Kronologi Insiden Emas Ziyad Dibatalkan Ekoran Kelewatan Melaporkan Diri Ke Call Rooms


Maklumat terkini dari kontinjen Malaysia di Tokyo.
Sebagaimana maklum bahawa keputusan pertandingan Shot Put F 20 yang melibatkan atlit negara Mohd Ziyad Zolkifli yang telah beraksi cemerlang dengan dua kali memecahkan rekod dunia dan menduduki tempat pertama dengan lontaran 17.94 m telah dibatalkan oleh Pengadil Pertandingan ekoran dari kelewatan Ziyad dan dua atlit dari Ecuador dan Australia melaporkan diri ke pusat panggilan ( Call Rooms ) sebelum acara dilangsungkan.
Foto : Bernama
Keputusan ini dibuat oleh pengadil pertandingan ekoran dari satu bantahan yang diterima dari atlet Ukraine bahawa ketiga-tiga atlit tersebut telah lewat melaporkan diri dan ini adalah bertentangan dengan Peraturan Pertandingan Olahraga World Para Athletic di Para 5 ( Failure To Report To The Call Rooms ) di mana seseorang atlit tersebut boleh dihalang menyertai pertandingan kerana kelewatan melaporkan diri atau pun dibenarkan menyertai pertandingan tertakluk kepada keputusan pengadil mengenai kesalahan kelewatan melaporkan diri ke pusat panggilan ( Call Rooms ) tersebut. Sekiranya kesalahan tersebut terbukti dilakukan, maka keputusan atlit terbabit akan dicatitkan sebagai DNS. Keputusan pertandingan bagi Ziyad dan atlit dari Ecuador dan Australia telah diputuskan sebagai DNS ( Did Not Start ).
Kronologi KejadianKronologi kejadian tersebut terjadi adalah kerana kelewatan yang didakwa berlaku apabila ketiga-tiga atlit masih berada di trek latihan dan hanya bergerak ke pusat panggilan tersebut pada masa panggilan yang tertera iaitu pada jam 5.55 petang waktu Tokyo. Ekoran dari hujan yang turun selain dari keadaan di kawasan tersebut yang agak padat dengan atlit-atlit dari acara-acara yang lain, ketiga-tiga atlit tersebut telah terhalang untuk memasuki pusat panggilan dan pada ketika itulah mereka didakwa telah lewat melaporkan diri. Terdapat bantahan lisan oleh pegawai dari Ukraine pada ketika itu bahawa ketiga-tiga atlit tersebut sepatutnya tidak dibenarkan masuk ke pusat panggilan. Selepas merayu supaya dibenarkan masuk ke pusat panggilan, maka mereka dibenarkan untuk menyertai pertandingan secara bersyarat ( under protest ) seperti yang dibenarkan dalam peraturan pertandingan seperti tersebut di atas. Semasa pertandingan berlangsung, pegawai pasukan Malaysia telah menerima pesanan ringkas bahawa terdapat bantahan rasmi terhadap penyertaan atlit negara dan atlit Ecuador dan Australia dan pengadil pertandingan mengklasifikasikan bahawa penyertaan ketiga-tiga atlit tersebut adalah bersyarat dan akan dianggap DNS. Pegawai Malaysia termasuk Ecuador dan Australia diminta hadir sekiranya ingin membuat rayuan terhadap keputusan pengadil tersebut. Pada ketika itu Ziyad telah pun mencatatkan keputusan pecah rekod seperti yang disaksikan oleh seluruh dunia.Kontinjen Malaysia diketuai oleh Ketua Kontinjen Datuk Seri Megat D Shahriman bersama-sama delegasi dari Ecuador dan Australia telah mengemukakan penjelasan dan seterusnya mengemukakan rayuan rasmi kepada Jkuasa Pertandingan Para Olahraga dengan memberikan justifikasi-justifikasi yang diharapkan dapat dipertimbangkan supaya penyertaan dan catatan yang dibuat oleh ketiga-tiga atlit tersebut sepatutnya dibenarkan dan bantahan Ukraine tersebut sepatutnya bukanlah satu kesalahan yang disengajakan selain dari ketiga-tiganya telah pun dibenarkan bertanding tetapi *keputusan Juri Rayuan Olahraga tetap memihak kepada keputusan awal pengadil pertandingan yang memutuskan bahawa kesalahan telah dilakukan oleh ketiga-tiga atlit tersebut.* *Rayuan Malaysia, Ecuador dan Australia telah ditolak oleh Juri Rayuan Para Olahraga World Para Athletics ( WPA )*
Ketua kontinjen Malaysia akan meneruskan rayuan Malaysia ke Mesyuarat Ketua-ketua Kontinjen pagi ini. Ketua kontinjen turut memaklumkan bahawa sekiranya Mesyuarat tersebut turut tidak memihak kepada Malaysia dan keputusan yang dibuat oleh Pengadil Pertandingan dan Juri Rayuan Para Olahraga Sukan Paralimpik Tokyo 2020 adalah kekal. Majlis Paralimpik Malaysia ( MPM ) dan Persatuan Olahraga Para Malaysia akan membuat bantahan rasmi kepada Majlis Paralimpik Antarabangsa ( IPC ) dan World Para Athletic ( WPA ) supaya dipertimbangkan semula rayuan ketiga-tiga negara tersebut agar penyertaan dan catatan mereka bagi acara Shot Put F20 Para Olahraga di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 perlu diiktiraf sebagai penyertaan dan catitan rasmi kejohanan tersebut. Namun demikian, bantahan ini hanya boleh dilakukan selepas temasya Tokyo Paralimpik 2020 berakhir. Sementara itu, kita terpaksa menerima keputusan acara tersebut seperti yang diputuskan.Untuk makluman semua!#Paralympics#ziyad#uniTi#DemiMalaysia#EmasMilikZiyad #StayStrongZiyad
Kredit : Ti Lian Ker 
Jangan Lupa Like, Share & Komen

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://selongkar10.blogspot.com/2021/09/kronologi-insiden-emas-ziyad-dibatalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Adalah Keputusan Yang Memalukan Pingat Emas Rekod Dunia Dicuri Kj Bersuara Isu Kemenangan Ziyad Dibatalkan

Ini Adalah Keputusan Yang Memalukan Pingat Emas Rekod Dunia Dicuri Kj Bersuara Isu Kemenangan Ziyad Dibatalkan

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 299 hits
Penarikan semula pingat emas yang dimenangi atlet lontar peluru negara Ziyad Zolkafli sebentar tadi telah mencetus kemarahan rakyat Malaysia Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin tidak terkecuali dalam membantah keputusan penganjur tersebut m...
Keputusan Batalkan Pingat Emas Ziyad Kekal Rayuan Kontijen Malaysia Telah Pun Di Tolak

Keputusan Batalkan Pingat Emas Ziyad Kekal Rayuan Kontijen Malaysia Telah Pun Di Tolak

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 223 hits
PETALING JAYA Rayuan kontinjen Malaysia dalam usaha mengesahkan pingat emas milik juara lontar peluru paralimpik negara Ziyad Zolkefli telah ditolak pihak menganjur hari ini Penolakan rayuan bagi mengekalkan pihak emas itu diputuskan dalam ...
Rayuan Pingat Emas Malaysia Ditolak Ziyad Minta Maaf

Rayuan Pingat Emas Malaysia Ditolak Ziyad Minta Maaf

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 200 hits
Atletik Para Dunia dalam kenyataan memaklumkan rayuan dilakukan Australia Ecuador dan Malaysia ditolak Keputusan batal pingat emas Ziyad kekal KUALA LUMPUR Rayuan kontinjen kebangsaan untuk mengesahkan pingat emas dimenangi atlet lontar pel...
Niat Ziyad Mahu Raih Emas Pada Hari Kebangsaan Tak Kesampaian Bila Kemenangan Di Tarik Balik

Niat Ziyad Mahu Raih Emas Pada Hari Kebangsaan Tak Kesampaian Bila Kemenangan Di Tarik Balik

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 253 hits
Jaguh lontar peluru negara Ziyad Zolkefli berhasrat untuk mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan
Jokowi Video Call Peraih Medali Emas Di Paralimpiade Tokyo Sangat Menggembirakan

Jokowi Video Call Peraih Medali Emas Di Paralimpiade Tokyo Sangat Menggembirakan

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 247 hits
Mantan Wali Kota Solo tersebut melanjutkan perbincangan dengan wajah semringah Sebab selama 41 tahun baru kali ini Indonesia meraih emas kembali kompetisi Paralimpiade
Emas Muhammad Ziyad Di Rompak Peraturan Untuk Di Patuhi Semua Bukannya Di Langgar

Emas Muhammad Ziyad Di Rompak Peraturan Untuk Di Patuhi Semua Bukannya Di Langgar

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR Hampir mustahil untuk Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa mengubah keputusan acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang menyaksikan kejayaan gemilang jaguh kebangsaan Muhammad Ziyad Zolkefli dirompak Bekas Ketua ...
Isu Mh17 Dikaitkan Dengan Pingat Emas Milik Ziyad

Isu Mh17 Dikaitkan Dengan Pingat Emas Milik Ziyad

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 222 hits
Gara gara isu pingat emas milik Ziyad Zolkefli dibatalkan kerana aduan yang dibuat oleh atlet Ukraine membuatkan segelintir rakyat Malaysia mengaitkan kejadian kapal terbang MH17 di Ukraine sebagai sumber untuk menghangatkan lagi keadaan
Emas Ziyad Ditarik Tiga Negara Sedang Counter Protes Doakan Menteri Kbs

Emas Ziyad Ditarik Tiga Negara Sedang Counter Protes Doakan Menteri Kbs

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 230 hits
Isu pembatalan pingat emas ke atas Ziyad Zolkefli dalam perlawanan sebentar tadi kini dalam proses perbincangan umum Menteri Belia dan Sukan Faizal Azumu
Kemaskini Pingat Emas Ziyad Dirompak Ukraine

Kemaskini Pingat Emas Ziyad Dirompak Ukraine

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 199 hits
Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH ZIYADPETALING JAYA Pingat emas Malaysia milik atlet olahraga para negara Muhammad Ziyad Zolkefli pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 didakwa telah dibatalkan atas masalah teknikal Difahamkan delegasi Ukraine tel...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025