Hukum Penggunaan Alat Renjatan Elektrik Untuk Menangkap Ikan



SOALAN:
Kawan saya ada memberi cadangan untuk menangkap ikan menggunakan kaedah elektrik, dengan menggunakan kaedah ini akan memudahkan dan mendapat hasil yang banyak tanpa perlu bersusah payah untuk memancing. Bukankah kaedah ini satu penyeksaan terhadap ikan dan adakah dibolehkan untuk memakan ikan yang telah dikenakan kejutan elektrik?

JAWAPAN:
Memburu atau menangkap pada asalnya adalah diharuskan melainkan sekiranya terdapat dalil yang mengharamkannya. Begitu juga, hukum menangkap ikan merupakan perkara yang dihalalkan di dalam Islam. Ini sepertimana kaedah yang yang dinyatakan dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah:

الأصْل فِي الصَّيْدِ الإبَاحَةُ، إِلاَّ لِمُحْرِمٍ أَوْ فِي الْحَرَمِ، يَدُل عَلَيْهَا الْكِتَابُ وَالسُّنَّةُ وَالإجْمَاعُ، وَالْمَعْقُول
“Hukum asal bagi memburu adalah diharuskan melainkan bagi orang yang berihram atau di Tanah Haram seperti yang terdapat di dalam kitab, sunnah, ijma’ dan qiyas.” (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 28/114)

Begitu juga, apa yang dihalalkan oleh Allah SWT setiap haiwan yang terdapat di dalam lautan. Firman Allah SWT:

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ
“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut (air), dan makanannya.” (Surah Al-Maidah: 96)

Pelbagai cara untuk menangkap ikan seperti memancing, menjala dan selainnya. Justeru, cara penangkapan ikan itu tidak terlepas daripada apa yang disyorkan syarak. Menjadi kewajipan seseorang itu mengikut apa yang ditetapkan oleh hukum syarak. Sebagai contoh, tindakan menangkap ikan itu adalah diharuskan namun sekiranya cara penangkapan itu tidak berlandaskan syariat seperti melakukan kezaliman dan menyalahi undang-undang, maka haram melakukannya.

Hal ini seperti, dengan melakukan kemaksiatan dan kezaliman dengan tujuan untuk mendapat nikmat Allah SWT. Allah SWT melarang hamba-Nya melakukan kerosakan di atas muka bumi seperti mana firman-Nya:

كُلُوا وَاشْرَبُوا مِن رِّزْقِ اللَّـهِ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ
“Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.” (Surah al-Baqarah: 60)

Selain itu, Firman Allah SWT:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah al-Rum: 41)

Dr. Wahbah Zuhaili dalam menerangkan bahawa kerosakan dilakukan di atas sebab mengejar dunia mereka. Dengan kerosakan mereka itu akan dibalas di dunia sebelum mendapat balasan daripada Allah pada hari akhirat. (Lihat al-Tafsir al-Munir li Zuhaili, 21/97)

Larangan Menggunakan Alat Renjatan Elektrik

Penggunaan alat renjatan elektrik merupakan salah satu cara untuk menangkap ikan dengan meletakkannya ke dalam air dan melakukan renjatan elektrik itu ke dalamnya. Ini bertujuan membunuh atau melalikan keseluruhan hidupan air yang meliputi kawasan yang terkena renjatan elektrik termasuk ikan besar, kecil serta hidupan laut yang lain.

Cara penangkapan ini boleh menyebabkan banyak kerosakan seperti merosakkan ekosistem kehidupan laut serta boleh menyebabkan kepupusan. Islam melarang umatnya untuk melakukan kemudharatan ke atas dirinya atau diri orang lain. Ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A, sabda Nabi SAW:

لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
“Tidak boleh memudharatkan dan tidak boleh membalas mudharat dengan mudharat.” [Sunan Ibnu Majah (2341)]

Ibnu Abd al-Bar di dalam menyatakan di dalam kitabnya, lafaz hadis ini adalah umum dan banyak digunakan di dalam kebanyakan urusan dunia. (Lihat al-Istizkar, 7/191)

Selain itu, kerajaan Malaysia melarang penggunaan barang renjatan elektrik untuk penangkapan ikan. Ini seperti yang terdapat di dalam Akta Perikanan Negara seperti berikut:

AKTA PERIKANAN 1985 Perkara 26 Menangkapan ikan dengan menggunakan bahan letupan racun, dsb. Di bawah (1)

Menggunakan atau cuba menggunakan apa-apa bahan letupan, racun atau pencemar, atau apa-apa perkakas yang menggunakan arus elektrik, atau apa-apa alat yang dilarang, bagi maksud membunuh, melali, mencacatkan atau menangkap ikan, atau dengan apa jua cara lain menyebabkan ikan itu lebih senang ditangkap; adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

Oleh itu, mematuhi peraturan yang ditetapkan pemerintah adalah satu kewajipan selagi tidak melanggar hukum syarak. Ini kerana kerajaan lebih mengetahui keadaan sesebuah negara bagi menjaga kepentingan umum.

Imam Suyuti di dalam kitabnya menyatakan kaedah:

تَصَرُّفُ الْإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوطٌ بِالْمَصْلَحَةِ
“Polisi Imam (pemerintah atau pihak berkuasa) ke atas rakyatnya diikat dengan maslahat.” (Lihat al-Ashbah wa al-Nazair li Suyuti, 1/121)

Kesimpulan

Berbalik kepada persoalan dan hujahan yang dinyatakan, dapat kami simpulkan di sini bahawa penggunaan alatan renjatan elektrik adalah diharamkan kerana memberi kemudharatan kepada ekosistem hidupan air dan ia juga akan menyebabkan kepupusan serta merosakkan hidupan air.

