Hukum Mandi Dengan Menggunakan Air Zamzam



SOALAN:
Apakah hukumnya jika seseorang itu mandi menggunakan air zamzam?

JAWAPAN:
Kami mulakan dengan sabda Nabi SAW:

خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ وَشِفَاءٌ مِنَ السُّقْمِ
“Sebaik-baik air di atas muka bumi adalah air zamzam, padanya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar daripada penyakit.” [Lihat: Majma’ al-Zawaid wa Manba’ al-Fawaid (3/286) dan Silsilah al-Ahadis al-Sahihah (3/44-45): Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam al-Kabir, perawi-perawinya adalah tsiqah dan telah disahihkan oleh Ibnu Hibban]

Air zamzam adalah merupakan penghulu bagi segala air dan sebaik-baik air di atas muka bumi ini. Zamzam adalah merupakan nama bagi sebuah telaga yang berada di dalam Masjid Haram di Makkah. Kemunculan telaga ini adalah pada zaman Nabi Ismail bin Ibrahim ‘alaihimas solatu wassalam, apabila Allah Taala telah sediakan air daripada telaga ini bagi menghilangkan kelaparan dan dahaga buat dirinya dan juga ibunya, apabila mereka sudah kehabisan bekalan air di Makkah yang tandus pada ketika itu.

Di antara keistimewaan air zamzam ialah ia merupakan air yang diberkati dan boleh mengenyangkan sesiapa yang meminumnya sebagaimana hadis daripada Abu Zar R.Anhu bahawasanya Nabi SAW telah bersabda:

إِنَّهَا مُبَارَكَةٌ إِنَّهَا طَعَامُ طُعْمٍ
“Sesungguhnya ia (air zamzam) air yang penuh dengan keberkatan dan ianya mengandungi makanan yang mengenyangkan.” [HR. Muslim (2473)]

Menjaga kebersihan

Islam sangat prihatin terhadap soal kebersihan dan bersuci. Hal ini kerana kebersihan adalah merupakan sebahagian daripada iman. Sabda Nabi SAW:

الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ
“Bersuci itu adalah antara ciri-ciri keimanan.” [HR. Muslim (223)]

Perkara ini jelas dapat dilihat di dalam beberapa hadis Nabi SAW seperti perintah supaya memotong kuku, membersihkan gigi dan pakaian sebagaimana sabdanya:

خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ: الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ
“Lima perkara daripada fitrah ialah berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.” [HR. al-Bukhari (5550) dan Muslim (257)]

Begitu juga dengan gesaan supaya mandi pada keadaan tertentu. Rasulullah SAW pernah bersabda:

لِلَّهِ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ أَنْ يَغْتَسِلَ فِى كُلِّ سَبْعَةِ أَيَّامٍ يَغْسِلُ فِيهِ رَأْسَهُ وَجَسَدَهُ
“Tanggungjawab setiap Muslim kepada Allah ialah mandi sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dengan membasuh kepala dan badannya.” [HR. al-Bukhari (856) dan Muslim (849)]

Mandi dengan air zamzam

Berbalik kepada soalan yang ditanyakan, mandi termasuk dalam perkara bersuci dan juga merupakan salah satu cara membersihkan diri daripada kotoran. Ibnu Hajar al-Haitami menyatakan bahawa:

وَلَا يُكْرَهُ الطُّهْرُ بِمَاءِ زَمْزَمَ وَلَكِنْ الْأَوْلَى عَدَمُ إزَالَةِ النَّجَسِ بِهِ
“Dan tidak makruh bersuci dengan air zamzam, akan tetapi adalah lebih utama tidak menggunakannya bagi menghilangkan najis (membersihkan najis dengannya).” [Lihat: Tuhfah al-Muhtaj (1/76)]

Syeikh Ibrahim al-Baijuri pula menyatakan bahawa adapun bagi telaga zamzam, pendapat yang muktamad (di dalam mazhab Syafie) ialah hukumnya tidak makruh menggunakan airnya sekalipun bagi menghilangkan najis akan tetapi ia termasuk dalam perkara khilaf aula (menyalahi yang utama). [Lihat: Hasyiah al-Baijuri ‘ala Fathi al-Qarib al-Mujib (1/55)]

Manakala Imam al-Nawawi ketika membahaskan mengenai hukum berwudhu’ dan mandi dengan menggunakan air zamzam menyatakan bahawa:

أَمَّا زَمْزَمُ فَمَذْهَبُ الْجُمْهُورِ كَمَذْهَبِنَا أَنَّهُ لَا يُكْرَهُ الْوُضُوءُ وَالْغُسْلُ بِهِ... وَدَلِيلُنَا النُّصُوصُ الصَّحِيحَةُ الصَّرِيحَةُ الْمُطْلَقَةُ فِي الْمِيَاهِ بِلَا فَرْقٍ وَلَمْ يَزَلْ الْمُسْلِمُونَ عَلَى الْوُضُوءِ مِنْهُ بِلَا إنْكَارٍ
“Adapun air zamzam, pendapat majoriti ulama’ adalah sepertimana pendapat mazhab kita (mazhab Syafie) iaitu tidak makruh berwudhu’ dan mandi dengannya (air zamzam)…dan dalil kita ialah keumuman nas yang sahih lagi jelas berkenaan (hukum) air tanpa membezakannya. Juga sentiasa ada orang-orang Islam yang berwudhu’ dengan air zamzam tanpa ada seorang pun yang mengingkarinya.” [Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (1/91)]

Terdapat satu riwayat daripada Imam Ahmad yang menyatakan bahawa hukumnya adalah makruh. Mereka berhujahkan pendapat al-‘Abbas R.A ketika berada di sisi telaga zamzam yang mengatakan:

لَا أُحِلُّهُ لِمُغْتَسِلٍ وَهُوَ لِشَارِبٍ حِلٌّ وَبَلٌّ
“Aku tidak benarkan air zamzam (digunakan) bagi orang mandi, tetapi ia harus bagi orang minum.”

Ulama’ mazhab Syafie mengatakan bahawa pendapat al-‘Abbas R.A itu dapat ditakwilkan bahawa ia diucapkan ketika waktu sedikitnya air zamzam disebabkan oleh ramai orang yang minum. Manakala Ibnu Qudamah pula mengatakan bahawa pendapat al-‘Abbas R.A itu tidak menunjukkan (difahami) secara jelas bahawa ia haram, akan tetapi ia difahami bahawa menggunakan selain air zamzam (untuk tujuan mandi) adalah lebih utama, dan kemuliaan air zamzam tidak memestikan bahawa hukumnya adalah makruh untuk digunakan. [Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (1/91) dan al-Mughni (1/16)]

Kesimpulannya

Setelah melihat kepada pendapat-pendapat ulama’ serta dalil-dalil mereka, kami menyimpulkan kepada beberapa perkara:

• Harus menggunakan air zamzam untuk mandi dan berwudhu’ serta membersihkan diri daripada najis kerana ia adalah air yang suci lagi menyucikan sepertimana air mutlak yang lain.

• Untuk keluar daripada khilaf ulama’ yang memakruhkannya, kami mengesyorkan sekiranya tiada kesukaran dan terdapat air yang lain selain daripada air zamzam, sebaiknya gunakan terlebih dahulu air lain tersebut, khususnya ketika beristinja’ dan membersihkan diri daripada najis. Tambahan lagi, dengan kedudukan air zamzam yang mulia sepertimana disebut oleh al-Munawi:

هو سيد المياه وأشرفها وأجلها قدرا وأحبها إلى النفوس وهمزة جبرائيل وسقيا إسماعيل
“Air zamzam adalah merupakan penghulu bagi segala air, merupakan air yang paling mulia, paling berharga dan paling disukai oleh manusia. Ia telah digali oleh malaikat Jibril dan diberi minum kepada Nabi Ismail A.S.” [Lihat: Fayd al-Qadir Syarh al-Jami` al-Saghir (5/404)]

Kami akhiri dengan firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
“SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah al-Baqarah: 222)

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/hukum-mandi-dengan-menggunakan-air.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Blak Blakan Raisa Soal Permintaan Mandi Pakai Air Mineral Ketika Manggung

