib Razak Agc Nafi Keputusan Mahkamah Tinggi Tak Kurangkan Kuasa Pengampunan Diraja

Kes Najib Razak Agc Nafi Keputusan Mahkamah Tinggi Tak Kurangkan Kuasa Pengampunan Diraja

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 117 hits
Keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes melibatkan Datuk Seri Najib Razak berhubung titah adendum tidak sama sekali mengurangkan kuasa Yang di Pertuan Agong Raja Raja Melayu atau Yang di Pertua Negeri dalam memberikan pengampunan kepada seseora...
Derma Arab 1mdb Ejen Propaganda Kekal Berkuasa Najib Kekal Penjara Kajang

Derma Arab 1mdb Ejen Propaganda Kekal Berkuasa Najib Kekal Penjara Kajang

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 99 hits
Saya mengakui bahawa Hakim Colin telah menjalankan tanggungjawabnya dengan berani dan tegas dalam menjatuhkan keputusan bersalah tersebut Namun sebagai seorang ahli UMNO biasa saya berasa amat kecewa dan dikhianati oleh kepimpinan parti sen...
Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Ibu Zayn Rayyan Tangguh Hukuman Penjara

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Ibu Zayn Rayyan Tangguh Hukuman Penjara

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 95 hits
Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Ibu Zayn Rayyan Tangguh Hukuman Penjara SHAH ALAM 23 Dis Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Ismanira Abdul Manaf untuk menangguhkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan terhadapnya ker...
Kes 1mdb Najib Razak Didapati Bersalah

Kes 1mdb Najib Razak Didapati Bersalah

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 129 hits
Kes 1MDB Najib Razak Didapati Bersalah Dana 1MDB Najib didapati bersalah atas pertuduhan pertama menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan Mahkamah Tinggi Dana 1MDB Najib didapati bersalah atas tuduhan kedua guna kedudukan peroleh suapa...
Khutbah Jumaat Bulan Rejab Bulan Penuh Hikmah

1mdb Court Finds Najib Guilty On Cbt Charges

Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

High Court To Announce Verdict In Najib Razak S 1mdb Trial

Blogger Adam Dan Hawa Diberikah Hadiah Komentartor Teratas Anda Telah Terpilih

Ideas Recipes Healthy Desserts And Snacks

Peranan Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa

Kes 1mdb Najib Razak Didapati Bersalah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Perbicaraan 1mdb Pihak Pendakwaan Cadang 80 Tahun Penjara Denda Rm11 4 Bilion Terhadap Najib

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Buat Duit Online Tanpa Kerja Lebih Masa Solusi Income Automatik Untuk Orang Sibuk

Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1mdb Sejak Tia Hakim