Kritikan Daim Muhyiddin Perlu Hadam


Tun Daim Zainuddin Tokoh wartawan, A Kadir Jasin, ‘menasihati’ Muhyiddin Yassin agar menghadamkan saranan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin yang menegur kerajaan sekarang.
Kata A Kadir, perdana menteri juga perlu memberi tunjuk ajar kepada anggota kabinet Perikatan Nasional (PN) seperti dikritik Daim dalam temu bualnya dengan sebuah portal berita.
Jelas A Kadir, kritikan Daim itu ‘berbahaya’ kepada Muhyiddin kerana ahli politik veteran itu masih mempunyai pengaruh yang luas selain sebahagian orang Muhyiddin adalah “budak-budak Daim”.
“Jadi eloklah Muhyiddin baca, hadam dan faham teguran dan kritikan Daim itu.
“Cubalah kawal dan bagi tunjuk ajar kepada menteri-menteri beliau yang nampak belum ada arah tujuan walaupun sudah satu tahun pegang jawatan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial pagi ini.
Terdahulu Daim berkata, kerajaan PN ketika ini dilihat tidak berfungsi dengan cekap serta terumbang-ambing mentadbir negara ketika menghadapi wabak Covid-19.
“Masalah ini diburukkan lagi apabila setiap kementerian bergerak secara bersendirian.
“Rakyat masih belum nampak walau satu contoh pun usaha sama membabitkan pelbagai kementerian dalam memerangi wabak ini – selain kehadiran anggota tentera di sekatan jalanraya,” katanya seperti dilaporkan FMT hari ini.
Daim turut menyoal tiadanya penyelarasan gerak kerja pentadbiran PN untuk menangani Covid-19. Misalnya, kata Daim, isu sambungan internet dan pembelajaran murid dari rumah.
Menurut A Kadir dengan apa yang berlaku sebelum ini Muhyiddin juga sepatutnya sedar bagaimana Daim “menyelamatkan ekonomi negara” sewaktu Malaysia dilanda krisis ekonomi.
Kali pertama katanya pada 1980-an sebelum Daim melakukannya sekali lagi ketika krisis mata wang Asia pada akhir 1990-an.
“Muhyiddin pun tentu tahu yang Daim memainkan peranan ‘menyelamatkan’ Pakatan Harapan (PH) pada saat-saat genting pada malam 9 dan pagi 10 Mei, 2018,” katanya.
Pada masa sama A Kadir berpendapat Muhyiddin patut berasa malu dengan apa yang berlaku di negara ini.
Kata bekas penasihat media kepada Dr Mahathir Mohamad itu menambah kegagalan menteri berfungsi dengan berkesan memberi kesan kepada imej negara.
“Kalau Muhyiddin dan konco-konconya tak malu kepada dunia, itu hal merekalah.
“Tapi rakyat jelata malu dan negara sedang menderita akibat rampasan kuasa yang mereka lakukan,” katanya lagi.
The post Kritikan Daim, Muhyiddin Perlu Hadam appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/15/kritikan-daim-muhyiddin-perlu-hadam/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kritikan-daim-muhyiddin-perlu-hadam

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kritikan Tun Daim Mencemaskan Pn

Kritikan Tun Daim Mencemaskan Pn

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 219 hits
Shahbudin HusinKemunculan Tun Daim Zainuddin yang tiba tiba bersuara mengkritik kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin serta merta menimbulkan pelbagai tafsiran Meskipun menyentuh pelbagai perkara antaranya tentang UMNO dan PH sebagai pemban...
Mengapa Muhyiddin Sudah Tidak Disukai Ramai

Mengapa Muhyiddin Sudah Tidak Disukai Ramai

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 187 hits
Pilihan Raya Umum ke 15 tidak akan diadakan pada masa terdekat kerana wabak Covid 19 masih menular Benar Tetapi adakah PRU juga tidak akan diadakan buat masa ini kerana kemungkinan kerajaan Muhyiddin Yassin tidak dapat bertahan Maksudnya ka...
Luahan Benci Caci Maki Sampai Indonesia Memang Selayaknya Diterima Muhyiddin

Luahan Benci Caci Maki Sampai Indonesia Memang Selayaknya Diterima Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 175 hits
Luahan rasa tidak puas hati benci dan caci maki rakyat terhadap Muhyiddin Yassin sehingga merebak ke laman sosial Presiden Indonesia bukanlah suatu perkara yang ganjil dan luar biasa sebenarnya Ia adalah norma baru dalam dunia tanpa sempada...
Muhyiddin Dikejar Masa

Muhyiddin Dikejar Masa

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 249 hits
Muhyiddin tahu dia dikejar masa Darurat dan penggantungan parlimen beri sedikit ruang untuk dia bernafas kekal jadi PM Dia juga sempat luluskan projek NIIS yang libatkan menantunya Muhyiddin tahu dia adalah PM tanpa majoriti Dia ada 109 sok...
Adakah Muhyiddin Sedang Merancang Mengadakan Pilihanraya Akhir Tahun Ini

Adakah Muhyiddin Sedang Merancang Mengadakan Pilihanraya Akhir Tahun Ini

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 188 hits
MUHD MUFIZPenyokong PH yang xberparti kena turun membantu calon calon PH di Dun dan Parlimen masing masing sumbang apa yang termampu masa tenaga dsb PRU15 kali ini PRU RAKYAT MELAWAN PENYAMUN PENGKHIANAT PENJAHANAN NEGARA PENZALIM RAKYAT Ta...
Muhyiddin Mesti Arah Menteri Kesihatan Tarik Balik Peraturan Berat Sebelah

Muhyiddin Mesti Arah Menteri Kesihatan Tarik Balik Peraturan Berat Sebelah

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 205 hits
February 9 2021 Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu mengarahkan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba untuk menarik semula kelonggaran perintah kuarantin kepada menteri yang pulang dari kunjungan luar negara kata pemimpin veteran DAP Lim Kit S...
Zahid Nafi Tulis Komen Mencerca Muhyiddin Di Facebook

Zahid Nafi Tulis Komen Mencerca Muhyiddin Di Facebook

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 231 hits
malaysiakini comDiterbitkan 10 Feb 2021 8 42 amPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan dia ada meninggalkan komen berbentuk hinaan pada hantaran Facebook Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam Kata Ahmad Zahid cercaan berkenaan tular d...
Pejabat Perdana Menteri Dakwa Muhyiddin Jalani Kuarantin Nafi Fitnah Puad Zarkashi

Pejabat Perdana Menteri Dakwa Muhyiddin Jalani Kuarantin Nafi Fitnah Puad Zarkashi

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 268 hits
nbsp KUALA LUMPUR nbsp Pejabat Perdana Menteri menafikan fitnah oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kononnya perintah kuarantin tiga hari untuk Menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan oleh kerajaan k...
Muhyiddin Dimalukan Dalam Dan Luar Negara Tok Abah

Muhyiddin Dimalukan Dalam Dan Luar Negara Tok Abah

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 293 hits
Perjalanan karier politik Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin sekali lagi tercalar dalam kalangan pengguna media sosial berikutan beberapa tindakan beliau baru baru ini Rakyat seolah olah telah memberikan mesej yang sangat jelas kepad...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord