Krisis Bersatu Serlah Sikap Sebenar Pas Terhadap Muhyiddin


 



Keengganan Pas menyelesaikan isu dalaman Bersatu berpunca daripada menantu Muhyiddin sendiri semakin menampakkan kesan besar terhadap perpaduan dalam Perikatan Nasional (PN) seolah-olah hanya menunggu ‘retak menanti belah’.
PENDAPAT, 5 Nov – Hubungan dingin antara Pas dan Muhyiddin Yassin bukan lagi suatu rahsia umum di kalangan pemerhati politik tempatan gara-gara usul mencalonkan semula namanya sebagai bakal perdana menteri diumum pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu awal bulan September lalu.
Keengganan Pas menyelesaikan isu dalaman Bersatu berpunca daripada kes menantu Muhyiddin semakin menampakkan kesan besar terhadap perpaduan dalam Perikatan Nasional (PN) seolah-olah hanya menunggu ‘retak menanti belah’.
Walaupun malam tadi mesyuarat MPT Bersatu diadakan dan dihadiri hampir kesemua pemimpin tertinggi parti itu, nampaknya kelompongan dan desakan ahli MPT terhadap pengunduran Muhyiddin tidak dapat diselindungkan lagi.
Muhyiddin secara sedar atau pun tidak memerlukan sokongan Pas lebih daripada Pas memerlukan sokongannya untuk menjadi perdana menteri tetapi sikap Pas seolah-olah sudah mula meminggirkannya sedikit demi sedikit. Foto Juani FadhliSikap berdiam diri dan keengganan campur tangan bagi meredakan kemelut parti sekutu itu menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat bahawa PN gagal menunjukkan kesepakatan sebagai blok pembangkang yang matang dan berwibawa, atas hujah dangkal Muhyiddin sendiri kononnya PN sudah bersedia untuk menggantikan Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia turut diburukkan lagi dengan sindirian ahli parlimen Jelutong, RSN Rayer terhadap Muhyiddin yang merampas kuasa dan melakukan khianat terhadap kaum India ketika menjadi perdana menteri era ‘Covid-19’.
Dakwaan tersebut dibuat Rayer ketika bangun mencelah penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 peringkat dasar oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo di Dewan Rakyat pada Selasa.
Rayer menempelak Muhyiddin apa yang dilakukannya kepada masyarakat India ketika menjadi perdana menteri tebuk atap dengan sokongan Pas sehingga dijatuhkan pada Ogos 2021.Rayer mendakwa pembangkang selalu membangkitkan isu-isu sekolah Tamil di Dewan Rakyat namun tidak pernah berbincang mengenai isu pembangunan sekolah Tamil termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Jeram.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan dengan lantang bahawa kelmarin kita lihat (Ahli Parlimen) Pagoh (Muhyiddin) berkata kerajaan (di bawah Perikatan Nasional) sudah bersedia ke Putrajaya.
“Tetapi semasa Pagoh mentadbir sebelum ini, beliau tidak pernah berbincang mengenai SJKT Ladang Jeram. Dia hanya ‘merampas kuasa’ (dan) melarang kita untuk mengadakan sidang media di Parlimen mengenai isu sekolah Tamil.
Tak disangka-sangka Muhyiddin Yassin dimalukan semahu-mahunya dalam Muktamar Agung parti rakan sendiri di hadapan ribuan perwakilan parti itu yang turut disiarkan secara langsung menerusi media sosial.“Tolonglah Pagoh, jangan tipu kaum India lagi. Sudah cukup,” katanya.
Itu merupakan salah satu bukti kegagalan Muhyiddin walau apa cara yang cuba dilakukan untuk menutup pekung akibat pemecatan Wan Saiful Wan Jan dan penggantungan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, rakyat sudah semakin hilang keyakinan terhadap keupayaan PN untuk mentadbir negara apabila parti komponennya saling berselisih tanpa jalan penyelesaian yang jelas.
Pas dilihat lebih mementingkan agenda politik sendiri berbanding memperkukuh pakatan, sedangkan asas kejayaan sebuah gabungan politik bergantung pada persefahaman dan kejujuran antara parti.
Ketika Bersatu berdepan krisis kepimpinan yang kian parah, Pas hanya berpeluk tubuh, seolah-olah menunggu masa untuk mengambil kesempatan politik daripada kelemahan sekutu mereka.
Abdul Hadi disifatkan ‘terlalu bersih’ hingga terlupa dalam Pas sendiri sudah dua kali keputusan PRU-15 dibatalkan ekoran perbuatan merasuah pengundi di Kuala Terengganu dan Kemaman. Foto ArkibAkibatnya, PN kini semakin dipinggirkan oleh rakyat yang sudah muak dengan drama politik cantas-mencantas yang tidak pernah berkesudahan.
Lebih memburukkan keadaan, impian PN untuk menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-16 kini tinggal angan-angan semata-mata tanpa satu dasar jauh sekali hala tuju jelas untuk memberi saingan kepada Anwar yang semakin lama semakin kukuh diterima rakyat.
Walaupun mereka kononnya memiliki ‘empat lori’ calon perdana menteri, hakikatnya tiada seorang pun mampu diyakini sebagai tokoh penyatu.
Kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dari 26 hingga 28 Oktober 2025 lalu mencetuskan rasa bangga warganet kerana Malaysia menerima pujian dunia.Tanpa keberanian Pas untuk bertindak menyelesaikan kemelut Bersatu, PN hanya akan terus menjadi gabungan yang retak menanti belah — terperangkap dalam bayangan cita-cita besar yang tidak pernah menjadi kenyataan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/krisis-bersatu-serlah-sikap-sebenar-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Krisis Bersatu Pn Akan Mula Nazak Kata Pas

Krisis Bersatu Pn Akan Mula Nazak Kata Pas

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 153 hits
K PRAGALATHOctober 28 2025Perikatan Nasional akan mulai nazak sekiranya tiada usaha pemulihan dibuat pada kadar segera kata seorang pemimpin Pas Saya sudah beritahu tu PN sedang bermasalah besar Jika tidak dipulihkan segera PN mulai nazak k...
Krisis Bersatu Hilang Kepercayaan Terhadap Mahiaddin Boleh Keluar Parti Saifuddin

Krisis Bersatu Hilang Kepercayaan Terhadap Mahiaddin Boleh Keluar Parti Saifuddin

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 170 hits
menegaskan bahawa boleh keluar jika hilang kepercayaan terhadap kepimpinan presiden parti Haris menyifatkan desakan Saifuddin sebagai berniat jahat merosakkan parti dengan motif kepentingan peribadi dan kelompok tertentu Serangan secara ter...
Krisis Bersatu Pas Perlu Jadi Pendamai Bukan Pemerhati

Krisis Bersatu Pas Perlu Jadi Pendamai Bukan Pemerhati

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 155 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA PAS sewajarnya memainkan peranan sebagai pendamai atau fasilitator dalam kemelut dalaman Bersatu meskipun parti itu menegaskan tidak mahu mencampuri urusan sekutunya kata seorang penganalisis Mujibu Muis dari Univ...
Sikap Bercampur Pas Terhadap Kehadiran Trump Timbul Persoalan

Sikap Bercampur Pas Terhadap Kehadiran Trump Timbul Persoalan

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 162 hits
Anne MuhammadPETALING JAYA Kenyataan bercampur PAS mengenai kehadiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Malaysia menimbulkan persoalan sama ada parti itu benar benar memahami keseimbangan antara prinsip moral dan keperluan diplomasi...
Krisis Bersatu Hamzah Beri Muhyiddin Isyarat Halus Mengenai Perubahan Kepimpinan

Krisis Bersatu Hamzah Beri Muhyiddin Isyarat Halus Mengenai Perubahan Kepimpinan

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 116 hits
Elill EaswaranPETALING JAYA Dua penganalisis melihat kesediaan Hamzah Zainudin menggantikan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai mesej berhemah namun tegas mengenai keperluan perubahan kepimpinan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia...
Bersatu Mp Still Supports Muhyiddin Despite Protesting Disciplinary Decision

Bersatu Mp Still Supports Muhyiddin Despite Protesting Disciplinary Decision

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 135 hits
A few days after signing a letter protesting Bersatu s disciplinary action against six members seeking to push for new leadership Merbok MP Nazri Abu Hassan said he continues to support party president Muhyiddin Yassin He said his decision ...
Polemik Dalaman Parti Surat Kepada Muhyiddin Dedah Pendirian 16 Ahli Parlimen Bersatu

Polemik Dalaman Parti Surat Kepada Muhyiddin Dedah Pendirian 16 Ahli Parlimen Bersatu

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 169 hits
Fahmy A RosliSalinan surat kepada Muhyiddin bertarikh 23 Oktober lalu yang dilihat oleh BH Kuala Lumpur Seramai 16 Ahli Parlimen BERSATU menandatangani sepucuk surat yang diserahkan kepada Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyatakan k...
Pas Again Says It Won T Interfere In Bersatu S Internal Feud

Pas Again Says It Won T Interfere In Bersatu S Internal Feud

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 147 hits
PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man responds to a call by a Bersatu division leader for the Islamic party to declare which faction it backed in the party PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man said they respected the right of eac...
No Plans To Oust Muhyiddin Bring Bersatu Into Govt Says Rafizi

No Plans To Oust Muhyiddin Bring Bersatu Into Govt Says Rafizi

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 184 hits
Former PKR deputy president Rafizi Ramli dismissed claims of a plot to oust Muhyiddin Yassin as Bersatu president to allow the party to form the government However he acknowledged that Prime Minister and PKR president Anwar Ibrahim rarely s...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kl East Mall Meraikan Ulang Tahun Ke 5 Penuh Aktiviti Menarik

Satu Hari Sebelum Hari Terakhir Di Kota Madinah

Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food

Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali