Krisis Covid 19 Hidup Ini Adalah Kesempatan




Setiap tahun menjelang 1 Apr, ramai orang sengaja buat “prank” atas alasan “April Fool”. Setiap tahun juga, saya melakukan sedemikian tetapi dalam masa yang sama saya meraihkan hari ulang tahun kelahiran. Betapa saya bersyukur kerana saya masih diberi masa untuk hidup. Hari ini, 1 Apr 2020, akan menjadi sejarah dalam kehidupan ini. Hari ini, saya memasuki siri 40-an sebagai seorang manusia yang masih punya kehidupan di dunia.
Tarikh ini akan menjadi ingatan buat selama-lamanya selagi nyawa dikandung badan. Apakan tidak, pada hari ini juga, dunia sedang bertarung dengan krisis virus Covid-19. Sehingga kini, masih belum ada vaksinnya malah peningkatan jumlah pesakit dan kematian yang diluar jangka.
Apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa mulai pada 18 Mac sehingga 31 Apr, kata hati saya, syukur ada peluang untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran bersama keluarga dan teman-teman pada tanggal 1hb. Peningkatan kes Covid-19 saban hari tidak menunjukkan penurunan malah peningkatan yang meruncingkan. Tambahan pula, masih ada masyarakat di luar sana tidak endah malah ada yang seolah-olah sengaja mengingkari arahan PKP. Maka, PKP dilanjutkan sehingga 14 Apr dan perancangan kecil saya dibatalkan terus.
Dalam tempoh PKP ini, banyak hal yang dapat saya saksikan. Hal politik, hal ekonomi, hal rakyat dan macam-macam hal lagi yang bersifat keduniaan. Covid-19 menghentikan seketika polemik politik negara yang mengalami krisis kepimpinan dan seterusnya menyaksikan kerajaan bertukar tangan. Covid-19 membuka ruang dan peluang kepada kerajaan yang ada pada ketika ini untuk membuktikan kerajaan ini kerajaan prihatin rakyat.
Malahan ucapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan nada sayu berkata “mungkin kerajaan ini bukanlah kerajaan yang anda undi. Namun, saya ingin tegaskan kerajaan ini prihatin pada anda semua” memberi kesan kepada sanubari rakyat yang menyelami ucapan beliau ketika mengumumkan Pekej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.
Tidak dinafikan rakyat di pelusuk negara merasai keperitan, duka dan cabaran akibat Covid-19. Ramai yang kehilangan punca pendapatan, hilang pekerjaan, perniagaan terpaksa ditutup, hutang semakin meningkat dan gangguan emosi seperti kecewa dan depresi. Yang amat menyedihkan lagi ialah mereka yang kehilangan keluarga akibat Covid-19. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Namun sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Sekurang-kurangnya, kita tidak senasib dengan rakyat di negara luar seperti di sebahagian tempat di India. Bukan sahaja berhadapan dengan ancaman Covid-19 tetapi ada yang bakal mati akibat kebuluran ekoran daripada perintah kawalan pergerakan mahupun darurat di negara mereka. Sedemikian juga di Itali, mungkin punya wang tetapi ada yang bertemu ajal akibat Covid-19 yang sudah tidak menang tangan oleh petugas barisan hadapan mereka.
Kita bersyukur, meski ada suara-suara sumbang yang kecil mengkritik usaha kerajaan membantu rakyat, namun kita masih diberi perlindungan setidak-tidaknya bantuan kemanusiaan dalam pelbagai bentuk. Kita juga bersyukur dengan nilai keprihatinan dan kasih sesama rakyat tanpa mengenal bangsa, agama dan budaya. Seumpama Covid-19 yang tidak kenal akan erti darjat, latar belakang, warna kulit, budaya dan agama.
Sejak negara dilanda bencana Covid-19, solidariti bangsa Malaysia terpancar dalam pelbagai aspek usaha membantu negara dan rakyat yang kurang bernasib baik. Bantuan, sumbangan dalam pelbagai segi, kata-kata semangat dan galakan antara manifestasi rakyat kepada negara. Kebanyakan rakyat mengambil kesempatan untuk menghulurkan apa jua bentuk sumbangan dan bantuan kepada negara dan rakyat di luar sana. Sekurang-kurangnya, mematuhi arahan PKP cukup memadai meskipun ianya kelihatan kecil tetapi kesannya amat signifikan.
Hidup ini adalah kesempatan. Kesaksian ini bakal menjadi sejarah di masa hadapan untuk diceritakan kepada generasi depan bagaimana negara dan Bangsa Malaysia menghadapi krisis Covid-19. Saya bersyukur kerana masih ada masa menyaksikan apa yang sedang berlaku dan pada masa yang sama memasuki alam kehidupan 40-an. Saya panjatkan doa kepada Tuhan agar barisan kepimpinan negara, para petugas barisan hadapan dan seluruh rakyat di pelusuk negara dilindungi dan dirahmati.
Tony Paridi Bagang ialah pensyarah di UiTM Sabah.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/01/krisis-covid-19-hidup-ini-adalah-kesempatan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=krisis-covid-19-hidup-ini-adalah-kesempatan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perubahan Pola Hidup Akibat Coronavirus Bisa Bantu Atasi Krisis Iklim

Perubahan Pola Hidup Akibat Coronavirus Bisa Bantu Atasi Krisis Iklim

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 165 hits
Beberapa minggu belakangan bursa saham dunia mengalami periode terburuk dalam 10 tahun terakhir melebihi krisis finansial global pada tahun 2008 Pembatasan pergerakan manusia sebagai langkah kontrol penyebaran coronavirus berdampak terhadap...
Dakwaan Pihak Polis Hantar Pesakit Suspek Covid 19 Balik Ke Rumah Di Marang Terengganu Adalah Palsu

Dakwaan Pihak Polis Hantar Pesakit Suspek Covid 19 Balik Ke Rumah Di Marang Terengganu Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 253 hits
SEBENARNYA Polis menafikan pesakit suspek koronovirus dihantar pulang ke rumah seperti yang ditularkan di media sosial Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata sejak semalam 30
Krisis Covid 19 Libatkan Semua Pihak Segera Bangunkan Strategi Jalan Keluar

Krisis Covid 19 Libatkan Semua Pihak Segera Bangunkan Strategi Jalan Keluar

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 187 hits
Data terkini berhubung Covid 19 yang menunjukkan petanda bahawa Malaysia telah berjaya melepasi kemuncak gelombang kedua penularan wabak Covid 19 memerlukan negara segara membincangkan strategi jalan keluar melibatkan semua peringkat kerana...
Covid 19 Jangan Salahkan China Rakyat Perlu Berkorban Ubah Cara Hidup Dr Mahathir

Covid 19 Jangan Salahkan China Rakyat Perlu Berkorban Ubah Cara Hidup Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 336 hits
PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat mengubah cara hidup dan membuat pengorbanan dengan tidak lagi mengharapkan imbuhan pada nilai sama kerana penularan Covid 19 akan membawa impak kepada ekonomi negara Bekas perdana menteri itu...
Dr M Gesa Rakyat Ubah Cara Hidup Buat Pengorbanan Selepas Covid 19

Dr M Gesa Rakyat Ubah Cara Hidup Buat Pengorbanan Selepas Covid 19

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 268 hits
April 6 2020 12 23 PMDr Mahathir Mohamad memberi contoh pemain bola sepak tidak boleh berharap mereka dibayar gaji sama sebelum Covid 19 melanda negara kerana tidak turun padang sepanjang PKP PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat...
Bantuan Dari Kerajaan Adalah Untuk Sevival Hidup

Bantuan Dari Kerajaan Adalah Untuk Sevival Hidup

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 227 hits
Saya tertarik dengan kata kata Menteri Kewangan yang mengatakan bantuan yang diumumkan Perdana Menteri adalah for survival Tetapi kalau Menteri menteri kita tidak dapat membezakan penjimatan RM800 berbanding RM4 000 bagaimana mereka akan me...
Kesan Covid 19 Juruterbang Tukar Kerjaya Jadi Runner Untuk Teruskan Hidup

Kesan Covid 19 Juruterbang Tukar Kerjaya Jadi Runner Untuk Teruskan Hidup

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 167 hits
Situasi COVID 19 telah memberi kesan kepada ekonomi dunia sehingga memaksa seorang juruterbang British Airways yang digantung penerbangannya untuk memulakan pekerjaan baharu sebagai runner untuk jenama pasaraya terbesar dunia Tesco Peter Lo...
Pasangan Ini Hidup Sebagai Suami Isteri 51 Tahun Meninggal Dunia Selang Enam Minit Akibat Covid 19

Pasangan Ini Hidup Sebagai Suami Isteri 51 Tahun Meninggal Dunia Selang Enam Minit Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 332 hits
Pasangan ini Hidup sebagai suami isteri 51 tahun meninggal dunia selang enam minit akibat COVID 19Pasangan Stuart 74 dan Adrian 72 mula jatuh sakit pada pertengahan Mac sebelum disahkan dijangkiti COVID 19 Hidup sebagai suami isteri 51 tahu...
Krisis Covid 19 Berterusan Jika Kerajaan Tidak Dedah Kampung Jemaah Tabligh

Krisis Covid 19 Berterusan Jika Kerajaan Tidak Dedah Kampung Jemaah Tabligh

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 181 hits
Negara akan terus menghadapi masalah besar menangani krisis global ancaman Covid 19 sekiranya kerajaan masih lagi bersikap kuno tidak telus dan bertindak merahsiakan maklumat dengan rakyat Malaysia Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu Datuk...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids