Kritikan Warga Maya Beza Pimpinan Pn Dengan Ph
Sikap Menteri dan pimpinan yg menerima kritikan dan tidak mahu berbalah dengan Warga Maya adalah bijak.
Kebodohan Besar Mujahid dan Khalid dan kebanyakan PH adalah berperang dengan warga maya. Set kita jangan ulangi. Warga maya itu terdiri dari berbagai. Penyokong sendiri dan bukan penyokong.
Bukan Penyokong dalam alam maya itu terdiri dari orang atas pagar, orang tak ambik port politik dan penyokong parti lawan. Itu ringkasan kategori.
Jangan anggap kalau ada kritikan di media sosial itu adalah semua kritikan dari penyokong lawan. itu silap.
Team media menteri kena bijak mengenal pasti segala kritikan datang dari kelompok mana? Kena buat sedikit kajian atau jengok dan tengok lah juga penerimaan dan penolakan masyarakat. Warga maya mewakili rakyat kebanyakan. Disitu berkumpul berbagai lapisan seperti yg dikategorikan.
Selepas Pru14 kebanyak warga media sosial dikuasai oleh yg bukan penyokong PH. Banyak isu yg dikecam menjadi hangat dan viral. Lihat Bagaimana Rapizi lunyai di kitai Warga maya. Lihat bagaimana Anwat terpaksa memblock ribuan komen yg tidak sependapat dengannya dari wargamaya yg bosan dengannya.
Jangan bermusuh dengan warga maya. Semak dan timbang segala kritikan. Merekalah rakyat merekalah pengundi. Mereka penyebar kebaikan anda mereka juga penyebar keburukan anda.
FB
Rosli Daud
MR : PH ego memanjang, masa belum ada kuasa rayu rakyat bila ada kuasa tindas rakyat
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/kritikan-warga-maya-beza-pimpinan-pn.html