Dbkl Cadang Tempat 30 Peniaga Terlibat Kebakaran Di Masjid India Ke Lokasi Sementara


Mohamad Fadli 30 gerai perniagaan musnah dalam kebakaran di hadapan Wisma Yakin, Masjid India, awal pagi tadi. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menempatkan 30 peniaga yang terlibat dalam kebakaran di Bazar Jalan Masjid India malam tadi ke lokasi sementara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, lokasi yang dicadangkan adalah di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) 3 atau 5 .

“Bagaimanapun pemindahan ini tertakluk kepada persetujuan majoriti penjaja terlibat.

“Penjaja terlibat diminta berbincang dulu dengan persatuan mereka berhubung dengan cadangan tersebut,” katanya.

30 gerai perniagaan musnah dalam kebakaran di hadapan Wisma Yakin, Masjid India, awal pagi hari ini.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur L Logeswaran berkata, pusat gerakan operasi menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 1.35 pagi dan tiba di tempat kejadian pada pukul 1.45 pagi.

Operasi memadam kebakaran melibatkan anggota dari balai Sentul, Hang Tuah, Titiwangsa serta bantuan daripada balai Pudu.

Gerai di hadapan Wisma Yakin itu adalah antara lokasi tumpuan pengunjung bagi membeli barang keperluan untuk sambutan Hari Raya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Hisham berkata, sekiranya penjaja tidak bersetuju, mereka boleh mengemukakan cadangan lain kepada DBKL untuk dibuat penilaian.

“Hanya penjaja bertaraf warganegara sahaja akan dipertimbangkan untuk pemindahan sementara ini.
“Penjaja yang terlibat juga tidak dibenarkan berniaga di tapak kebakaran sehingga siasatan dijalankan oleh bomba selesai,” katanya.

Hisham berkata, ini bertujuan membolehkan kerja-kerja baik pulih dijalankan oleh DBKL.

Sebelum itu, Hisham membuat tinjauan di lokasi kejadian untuk melihat kesan kebakaran dan bertemu dengan penjaja terlibat.

“Saya telah meminta penjaja yang terlibat supaya mengemukakan kepada DBKL senarai mangsa dan kos kerugian dalam masa 3 hari ini,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/dbkl-cadang-tempat-30-peniaga-terlibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lokasi Mobil Terbakar Di Petamburan Jadi Tempat Ngabuburit Warga

Lokasi Mobil Terbakar Di Petamburan Jadi Tempat Ngabuburit Warga

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 300 hits
Nanang warga yang tinggal di Pal Merah ini mengatakan dirinya bersama dengan sang isteri sengaja membeli takjil atau makanan dan minuman buka puasa di kawasan Asrama Brimob
Gubernur Anies Tinjau Lokasi Kebakaran Di Kampung Bandan

Gubernur Anies Tinjau Lokasi Kebakaran Di Kampung Bandan

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 260 hits
Sekarang kita memastikan api sepenuhnya padam Kemudian warga tinggal di shelter tanpa ada gangguan dari hujan dan panas sambil nanti kita bersihkan tempat ini dan ditata ulang nantinya ujar Anies
19 Pelajar Maut Kebakaran Kolej Di India

19 Pelajar Maut Kebakaran Kolej Di India

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 357 hits
Ketika kejadian itu dianggarkan 50 hingga 60 orang berada dalam kolej latihan itu terletak di tingkat paling atas bangunan Berita penuh di https bit ly 30Bb3Ei kebakaran India pelajar sinarharian
Kronologi 30 Gerai Di Bazar Melayu Masjid India Musnah Terbakar Tiada Unsur Sabotaj

Kronologi 30 Gerai Di Bazar Melayu Masjid India Musnah Terbakar Tiada Unsur Sabotaj

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 604 hits
1 30 PAGI SELASA 21 MEI 201930 gerai di Bazar Melayu Masjid India Kuala Lumpur dilaporkan musnah dalam kebakaran 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa BBP Jalan Hang Tuah BBP Pudu BBP Sentul dan Unit Forensik BBP Seri Rampai...
Moga Allah Ganti Dengan Rezeki Lebih Baik Ramai Sedih Bila Lebih 30 Gerai Terbakar Di Jalan Masjid India

Moga Allah Ganti Dengan Rezeki Lebih Baik Ramai Sedih Bila Lebih 30 Gerai Terbakar Di Jalan Masjid India

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 743 hits
Moga Allah ganti Dengan Rezeki Lebih Baik Ramai Sedih Bila Lebih 30 Gerai Terbakar Di Jalan Masjid India Kejadian yang berlaku awal pagi tadi menyaksikan lebih 30 gerai di Jalan Masjid India Kuala Lumpur habis terbakar Kebakaran yang merugi...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Sukan Sea Thailand Detik Detik Penuh Mendebarkan Pecutan Emas Aisyah Zubir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Siri 1 Berdamailah Dengan Takdir Kadang Apa Yang Hilang Itulah Jalan Pulang

Japan Jatuh Cinta Dengan Osaka

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik