Pasangan Ini Hidup Sebagai Suami Isteri 51 Tahun Meninggal Dunia Selang Enam Minit Akibat Covid 19



Pasangan ini Hidup sebagai suami isteri 51 tahun, meninggal dunia selang enam minit akibat COVID-19Pasangan Stuart, 74, dan Adrian, 72, mula jatuh sakit pada pertengahan Mac sebelum disahkan dijangkiti COVID-19.Hidup sebagai suami isteri 51 tahun, meninggal dunia selang enam minit akibat COVID-19

KEHILANGAN insan tersayang amat menyakitkan, malah lebih memilukan apabila pemergian itu berlaku dalam tempoh masa yang agak singkat ketika dunia sedang berdepan ancaman COVID-19.Tiada kata dapat diungkapkan selepas pasangan yang menghabiskan sisa hidup selama berpuluhan tahun akhirnya pergi buat selamanya akibat pandemik COVID-19 yang kini sudah meragut lebih 58,000 nyawa.

Seorang pemuda di Florida Amerika Syarikat (AS), Buddy Baker berkongsi kisah sedih mengenai pemergian ibu bapanya, Stuart dan Adrian Baker yang disahkan akibat komplikasi COVID-19.

Lebih memilukan, kedua-dua mereka meninggal dunia selang enam minit.

Memetik laporan CNN, pasangan itu yang sudah 51 tahun mendirikan rumah tangga dilaporkan dalam keadaan sihat dan tidak menghidapi sebarang masalah kesihatan yang serius.

Bagaimanapun, pada pertengahan bulan lalu, Stuart, 74, dan Adrian, 72, mula jatuh sakit.

“(Berita pemergian ini) tidak akan menyentuh hati anda atau sesiapa yang anda kenal melainkan anda sendiri yang mengalaminya.

“Semoga pemergian ibu bapa saya tidak sia-sia,” demikian kata Buddy yang merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Exclusive Sports Group.

Menerusi rakaman video yang dikongsi di laman Twitter, Buddy menegaskan, kehilangan ibu bapanya itu perlu dijadikan teladan kepada semua pihak mengenai bahaya akan pandemik COVID-19.

Bercerita lebih lanjut mengenai pemergian insan tersayang itu, Buddy berkata, lebih kurang tiga minggu lalu mendiang ibu bapanya pergi berjumpa dengan doktor selepas berasa kurang sihat.

Beberapa hari selepas itu, gejala yang dihadapi mereka masih tidak menunjukkan perubahan sebelum mereka disarankan untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Jelas Buddy, ibu bapanya turut dibawa pulang ke rumah dan diarah menjalani kuarantin.

“(Kejadian) berlaku sebelum dunia “suram”  dan kejohanan NCAA dibatalkan. Jadi, anda masih tidak terfikir ia (wabak) itu akan menjadi sesuatu yang mengancam nyawa,” ujarnya.


Cahaya yang diharapkan muncul dihujung terowong nyata tidak berlaku apabila kedua-dua ibu bapanya diarahkan untuk kembali ke hospital pada 19 Mac lalu sebelum bapanya dimasukkan ke hospital kerana bergejala demam dan asma.

Keadaan semakin buruk apabila selepas 48 jam bapanya telah dimasukkan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tahap oksigen Stuart dilaporkan menurun daripada 60 peratus kepada 50 peratus.

Pada 24 Mac, satu panggilan telefon diterima daripada pihak hospital bagi memaklumkan bahawa bapa Buddy disahkan positif COVID-19, selain memberikan gambaran bahawa lelaki itu “tidak mampu bertahan lama”.

Panggilan itu nyata membuatkan hati Buddy luluh, namun sebagai seorang anak – dia tidak sanggup menyampaikan berita duka itu kepada ibunya.

Keputusan yang diambil ketika itu adalah untuk membawa ibunya ke hospital dan melakukan ujian terhadap wanita itu memandangkan dia tidak menunjukkan sebarang gejala.

Selepas 45 minit ibunya diperiksa, Buddy memaklumkan laporan doktor menunjukkan oksigen ibunya juga berapa pada tahap yang rendah.

Susulan kegagalan fungsi organ dan atas nasihat pegawai perubatan profesional, Buddy dan kakaknya memutuskan untuk memindahkan ibu bapa mereka ke hospital pakar.

Pasangan itu ditempatkan di bilik sama dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sebelum beberapa minit kemudian mereka disahkan meninggal dunia.

“Mereka serasi bersama dan tidak dapat dipisahkan kerana pasangan ini pernah hidup bersama di dunia ini,” ujarnya.


Justeru, dia menasihatkan agar semua orang terus mengamalkan penjarakan sosial dan kekal di rumah seperti mana yang disarankan oleh pihak kesihatan awam.


rePublish Update Berita MalaysiaPasangan ini Hidup sebagai suami isteri 51 tahun, meninggal dunia selang enam minit akibat COVID-19 Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://malaysiaismalaysia.blogspot.com/2020/04/pasangan-ini-hidup-sebagai-suami-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
51 Tahun Jalani Hidup Bersama Pasangan Ini Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Selang Enam Minit

51 Tahun Jalani Hidup Bersama Pasangan Ini Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Selang Enam Minit

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 292 hits
Pasangan suami isteri yang telah berkahwin selama 51 tahun dilaporkan telah meninggal dunia disebabkan oleh Covid 19 Mereka meninggal selang enam minit pada Ahad lalu Pasangan yang dikenali sebagai Stuart Baker 74 dan Adrian Baker 72 itu ti...
Tukang Gunting Rambut Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Selepas Terima Pelanggan Ketika Wabak Sedang Menular

Tukang Gunting Rambut Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Selepas Terima Pelanggan Ketika Wabak Sedang Menular

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 301 hits
Seorang tukang gunting rambut di Mississippi meninggal dunia akibat Covid 19 selepas dia tidak menutup premis perniagaannya dan berterusan menerima pelanggan ketika wabak itu sedang mengganas nbsp Eugene Thompson 46 dari Brookhaven meningga...
Terkini 3 Lagi Pesakit Covid 19 Meninggal Dunia Jumlah Meningkat Ke 53 Kes Kematian

Terkini 3 Lagi Pesakit Covid 19 Meninggal Dunia Jumlah Meningkat Ke 53 Kes Kematian

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 458 hits
Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa jumlah kumulatif kes kematian kini meningkat kepada 53 orang Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat tiga lagi kematian pada hari ini 3 Apri...
Terkini 14 Orang Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Jumlah Kes Meningkat Kepada 1518 Orang

Terkini 14 Orang Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Jumlah Kes Meningkat Kepada 1518 Orang

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 661 hits
Dukacita dimaklumkan jumlah kematian akibat COVID 19 di negara kita setakat ini ialah 14 orang Salam takziah daripada KKM kepada keluarga mereka Kes kematian ke 12 merupakan kes ke 1114 berumur 70 tahun lelaki warganegara Malaysia Beliau me...
Keluarga Dipulau Oleh Orang Kampung Sebab Anak Meninggal Akibat Covid 19

Keluarga Dipulau Oleh Orang Kampung Sebab Anak Meninggal Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 263 hits
Satu keluarga seorang pesakit COVID 19 yang meninggal dunia akibat virus itu di Indonesia dilapor dipulaukan penduduk tempatan Keluarga Dipulau Oleh Orang Kampung Sebab Anak Meninggal Akibat Covid 19
Pelakon The Flash Meninggal Dunia Pada Usia 16 Tahun

Pelakon The Flash Meninggal Dunia Pada Usia 16 Tahun

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 823 hits
Pelakon siri televisyen The Flash Logan Williams dilaporkan meninggal dunia pada usia 16 tahun Bintang yang sedang meningkat naik dari Kanada itu muncul dalam lapan episod dalam musim pertama siri adiwira DC itu dengan memainkan watak Barry...
Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Di India Akibat Komplikasi Kesihatan

Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Di India Akibat Komplikasi Kesihatan

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 330 hits
NEW DELHI 2 April Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia di sebuah hospital di ibu negara India pada Rabu akibat komplikasi kesihatan Lelaki berusia 61 tahun itu menghidap penyakit kencing manis dan masalah jantung dirawat di Hospital Paka...
Berat Hati Meninggalkan Isteri Kesayanganku Ustazah Shadiya Abbas Meninggal Dunia

Berat Hati Meninggalkan Isteri Kesayanganku Ustazah Shadiya Abbas Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 561 hits
Siapa tidak kenal Ustazah Shadiya Abbas yang terkenal sebagai pendakwah dan sentiasa aktif melakukan program program amal bersama suaminya Namun pemergiannya secara mengejut jam 5 05 pagi benar benar dirasai oleh semua Menerusi perkongsian ...
Bayi Usia 6 Minggu Maut Akibat Covid 19 Dipercayai Mangsa Paling Muda Di Dunia

Bayi Usia 6 Minggu Maut Akibat Covid 19 Dipercayai Mangsa Paling Muda Di Dunia

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 331 hits
Seorang bayi di Amerika Syarikat yang berusia enam minggu telah meninggal dunia selepas diuji positif Covid 19 dan kini dipercayai mangsa paling muda di dunia lapor Metro Uk Menurut Gabenor Ned Lamont bayi itu meninggal dunia di Connecticut...
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa