Krismas Sejarah Budaya Dan Hukum Berkaitan



SEJARAH sambutan Krismas
Hari Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian. Penganut Kristian dari seluruh dunia menyambutnya sebagai satu perayaan tradisi sejak 2000 tahun yang lalu. Di tahun-tahun awal ‘Christianity’, sambutan utama hanyalah Hari Easter, dan tiada sambutan untuk kelahiran Jesus. 
Walaupun, beberapa hujah menunjukkan kelahiran Jesus adalah di waktu musim bunga, Pope Julius I telah memilih 25 Disember sebagai perayaan kelahiran Jesus. Ini dikatakan sebagai langkah untuk menerima budaya sambutan ‘Saturnalia’ orang Pagan yang terdahulu. Pertengahan musim sejuk juga merupakan tempoh perayaan yang biasa di kalangan orang Eropah, sebagai meraikan tamatnya hari-hari malam yang panjang dan Sang meraikan kehadiran hari siang yang lebih panjang. 

Sambutan Krismas di Malaysia

Di Malaysia, 25 Disember telah dijadikan hari cuti umum sebagai menghormati perayaan ini. Menurut Jabatan Perangkaan, jumlah penganut Kristian di Malaysia adalah sekitar 9.2 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia. Ini menjadikan penganut Kristian sebagai penganut agama ketiga terbesar di Malaysia.  

Antara aktiviti tradisi dalam menyambut sambutan Krismas ialah bertukar-tukar hadiah, menghias pokok Krismas, menghadiri aktiviti di gereja, makan beramai-ramai dan menziarahi keluarga serta sahabat-sahabat karib. 

Wajarlah sambutan ini dihormati sebagai meraikan rakan-rakan kita daripada penganut Kristian, sesuai dengan konsep toleransi yang diamalkan di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. 

Umat Islam dan sambutan Krismas 

Persoalan yang sering berlegar di kalangan umat Islam di Malaysia setiap kali perayaan agama lain disambut ialah apakah hukum mengucapkan ucapan selamat sempena perayaan ini. 

Menurut pandangan Mutfi Wilayah Persekutuan.“Diharuskan untuk mengucapkan Merry Christmas apabila wujud keperluan untuk mengucapkannya bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Apatah lagi dalam konteks pemimpin bagi masyarakat majmuk, kaum keluarga yang memiliki anggota Islam dan bukan Islam, kejiranan dan rakan sekerja. Sekiranya tidak ada keperluan seperti yang disebutkan, kami cenderung kepada makruhnya ucapan tersebut kerana ia boleh menimbulkan fitnah atau perpecahan dalam kalangan umat Islam.”Ini selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 tahun 2007 yang berbunyi:“Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Muslim sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Muslim serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.”Beberapa garis panduan daripada Mufti Wilayah Persekutuan sebagai pedoman kita: Diharuskan untuk mengucapkan Merry Christmas apabila wujud keperluan untuk mengucapkannya bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Apatah lagi dalam konteks pemimpin bagi masyarakat majmuk, kaum keluarga yang memiliki anggota Islam dan bukan Islam, kejiranan dan rakan sekerja. Sekiranya tidak ada keperluan seperti yang disebutkan, kami cenderung kepada makruhnya ucapan tersebut kerana ia boleh menimbulkan fitnah atau perpecahan dalam kalangan umat Islam.Penyertaan orang Islam dalam majlis sambutan Krismas hanyalah pada kadar yang diperlukan sahaja seperti jamuan makan atau bergambar. Adapun memakai pakaian tertentu yang lazim dipakai semasa sambutan Krismas, kami melihat tidak ada keperluannya dan tidak boleh dilakukan.Ucapan tersebut hanya sebagai tanda menjaga hubungan baik, tiada paksaan dalam agama dan tidak bertujuan mengagungkan dan memuliakan agama lain. Dibolehkan untuk menerima atau memberi hadiah kerana Rasulullah S.A.W sendiri pernah menerima hadiah daripada Raja al-Muqawqis yang tidak beragama Islam. Saidina Umar juga pernah menghadiahkan baju kepada saudaranya yang bukan Muslim. Ia ada terdapat dalam hadis yang panjang dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim. Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan:
“Dibolehkan seorang Muslim menghadiahkan orang Musyrik pakaian dan selainnya.” Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 14/38:
“Diharamkan untuk memberi hadiah berupa arak dan perkara yang tidak diizinkan syarak.” Kami telah mengulas hukum menghadiahkan arak kepada non Muslim di sini: [http://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2653-al-kafi-838-hukum-menghadiahkan-arak-kepada-non-muslim].
Namun tidak boleh diniatkan pemberian itu sempena perayaan mereka, untuk mengeluarkan diri daripada larangan memberi hadiah kepada orang kafir semasa perayaan mereka. Niatkanlah secara umum untuk memberikan hadiah. Sesungguhnya amalan itu berdasarkan niat. Dibolehkan untuk hadir ke majlis orang bukan Islam sekiranya ianya diadakan di luar rumah ibadat seperti di dewan orang ramai, padang, pejabat atau rumah, untuk tujuan yang berkait dengan adat seperti jamuan makan yang dihidangkan makanan yang halal. Sekiranya majlis tersebut diadakan dalam rumah ibadat pada hari perayaan, maka makruh bagi orang Islam untuk menghadirkan diri. Diriwayatkan bahawa Umar R.A berkata:
“Janganlah kalian menemui orang-orang Musyrik di gereja-gereja (tempat ibadah) mereka pada hari raya mereka, kerana kemurkaan (Allah) turun kepada mereka.” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan (9/234) dan Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf (1609))
Tegahan ini menurut Ibn Muflih bersifat makruh dan bukannya haram. (Rujuk al-Adab al-Syar’iyyah, 3/432) Kami menyarankan umat Islam menghormati dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dan jadikanlah hari cuti perayaan ini sebagai waktu untuk mengeratkan perpaduan di kalangan kita. Hormatilah perbezaan budaya yang ada di kalangan kita dan jadikanlah perbezaan ini sebagai satu kekuatan unik rakyat Malaysia. Rujukan: 
https://www.history.com/topics/christmas/history-of-christmas 
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2099-bayan-linnas-siri-ke-81-hukum-mengucapkan-merry-christmas-kepada-mereka-yang-beragama-kristian – HARAKAHDAILY 24/12/2019SUMBERLPN DPPM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/12/krismas-sejarah-budaya-dan-hukum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Ketiga Hukum Merosakkan Rumah Tangga Orang Lain