Blak Blakan Raisa Soal Permintaan Mandi Pakai Air Mineral Ketika Manggung

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 289 hits
Raisa blak blakan soal kehidupannya di belakang panggung dari kabar enggan potong rambut pendek hingga permintaan manggung yang aneh aneh
7 Jenis Sayuran Yang Boleh Kita Tanam Menggunakan Segelas Air

7 Jenis Sayuran Yang Boleh Kita Tanam Menggunakan Segelas Air

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 575 hits
Jika teringin bercucuk tanam di rumah tapi tiada ruang anda mungkin boleh mulakan dengan menanam sayur ini Apa yang diperlukan untuk menanam sayur ini hanyalah segelas air saja Kubis CinaAnda boleh mencambahkan helaian baru kubis Cina denga...
Hukum Menggunakan Dana Zakat Untuk Program Motivasi Anak Asnaf Dan Anak Kakitangan Bank

Hukum Menggunakan Dana Zakat Untuk Program Motivasi Anak Asnaf Dan Anak Kakitangan Bank

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 292 hits
SOALAN Kami merupakan sebuah institusi perbankan Adakah kami dibolehkan menggunakan dana zakat bagi menganjurkan program motivasi kepada 70 anak anak asnaf fakir dan miskin berserta dengan 30 anak anak kakitangan bank JAWAPAN Allah SWT tela...
Kalau Anak Suka Main Air Bagi Dia Masa Mandi Bagus Untuk Perkembangan Tumbesaran Anak

Kalau Anak Suka Main Air Bagi Dia Masa Mandi Bagus Untuk Perkembangan Tumbesaran Anak

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 386 hits
Mandi sememangnya rutin wajib yang dilakukan oleh semua orang termasuk anak kecil Di sebalik fungsinya untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran rutin mandi sebenarnya memainkan peranan penting terhadap perkembangan tumbesaran anak ...
Polisi Sebut Pasang Surut Air Laut Jadi Kendala Arus Mudik Di Pelabuhan Gilimanuk

Polisi Sebut Pasang Surut Air Laut Jadi Kendala Arus Mudik Di Pelabuhan Gilimanuk

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 294 hits
Ketika air laut di Selat Bali surut bisa menghambat kapal yang bersandar di dermaga untuk bongkar muat kapal di dermaga Landing Cradft Macine Pelabuhan Gilimanuk
Ruko Di Cikuasa Merak Ambruk Diterjang Air Dari Atas Bukit

Ruko Di Cikuasa Merak Ambruk Diterjang Air Dari Atas Bukit

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 228 hits
Sementara itu Kapolsek Pulo Merak AKP Rizki mengatakan ruko ini membelakangi saluran air Air meluap karena hujan lebat dan menghantam ruko
Lumpuh Selepas Ambil Air Tulang Belakang Itu Mitos Kaedahnya Sama Seperti Epidural

Lumpuh Selepas Ambil Air Tulang Belakang Itu Mitos Kaedahnya Sama Seperti Epidural

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 449 hits
Kebanyakkan ibu bapa akan merasa sangat risau apabila doktor memberitahu akan mengambil air tulang belakang anak kerana khuatir anak akan lumpuh setelah prosedur dijalankan Proses pengambilan air tulang belakang adalah bertujuan untuk menge...
Pencemaran Bau Wilayah Petaling Hulu Langat Kuala Langat Sepang Dan Putrajaya Mula Alami Gangguan Bekalan Air

Pencemaran Bau Wilayah Petaling Hulu Langat Kuala Langat Sepang Dan Putrajaya Mula Alami Gangguan Bekalan Air

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 415 hits
Loji Rawatan Air Sungai Semenyih masih belum boleh beroperasi berikutan paras pencemaran bau di Sungai Semenyih berada pada paras tiga ton setakat 6 30 pagi tadi LRA itu terpaksa dihenti tugas sepenuhnya bermula Jumaat ekoran insiden pencem...
Air Selangor Tambah 6 Pili Awam Salur Air

Air Selangor Tambah 6 Pili Awam Salur Air

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 478 hits
Air Selangor tambah 6 pili awam salur air Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 22 Dec 2019 10 32PM
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun