Kritikan Tun M Ibarat Kecil Hati Orang Tua Terhadap Cucu


SHAH ALAM – Kritikan bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap idea penubuhan parti orang muda oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman boleh diibaratkan sebagai ‘kecil hati orang tua terhadap cucu’.
Ketua Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, keputusan Syed Saddiq tidak memilih menyertai perjuangan parti baharu diasaskan Dr Mahathir sebenarnya amat mengecewakan bekas Perdana Menteri itu.
Menurutnya, harapan Dr Mahathir terhadap Syed Saddiq sebenarnya sangat tinggi untuk sama-sama memperkukuhkan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang baru ditubuhkan khususnya sayap pemuda parti itu.
“Sekarang adalah fasa kritikal Pejuang untuk membuktikan sokongan dan penerimaan rakyat terhadap parti tersebut, apabila figura terdekat sendiri tidak menerimanya, ini sangat mengecewakan Tun (Dr Mahathir).
“Pada pandangan saya, inilah sebab utama yang mencetuskan kritikan Tun M (Dr Mahathir) terhadap idea penubuhan parti anak muda oleh Syed Saddiq, (ibarat) kecil hati orang tua terhadap anak cucu,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir menyifatkan parti orang muda bakal digerakkan Syed Saddiq tidak akan berjaya.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, walaupun orang muda merupakan majoriti dalam pemilihan, namun faktor itu tidak cukup untuk memenangi sesuatu kerusi.
ARTIKEL BERKAITAN: Mahathir, Parti orang muda Syed Saddiq tidak akan berjaya
Syed Saddiq terima kritikan Tun M dengan hati terbuka
Mengenai citra perjuangan parti politik yang ingin dibawa Syed Saddiq, Mohd Yusri tidak melihat sebarang kecacatan terhadap idea penubuhan parti orang muda.
Menurutnya, dengan pelaksanaan Undi 18 nanti, parti ini akan mempunyai kumpulan sasar pengundi yang besar dengan potensi sokongan yang sangat tinggi.
“Pada masa sama, tentu sekali parti ini juga akan menyasarkan kumpulan pengundi sedia ada, khususnya pengundi lebih berusia.
“Dengan situasi sekarang yang menunjukkan orang ramai sudah mula muak dengan parti-parti dipimpin oleh pemimpin lanjut usia, parti anak muda berpotensi disokong oleh pelbagai kumpulan umur,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Yusri memberi amaran objektif penubuhan parti orang muda oleh Syed Saddiq hanya akan berjaya sekiranya mereka menggembleng semaksimum mungkin penglibatan orang muda tanpa mengira idealis pemikiran.
Menurutnya, parti orang muda dipimpin Syed Saddiq juga tidak boleh bersendirian dan perlu bergabung dalam mana-mana koalisi politik untuk meneruskan kelangsungan politik khususnya dalam pilihan raya.
“Jika digembleng semaksimum mungkin, saya agak positif untuk menjangkakan parti anak muda berjaya dengan mereka bersatu hanya atas satu pemboleh ubah iaitu orang muda.
“Pasca pilihan raya umum ke-14 (PRU14), landskap politik berubah sepenuhnya, tiada lagi mana-mana parti yang boleh berjaya seorang diri.
“Walaupun mereka parti anak muda, mereka perlu bergabung dalam mana-mana koalisi politik untuk meneruskan survival (kelangsungan) khususnya dalam pilihan raya,” katanya.
The post ‘Kritikan Tun M ibarat kecil hati orang tua terhadap cucu’ appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/04/kritikan-tun-m-ibarat-kecil-hati-orang-tua-terhadap-cucu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Luah Rasa Kecewa Terhadap Pengkhianatan Muhyiddin

Tun M Luah Rasa Kecewa Terhadap Pengkhianatan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 269 hits
KUALA LUMPUR Perikatan Nasional didesak mengembalikan kerajaan diperintah kepada Pakatan Harapan seperti pilihan rakyat pada Pilihan Raya Umum 14 Tuntutan ini dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usul undi ti...
Tun M Kemuka Usul Tidak Percaya Terhadap Pm Di Laman Sosial

Tun M Kemuka Usul Tidak Percaya Terhadap Pm Di Laman Sosial

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 269 hits
SHAH ALAM Akibat kecewa gagal membawa usul tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyiarkan usul itu di laman sosial dan blognya hari i...
Takut Ada Yang Kecil Hati Ini Kata Kata Terakhir Mira Filzah Sebelum Jadi Isteri Orang

Takut Ada Yang Kecil Hati Ini Kata Kata Terakhir Mira Filzah Sebelum Jadi Isteri Orang

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 485 hits
BAKAL memasuki fasa baharu dalam hidupnya pelakon Mira Filzah mengambil kesempatan memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terlvka dengan dirinya Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman 27 menerusi Instagram iaitu beb...
Hiburan Tak Pernah Ada Kekasih Atau Teman Istimewa Wani Kayrie Tawar Hati Pelik Dengan Kenyataan Afieq Shazwan

Hiburan Tak Pernah Ada Kekasih Atau Teman Istimewa Wani Kayrie Tawar Hati Pelik Dengan Kenyataan Afieq Shazwan

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 730 hits
Penyanyi muda Wani Kayrie mengakui terkejut dengan dakwaan Afieq Shazwan kononnya wujud orang ketiga yang menjadi punca perhubungan mereka menjadi semakin dingin Menurut Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah 20 dia tidak mempunyai kek...
Teresa Iri Hati Dengan Pencapaian Penggantinya

Teresa Iri Hati Dengan Pencapaian Penggantinya

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 251 hits
Ternyata sejak Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerajui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi banyak program dan aktiviti yang imovatif dan produktif telah diperkenalkan kementeriian sehingga memberi keyakinan dan nafas baru...
Sindiket Loteri Polis Mensasarkan Warga Tua

Sindiket Loteri Polis Mensasarkan Warga Tua

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 229 hits
GEORGETOWN Polis pada hari Ahad melumpuhkan sindiket Toto lotto setelah empat serbuan berasingan di Perak dan penangkapan tiga lelaki kerana disyaki terlibat dalam lebih daripada 15 kes di Pulau Pinang yang melibatkan kerugian RM296 300 Ket...
Tua Bangka Klu Duk Kumpul D0sa Dari Zaman 90an Tu Payah Sikit La Anak Lelaki N0ra Sound Diva Aa

Tua Bangka Klu Duk Kumpul D0sa Dari Zaman 90an Tu Payah Sikit La Anak Lelaki N0ra Sound Diva Aa

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 210 hits
Isu membabitkan anak perempuan penyanyi N0ra Ariffin yang bercvmbu dengan seorang remaja lelaki hangat diperkatakan ramai Susulan penularan vdeo yang dikatakan dilakukan oleh remaja lelaki terbabit anak sulung N0ra Mohd Syakir Iman Johan ta...
Untukmu Yang Memilih Tinggal Bersama Orang Tua Meski Satu Persatu Teman Merantau Meninggalkan Kota

Untukmu Yang Memilih Tinggal Bersama Orang Tua Meski Satu Persatu Teman Merantau Meninggalkan Kota

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 294 hits
Sudah nggak perlu dengerin apa kata mereka Sudah nggak perlu dengerin apa kata mereka Nggak ada salahnya memilih tinggal sama orang tua
Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024

Pas Quashing Of Zafrul S Affidavit Raises Concerns About Govt S Integrity



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Udon Noodle Soup