Orang Ketiga Hukum Merosakkan Rumah Tangga Orang Lain

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 615 hits
Media sosial hari ini masih lagi dikecam hebat dengan tindakan beberapa orang artis mahupun pendakwah yang menceraikan isteri sekali gus melangsungkan perkahwinan dengan wanita lain Apabila timbulnya isu isu sedemikian ramai juga di kalanga...
Hukum Menggunakan Dana Zakat Untuk Program Motivasi Anak Asnaf Dan Anak Kakitangan Bank

Hukum Menggunakan Dana Zakat Untuk Program Motivasi Anak Asnaf Dan Anak Kakitangan Bank

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 299 hits
SOALAN Kami merupakan sebuah institusi perbankan Adakah kami dibolehkan menggunakan dana zakat bagi menganjurkan program motivasi kepada 70 anak anak asnaf fakir dan miskin berserta dengan 30 anak anak kakitangan bank JAWAPAN Allah SWT tela...
Hukum Suami Menolak Ajakan Berhubungan Istri

Hukum Suami Menolak Ajakan Berhubungan Istri

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 557 hits
Hukum Suami Menolak Ajakan Berhubungan Istri Mau tanya Ust Jika suami yg menolak ajakan istri utk jima Samakah hukumnya dg istri yg menolak jima Hamba Allah di Jateng Jawaban Bismillah walhamdulillah was sholaatu wassalam ala Rasulillah wa ...
Berhenti Guna Nama Islam Jika Terus Hina Hukum Agama Siti Zailah

Berhenti Guna Nama Islam Jika Terus Hina Hukum Agama Siti Zailah

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 624 hits
Siti Zailah Mohd YusoffKUALA LUMPUR Pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam dinasihatkan agar berhenti menggunakan nama Islam sekiranya badan itu terus mempertikaikan hukum hakam agama Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan Siti Zailah Mohd Y...
Hukum Penggunaan Alat Renjatan Elektrik Untuk Menangkap Ikan

Hukum Penggunaan Alat Renjatan Elektrik Untuk Menangkap Ikan

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 363 hits
SOALAN Kawan saya ada memberi cadangan untuk menangkap ikan menggunakan kaedah elektrik dengan menggunakan kaedah ini akan memudahkan dan mendapat hasil yang banyak tanpa perlu bersusah payah untuk memancing Bukankah kaedah ini satu penyeks...
Hukum Menanam Bangkai Haiwan

Hukum Menanam Bangkai Haiwan

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 424 hits
SOALAN Apakah hukum menanam bangkai haiwan Adakah hukum pengurusannya sama seperti jenazah manusia atau bagaimana Mohon penjelasan JAWAPAN Pada dasarnya tiada hukum khas dalam menguruskan bangkai haiwan sebagaimana hal ehwal mengurus jenaza...
Hukum Mandi Dengan Menggunakan Air Zamzam

Hukum Mandi Dengan Menggunakan Air Zamzam

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 509 hits
SOALAN Apakah hukumnya jika seseorang itu mandi menggunakan air zamzam JAWAPAN Kami mulakan dengan sabda Nabi SAW Sebaik baik air di atas muka bumi adalah air zamzam padanya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar daripada penyakit ...
Hukum Imam Membaca Al Fatihah Secara Senyap Ketika Solat Jahriyyah

Hukum Imam Membaca Al Fatihah Secara Senyap Ketika Solat Jahriyyah

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 366 hits
SOALAN Apakah hukum bagi imam yang terlupa untuk membaca al Fatihah secara jahar pada solat Isyak dengan membacanya secara sirr Adakah imam perlu untuk mengulangnya semula atau menyambung sahaja surah al Fatihah tersebut JAWAPAN Membaca sur...
Hukum Membaca Bismillah Sebelum Membaca Tasyahud Dalam Sholat

Hukum Membaca Bismillah Sebelum Membaca Tasyahud Dalam Sholat

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 499 hits
Membaca tasyahud atau tahjiyyat termasuk rukun dalam shalat Umumnya kita tidak membaca basmalah sebelum membaca tasyahud Namun bagaimana hukumnya jika kita membaca basmalah sebelum membaca tasyahud Membaca basmalah sebelum membaca tasyahud ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir

Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu