Krisismbkedah Adakah Mukhrizmahathir Mampu Lawan Ahmadbashahbb Untuk Kekal Sebagai Mb



"Setelah politik UMNO berantakan di selatan tanahair, fokus masyarakat Melayu UMNO kini tertumpu kepada negeri Kedah. DS Mukhriz menerima tempelak apabila lebih daripada 50 orang pemimpin yang terdiri daripada ADUN, Ahli Parlimen, Ketua Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO berkumpul dan sebulat suara mahukan beliau berundur daripada jawatan tersebut."
Mengapa?

Perkara ini bukanlah satu lagi rahsia kepada umum. Sebelum Datuk Bashah mengangkat senjata untuk berperang dengan Menteri Besar, ramai telah mempersoalkan kedudukan DS Mukhriz.

Kerana beliau adalah anak kepada Tun Dr. Mahathir yang memulakan persengketaan dengan DS Najib.

Ramai berpendapat sedemikian. DS Mukhriz perlu berundur kerana ayah beliau telah berperang dengan DS Najib dan sebagai gerak balas, DS Najib memulakan pergerakan untuk menyingkir DS Mukhriz dari tampuk kepimpinan Kedah menggunakan pengaruh beliau terhadap Dato Bashah.

Ini anggapan umum dan anggapan ini SALAH.

Punca pokok kepada permasalahan ini bermula seawal PRU 13 lagi apabila individu yang memperjuangkan UMNO sejak kejatuhan parti ini di Kedah pada PRU 12 adalah Dato Bashah. Beliau telah berusaha sedaya upaya untuk menangkis dan membongkar salah laku Kerajaan PAS di Kedah. Beliau juga telah menggerakkan jentera UMNO untuk menyebarluas manfaat sekiranya UMNO dipilih rakyat untuk penggal yang akan datang.

Beliau berjaya.

Namun, nikmat hasil kejayaan ini seolah-olah telah dirampas apabila Tun Dr. Mahathir sendiri telah meminta kepada DS Najib untuk mencadangkan DS Mukhriz kepada Istana Kedah untuk diangkat sebagai Menteri Besar.

Permintaan tersebut telah dipenuhi oleh DS Najib.

Aura dan populariti DS Mukhriz telah mengatasi usaha dan penat lelah Dato Bashah. Namun, atas dasar hormat kepada institusi parti, Dato Bashah menerima dengan hati terbuka dan merelakan DS Mukhriz dilantik sebagai Menteri Besar.

Setelah berbulan, didapati DS Mukhriz bukanlah seorang ahli politik yang baik. Beliau banyak menghabiskan masa di luar negara dan di Kuala Lumpur. Jarang-jarang sekali berada di negeri beliau melainkan ada urusan rasmi. Perkara ini turut didorong oleh isteri beliau yang juga tidak berminat untuk bercampur masyarakat dan memilih gaya hidup eksklusif dan tersendiri.

Perlu diingatkan, DS Mukhriz merupakan anak kepada individu paling berkuasa di Malaysia selama 22 tahun. Dan selama itu jugalah beliau tidak pernah menjadi seorang ahli politik. Beliau telah menikmati hidup sebagai seorang bangsawan dan tidak pernah mendampingi kesusahan rakyat ketika itu. Oleh kerana itulah, beliau tampak kekok apabila bersama rakyat dan tidak biasa dengan perkara-perkara yang bagi beliau adalah remeh.

DS Mukhriz juga terkenal dengan sikap beliau yang tidak mengamalkan pemberian wang kepada pengikutnya. Segalanya perlukan kertas kerja dan beliau sendiri akan memeriksa permohonan kewangan tersebut dengan sangat teliti. Ini adalah kerana penglibatan beliau bekerja di syarikat seperti Opcom Holding, Kosmo Tech dan lain-lain syarikat bertaraf antarabangsa

Memang tidak dinafikan bahawa ini adalah satu perkara yang bagus dan perlu dicontohi oleh pemimpin lain.

Namun, sikap beliau ini telah terbawa-bawa apabila untuk meluluskan peruntukan untuk kemudahan rakyat Kedah. DS Mukhriz jarang-jarang sekali meluluskan peruntukan kerana beliau sendiri mahu memeriksa kertas kerja tersebut. Pada hemat beliau sebagai seorang yang sudah lama hidup senang dan latar belakang sebagai pengarah syarikat, beliau tidak mempunyai satu naluri atau pemikiran bahawa permohonan tersebut adalah benar-benar untuk membantu rakyat.

Banyak permohonan peruntukan infrastruktur, program, bantuan dan lain-lain tidak diluluskan atau lambat diluluskan kerana gaya pemikiran beliau yang tidak sealiran dengan gaya pemikiran di peringkat akar-umbi.

Kelemahan DS Mukhriz ini tidak diketahui ramai kerana pasukan media beliau menjalankan tugas dengan sangat baik. Kelemahan beliau ini ditutup dengan gambar-gambar, berita-berita dan pelbagai lagi aktiviti DS Mukhriz yang bersama rakyat. Gambaran propaganda yang dimainkan oleh pasukan media beliau telah mengakibatkan DS Mukhriz disanjungi oleh rakyat di luar negeri Kedah.

Ini adalah kehebatan media sosial. Boleh menukarkan hitam kepada putih dan sebaliknya.

Yang menanggung derita adalah rakyat negeri Kedah yang selama ini tidak menerima apa-apa kemajuan yang bersasar ataupun bantuan daripada kerajaan negeri. Pemimpin masyarakat di peringkat bahagian terpaksa menutup kelemahan ini dengan bekerja lebih kuat lagi untuk meyakinkan rakyat akan kepimpinan DS Mukhriz.

Sekiranya DS Mukhriz terus kekal sebagai MB Kedah, rakyat Kedah akan terus menderita tanpa pembangunan yang kena kepada kehendak mereka dan juga bantuan.

Negeri membangun tetapi rakyat tersisih.

Ini telah mengakibatkan pemimpin tempatan yang membawa suara akar umbi untuk bangkit dan menyuarakan kekecewaan mereka. Dato Bashah telah diangkat untuk membawa suara ini untuk menolak DS Mukhriz sebagai Menteri Besar.

Kebangkitan ini adalah perlu untuk menukar gaya pentadbiran negeri. Dato Ahmad Bashah telah menggerakkan seramai 13 orang Ahli Dewan Undangan Negeri BN di Kedah untuk berkumpul di Hotel Grand Alora di Kedah untuk membuat sidang media menolak DS Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah. Hanya 8 sahaja Ahli Dewan Undangan Negeri yang tidak turut serta di dalam sidang media tersebut.

Adakah jumlah ini memadai untuk menurunkan DS Mukhriz?

Sudah tentu tidak, tetapi jumlah ini sudah cukup signifikan apabila lebih daripada separuh ADUN BN tidak bersama dengan DS Mukhriz. Walaubagaimana pun, untuk menolak DS Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah memerlukan sokongan 2/3 Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun dengan kuasa Sultan sendiri.

Walau apapun, kembali kepada persoalan pokok, siapa layak untuk menggantikan DS Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah bukanlah satu tugas yang mudah dan popular kepada negara. Yang mestinya, DS Mukhriz tidak mampu untuk berkhidmat di negeri. Kemahiran seperti beliau perlu dimanfaatkan di peringkat persekutuan.

Sebagai menteri mungkin.

Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

SUMBER  - TRUTH VACCINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tenteramaya.blogspot.com/2016/01/krisismbkedah-adakah-mukhrizmahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Model Sambilan Pandu Lawan Arus Hingga Sebabkan Kematian Kekal Dihukum Penjara Lima Tahun

Model Sambilan Pandu Lawan Arus Hingga Sebabkan Kematian Kekal Dihukum Penjara Lima Tahun

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 203 hits
Butterworth Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM18 000 terhadap model sambilan wanita yang memandu secara lawan arus hingga menyebabkan kema...
Kekal Berpegang Pada Prinsip Dap Tolak Katak Sebagai Calon

Kekal Berpegang Pada Prinsip Dap Tolak Katak Sebagai Calon

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 163 hits
DAP hari ini menyuarakan bantahannya terhadap keputusan PKR dan Amanah meneruskan lamaran kepada Idris Haron dan seorang lagi bekas Adun Umno menjelang pilihan raya negeri Melaka akan datang Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata jawatank...
Mata Dajjal Ditolak Di Ayer Hitam

Mata Dajjal Ditolak Di Ayer Hitam

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 282 hits
Pengerusi DAP Johor Chin Tong mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan undi Melayu di kerusi Parlimen Ayer Hitam bukan sahaja undi Melayu dari pengundi atas pagar bahkan juga undi dari pengundi tegar penyokong Pakatan Harapan Tin...
Ketika Penyokong Lawan Lebih Gemar Solskjaer Kekal Manchester United Mesti Pecat Solskjaer

Ketika Penyokong Lawan Lebih Gemar Solskjaer Kekal Manchester United Mesti Pecat Solskjaer

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 210 hits
London Manchester United perlu memecat Ole Gunnar Solskjaer jika mereka mahu memperbaiki prestasi menurut Danny Murphy Bekas pemain tengah Liverpool itu berkata ketika seteru utama kelab itu mahu Solskjaer kekal pengendali dari Norway itu d...
Pandangan Pertama Iman Vellani Sebagai Ms Marvel Telah Didedahkan Kepada Umum

Pandangan Pertama Iman Vellani Sebagai Ms Marvel Telah Didedahkan Kepada Umum

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 212 hits
Semasa Hari Disney perkhidmatan penstriman itu telah mendedahkan pandangan pertama Ms Marvel yang menampilkan Iman Vellani sebagai watak utama Kamala Kahn Anda boleh melihat gambar terbaru itu dibawah First look at MS MARVEL pic twitter com...
Teaser Pertama Moon Knight Yang Menampilkan Oscar Isaac Sebagai Watak Utama

Teaser Pertama Moon Knight Yang Menampilkan Oscar Isaac Sebagai Watak Utama

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 257 hits
Teaser Moon Knight untuk siri MCU yang dinantikan telahpun tiba memberikan kepada penonton pandangan pertama pemenang Golden Globe Oscar Isaac sebagai watak anti hero utama Selain itu juga sinopsis rasmi turut didedahkan Moon Knight is a ne...
Kerana Terlalu Miskin Nenek Tua Jadikan Almari Kayu Sebagai Tempat Tidur

Kerana Terlalu Miskin Nenek Tua Jadikan Almari Kayu Sebagai Tempat Tidur

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 152 hits
Seorang nenek di Surabaya Indonesia menjadikan almari kayu yang ditempah daripada tukang perabot sebagai rumahnya sejak beberapa tahun lalu Menerusi laporan Utusan almari kayu itu berukuran 75 sentimeter tinggi dan 100 cm panjang Warga emas...
Model Dilamar 200 Ekor Unta Sebagai Mas Kahwin Tapi Menolak Sebab Tidak Menarik

Model Dilamar 200 Ekor Unta Sebagai Mas Kahwin Tapi Menolak Sebab Tidak Menarik

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 238 hits
Model Dilamar 200 ekor Unta Sebagai Mas Kahwin Tapi Menolak Sebab Tidak Menarik NEW DELHI Seorang model menolak lamaran seorang lelaki yang mahu memberikannya 200 ekor unta sebagai mas kahwin kerana tidak tahu cara menjaga haiwan itu lapor ...
Sering Anggap Sebagai Adik Sendiri Perlakuan Manis Nagita Slavina Ke Dimas Ahmad Dipuji

Sering Anggap Sebagai Adik Sendiri Perlakuan Manis Nagita Slavina Ke Dimas Ahmad Dipuji

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 191 hits
Bahkan dalam perayaan ulang tahun bos salah satu stasiun TV Nagita memperkenalkan Dimas sebagai adiknya
Towards More Comprehensive Pension Reform

Makanan Perlis Paling Popular

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan