Perhati Gelagat Di Media Sosial Warga Maya Terhibur Teguran Pm
KUALA LUMPUR, 7 April — Siapa sangka video-video lucu dan kreatif yang dihasilkan rakyat Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) rupa-rupanya mendapat perhatian perdana menteri.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin Tambahan) semalam memuji rakyat yang menunjukkan cara masing-masing untuk kekal dalam rumah bagi mengekang pandemik Covid-19.
“Saya tahu setelah tiga minggu saudara saudari berkurung di rumah mungkin ada di kalangan saudara saudari yang berasa agak terbeban dengan ujian Tuhan ini.
“Saya lihat di media sosial ada suami yang mula memakai baju kelawar isteri mereka, agak luar biasa.
“Ada yang mengayuh basikal dalam rumah. Ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu rap.
“Saya harap ini bukanlah kejadian yang pelik atau pun buang tabiat, kata orang.
“Ini adalah sebahagian daripada kreativiti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah,” katanya.
Kata-kata Muhyiddin itu mengejutkan ramai yang tidak menyangka seorang pemimpin negara sempat memerhatikan gelagat rakyat di media sosial.
“PM stalk kita rupanya,” catat @hanifjamals di Twitter, diulang kicau lebih 33,000 kali dan disukai lebih 36,000 pengguna.
Sejumlah RM10 bilion diperuntukkan bagi membantu meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), sekaligus menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini tidak hilang pekerjaan.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/perhati-gelagat-di-media-sosial-warga.html