Selain itu, penggunaan renjatan elektrik turut membunuh keseluruhan haiwan yang berhampiran dengannya. Ini termasuk haiwan yang tidak memberi keperluan kepada penangkapnya. Islam melarang umatnya membunuh haiwan tanpa keperluan, hal ini, merupakan satu pembaziran.

Hadis yang diriwayatkan oleh Amru bin Syarid R.A, sabda Nabi SAW:

مَنْ قَتَلَ عُصْفُورًا عَبَثًا عَجَّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ يَا رَبِّ إِنَّ فُلاَنًا قَتَلَنِي عَبَثًا وَلَمْ يَقْتُلْنِي لِمَنْفَعَةٍ
“Barangsiapa yang membunuh burung kecil tanpa sebab, ia akan mengadu kepada Allah SWT pada hari kiamat dan berkata: “Wahai Tuhan, sesungguhnya si fulan telah membunuhku dnegan sia-sia tanpa sebab dan tidak membunuhku kerana sebarang manfaat.” [Sunan al-Nasa’ie (4446)]

Selain itu, penggunaannya adalah salah di sisi undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan akan dikenakan tindakan undang-undang.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agama-Nya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syariat-Nya dengan sebaiknya.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/hukum-penggunaan-alat-renjatan-elektrik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Mitos Tentang Penggunaan Alat Cukur Wanita Untuk Hilangkan Bulu Ketiak Ternyata Banyak Kelirunya

6 Mitos Tentang Penggunaan Alat Cukur Wanita Untuk Hilangkan Bulu Ketiak Ternyata Banyak Kelirunya

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 359 hits
Ketiak jadi hitam dan bulu ketiak tumbuh lebih lebat dibilang akibat mencukur bulu ketiak benar nggak sih
Kasih Sampai Hujung Nyawa Dua Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik Semasa Di Dapur

Kasih Sampai Hujung Nyawa Dua Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik Semasa Di Dapur

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 415 hits
Kasih sampai hujung nyawa dua remaja maut terkena renjatan elektrik semasa di dapur Gabriel Campos Zapata dan Alexandra Porras meninggal dunia pada Ahad SEPASANG kekasih maut terkena renjatan elektrik ketika sedang bekerja di dapur sebuah r...
Gairah Hias Rumah Sampai Balut Barang Elektrik Awas Anda Hanya Mengundang Bahaya

Gairah Hias Rumah Sampai Balut Barang Elektrik Awas Anda Hanya Mengundang Bahaya

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 403 hits
Dalam kegairahan ibu ibu menghias rumah jangan pula sampai mengundang bahaya ya Memang cantik bila rumah dihias dengan kertas dinding ataupun wallpaper tapi biarlah kena pada tempatnya Tak semua benda atau tempat perlu ditutup dengan kertas...
Pegang Telefon Dicas Dengan Tangan Basah Budak 4 Tahun Direnjat Elektrik

Pegang Telefon Dicas Dengan Tangan Basah Budak 4 Tahun Direnjat Elektrik

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 519 hits
SEORANG kanak kanak perempuan maut terkena renjatan elektrik selepas menyentuh telefon bimbit yang sedang dicas menggunakan tangan basah Menurut mak sepupunya yang dikenali sebagai Cik Nana mangsa Nur Fadila 4 dipercayai baru sahaja selesai...
Pemerintah Diminta Naikkan Cukai Rokok Elektrik Dengan Proporsional

Pemerintah Diminta Naikkan Cukai Rokok Elektrik Dengan Proporsional

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 248 hits
Kementerian Keuangan berencana menaikkan tarif cukai terhadap cairan rokok elektrik atau vape pada tahun depan Kenaikan cukai vape tersebut sejalan dengan naiknya tarif cukai rokok konvensional yang efektif mulai Januari 2020
Lima Pencawang Elektrik Ditutup

Lima Pencawang Elektrik Ditutup

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 378 hits
JOHOR BAHRU 18 Rabiulakhir 1441H Ahad Lima pencawang elektrik Tenaga Nasional Bhd terpaksa ditutup sejak petang tadi atas faktor keselamatan berikutan banjir yang melanda Johor sehingga menjejaskan sembilan daerah Ketua Perkhidmatan Pelangg...
Aksi Rontgen Massal Pengguna Vape Lawan Stigma Negatif Rokok Elektrik

Aksi Rontgen Massal Pengguna Vape Lawan Stigma Negatif Rokok Elektrik

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 245 hits
Jamil menyebut gerakan massal merontgen paru paru ini dinamai dengan ayoRontgendab
Penutup Suis Schneider Elektrik Avataron Yang Sangat Cantik Dan Menarik

Penutup Suis Schneider Elektrik Avataron Yang Sangat Cantik Dan Menarik

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 666 hits
hai assalammualaikumPenutup Suis Schneider Elektrik AvatarOn Yang Sangat Cantik Bab mencantikkan rumah ni memang menyeronokkan Selalu kita dekorasi rumah fikir pasal sofa carpet lampu dan mcam macam lagi la Tapi ada tak korang fikir nak can...
Anda Kini Boleh Mencari Lokasi Stesen Pengecas Kereta Elektrik Di Google Maps

Anda Kini Boleh Mencari Lokasi Stesen Pengecas Kereta Elektrik Di Google Maps

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 318 hits
Selain Waze Google Maps tidak dinafikan yang ia adalah aplikasi pemetaan navigasi yang popular Google Maps juga kini sudah berjaya memetakan 16 juta kilometer jalan raya di seluruh dunia Dalam Google Maps juga ada pelbagai fungsi dan ciri m...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization