Muhyiddin Mesti Arah Menteri Kesihatan Tarik Balik Peraturan Berat Sebelah


 



February 9, 2021 Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu mengarahkan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba untuk menarik semula kelonggaran perintah kuarantin kepada menteri yang pulang dari kunjungan luar negara, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Menurutnya, Muhyiddin perlu berbuat demikian demi mengotakan janjinya yang tiada dwistandard dalam soal pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi melawan wabak Covid-19.
Lim membangkitkan perutusan khas Muhyiddin pada 6 Oktober 2020, yang antara lain berkata dia sendiri tidak terkecuali daripada tertakluk kepada SOP, serta akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang mengingkarinya.
“(Maka) Adakah janji perdana menteri tidak mempunyai sebarang makna jika menteri kesihatan kini boleh wartakan layanan berbeza dalam pematuhan SOP kuarantin Covid-19 untuk para menteri?
“Ia menjadikan penegasan perdana menteri pada bulan Oktober tahun lepas untuk tidak masuk akal sama sekali.
“Apa yang dipertaruhkan sekarang bukanlah kredibiliti menteri kesihatan ‘air suam’ memandangkan dia tidak ada sebarang kredibiliti lagi, tetapi kredibiliti perdana menteri sendiri – sama ada lebih baik daripada kredibiliti menteri kesihatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Semalam, Dr Adham mengeluarkan perintah yang melonggarkan peraturan kuarantin daripada 10 kepada tiga hari kepada jemaah menteri yang pulang daripada lawatan rasmi di luar negara.
Perintah itu dinamakan “Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021” terbit pada Warta Persekutuan semalam ditandatangani Adham dan berkuat kuasa hari ini.
Banyak pihak sudah menyurakan bantahan terhadap kelonggaran itu, dengan menyifatkan ia membawa risiko kesihatan serta bersifat berat sebelah.
Terdahulu, Adham mempertahankan pewartaan itu dengan menegaskan tempoh kuarantin tiga hari hanya jika menteri benar-benar mengikut “gelembung program perjalanan” (itinerary bubble), iaitu tidak terlibat dengan mana-mana program kecuali pertemuan rasmi.
“Setiap menteri Kabinet perlu memohon kelulusan daripada Perdana Menteri dan Kabinet sebelum ke luar negara. Untuk tujuan ini, hanya gelembung program perjalanan yang ketat yang dibenarkan.
“Saya akan buat penilaian dan jika mereka mematuhi jadual lawatan kerja, mereka perlu jalani (kuarantin) 10 hari. Ini jelas,” katanya seperti dipetik laman CodeBlue.
Dalam pada itu, Lim turut membangkitkan ucapan Muhyiddin yang menyebut dia akan “mula menggunakan rotan” terhadap mereka yang melanggar undang-undang berkaitan Covid-19.
Katanya, kini adakah Muhyiddin akan menggunakan “rotan” terhadap menteri kesihatannya sendiri.
Katanya lagi, pelonggaran itu akan mengikis kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dalam usaha membendung wabak Covid-19, di saat unsur itu perlu menjadi keutamaan kerajaan pada masa ini.
“(Tetapi) kerajaan membuat perkara berlainan – melakukan segalanya yang boleh merendahkan lagi kepercayaan, keyakinan, dan sokongan rakyat seperti yang dilakukan dengan peraturan kuarantin baru untuk menteri.
“Muhyiddin juga perlu ingat jaminan Perlembagaan yang menjamin kesamarataan untuk semua rakyat Malaysia seperti yang termaktub dalam Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/muhyiddin-mesti-arah-menteri-kesihatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Desak Menteri Kesihatan Tarik Balik Ketetapan Kuarantin Tiga Hari Terhadap Menteri

Ahli Parlimen Desak Menteri Kesihatan Tarik Balik Ketetapan Kuarantin Tiga Hari Terhadap Menteri

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 323 hits
February 11 2021Sekumpulan 34 ahli parlimen pembangkang bergabung mendesak kerajaan dan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba untuk menarik balik tetapan kuarantin tiga hari terhadap menteri yang pulang dari luar negara Dalam satu kenyataan bersa...
Tarik Balik Sop Kuarantin Baharu Untuk Menteri Gesa Kit Siang

Tarik Balik Sop Kuarantin Baharu Untuk Menteri Gesa Kit Siang

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 297 hits
Abdul Hakim RahmanFebruari 9 2021 Kata Kit Siang arahan terbaharu kuarantin melibatkan menteri bertentangan dengan usaha mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap strategi kebangsaan melawan COVID 19 Gambar failKUALA LUMPUR Perda...
Gelaran Datuk Di Tarik Balik Oleh Istana Boy Iman Terkejut Dan Mahu Jawapan Suk Pahang

Gelaran Datuk Di Tarik Balik Oleh Istana Boy Iman Terkejut Dan Mahu Jawapan Suk Pahang

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 325 hits
PETALING JAYA Setakat ini saya belum menerima sebarang surat rasmi daripada Kerajaan Pahang berhubung penarikan balik darjah kebesaran Itu respons pelakon dan usahawan Boy Iman atau nama lengkapnya Norul Iman Abdul Rahman tentang pengumuman...
Rentasan 824 Pkp Dua Darjat Pm Mungkir Janji Menteri Kesihatan Menga

Rentasan 824 Pkp Dua Darjat Pm Mungkir Janji Menteri Kesihatan Menga

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 286 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8241 SOP UNTUK SIAPA 2 SAUH DILABUH LAYAR DIKEMBANG 3 PENGANGGURAN BUKTI KERAJAAN JANGAN LEMBAB 4 MENTERI KUARANTIN 3 HARI PN DIMAKI RAKYAT MUHYIDDIN DIAM SERIBU BAHASA
Aduhai Malangnya Nasib Muhyiddin Dapat Menteri Macam Rina Harun

Aduhai Malangnya Nasib Muhyiddin Dapat Menteri Macam Rina Harun

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 814 hits
Sejak dua tiga hari lepas telah viral beberapa keping gambar yang menampakkan penampilan terbaru Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun yang kelihatan jauh lebih kurus dan seolah olah berwajah baru Berdasarkan gambar ...
Merasa Berat Dan Tak Kuat Risma Ingin Mundur Dari Jabatan Menteri Sosial

Merasa Berat Dan Tak Kuat Risma Ingin Mundur Dari Jabatan Menteri Sosial

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 243 hits
Pernyataan mengejutkan datang dari Mensos Risma yang merupakan pemimpin dilingkungan Kementerian Sosial RI soal keinginannya untuk mundur dari jabatan Mengatakan jika ia akan meletakkan jabatan Mensos Risma membuat publik terkejut karena ta...
Boleh Setuju Untuk Tidak Terima Vaksin Tapi Jangan Kempen Menteri Kesihatan

Boleh Setuju Untuk Tidak Terima Vaksin Tapi Jangan Kempen Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 282 hits
Hasimi MuhamadBila ada yang kempen untuk tidak ambil suntikan vaksin kepada orang lain tindakan sedemikian akan mengundang pelbagai tohmahan dan menyalahi Akta 342 tegas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba Gambar hiasan PUTRAJAYA Kem...
Langgar Peraturan Pkp Kerajaan Cadang Hukuman Lebih Berat Buat Individu Dan Syarikat

Langgar Peraturan Pkp Kerajaan Cadang Hukuman Lebih Berat Buat Individu Dan Syarikat

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 331 hits
Kerajaan ketika ini sedang membuat pindaan kepada Ordinan Darurat untuk meningkatkan hukuman bagi mereka yang melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Dalam satu lapora
Saf Solat Lebih Baik Mohib Tarik Balik Pendirian

Saf Solat Lebih Baik Mohib Tarik Balik Pendirian

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 419 hits
NASUHA RAHMANPenceramah bebas Syeikh Mohib Khouli wajar mengaku bahawa pendiriannya menolak peraturan renggang saf solat ketika pendemik COVID 19 adalah salah Menurut Ustaz Zolkharnain Abidin adalah lebih baik Muhib menarik balik pendirian ...
Mi Goreng Pot Luck Sempena Solat Hajat Upkk

Suami Isteri Maut Bayi 6 Bulan Cedera Nahas Di Kota Tinggi

Kecantikan Patung Keanggunan Seni Halus Dari Abad Ke 16 Hingga Ke 19

Ringgit Semakin Kukuh Pejuang Sgd Keluh Gaji Jadi Sedikit Monolog Jiwa

Ditegur Menteri Agama Universal Music Turunkan Muzik Video Dolla Jaga Sensitiviti

Mcmc Siasat Aduan Liputan Di Sibu Sahkan Rangkaian Stabil Kecuali Gangguan Sementara Akibat Insiden Bekalan Elektrik

New Images Of The 333 Horsepower Mild Hybrid Powered Volkswagen T Roc R Have Been Unveiled

Penghargaan Fam Kepada Pihak Terlibat Dalam Membangunkan Bolasepak Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahang Berbunyi Klik Mungkin Itu Petanda Temporomandibular Disorder

Triple Date Artinya Panduan Lengkap Dan Tips Seru Kencan Bertiga

Ahad Lepas Asar Bawa Cucu Ziarah Ke Rumah Adik Di Mana 6 Biji Telur Itu

Easy Gordon Ramsay Beef Wellington Recipe American

Buasir Otak Tv Roblox Undi Pilihan Raya Dan Melawat Pameran Di Smk Mys Live

Gadjet Trending Masa Kini 2025