Krabi Tempat Percutian Yang Best Di Thailand
Orang lain sibuk persiapan raya, aku sibuk nak pergi travel.
Dok Google mana yang best, sekali tertarik dengan Krabi. Orang cakap di sini
tempat percutian yang best di Thailand.
Krabi terkenal dengan makanan yang lazat dan pulau yang cantik. Pasti pengalaman percutian aku di sini menjadi begitu indah. Seindah panorama alam semulajadi bakal di nikmati nanti.
Tempat Makan Best di Krabi
Sebenarnya banyak tempat yang menarik di Krabi. Bagi,food
hunter’ seperti aku berada di Ao Nang dah memadai. Sudah tentu mudah dapatkan
pilihan makanan di sini. Apa-apapun, pastikan dulu makanan tersebut halal atau
tidak.
Kalau anda ke sini, jangan risau jika tidak pandai berbahasa
Inggeris atau Thailand. Rata– rata masyarakat di sini pandai berbahasa Melayu.
Harga makanan restoran di sini adalah lebih kurang sama sahaja antara restoran. Jadi aku tidak perlu risau dengan harga makanan. Yang penting makanan sedap dan berpuas hati.
Paling aku nak cuba ialah pancake. Ramai bagi review pancake
di sini sedap ya amat. Pancake yang paling terkenal dan sedap di Krabi adalah
pancake yang dijual oleh Rotee Yamilah. Gerainya hanya di tepi jalan
berhampiran dengan Ao – Nang Sunset Hotel.
Yang pastinya nak makan pancake pisang yang disapu Nutella. Sapuan
Nutella yang begitu banyak sehinggakan ia meleleh menjadikan pancake ini begitu
istimewa. Dengan sapuan yang begitu banyak membuatkan ia begitu enak dimakan,
lebih – lebih lagi di waktu petang.
Lagi satu tempat yang nak nikmati makanan best dan halal
ialah Koh Panyi. Koh Panyi merupakan perkampungan nelayan yang majoriti
penduduknya beragama Islam.
Di sini dapat melihat banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata dan juga yang paling penting sekali kedai makan. Memandangkan penduduk di sini adalah Muslim, jadi tidak perlulah risau tentang status halal makanan yang dijual di sini.
Nikmati Keindahan Alam Semula Jadi
Tak sah kalau datang Krabi tak nikmati keindahan pantai. Kejernihan
air laut yang kebiru-biruan, pesisir pantai yang putih, dikelilingi pula dengan
bukit-bukit batu kapur.Tak bayangkan betapa indahnya Pantai Railay ini. Untuk
menuju ke pantai indah ini perlu menaiki bot kerana pantai ini dipisahkan dari
kawasan lain dengan bukit batu kapur.
Railey Beach turut terkenal dalam kalangan wall
climber kerana tebing-tebing bukit yang terdapat di sekitarnya.
Satu lagi tempat yang aku nak sampai ialah Bukit Khao Ngon
Nak. Ia agak popular kerana kecantikan panorama yang akan dapat saksikan
apabila sudah sampai dipuncak nanti.
Perjalanan untuk menuju ke puncak bukit yang berketinggian
565 meter dari aras laut ini mengambil masa sekitar 2 jam. Panorama indah yang
disajikan boleh mengujakan mata anda. Mana tidaknya, dikelilingi oleh
pulau-pulau yang sangat cantik dan indah.
Kolam Emerald adalah sebuah kolam semulajadi yang berwarna
hijau dan sangat jernih airnya. Ia terletak di dalam Thung Teao Forest Natural
Park. Ia tempat wajib dikunjungi.
Kejernihan air kolam ini memang tidak dapat disangkal kerana
anda boleh nampak dasar kolam ini dari atas. Emerald Pool antara tempat menarik
yang unik di Krabi.
Satu lagi tempat wajib untuk dikunjungi ialah Phi Phi
Island. Phi Phi merupakan nama yang diberikan bagi 6 buah pulau indah yang
terletak 45 minit menaiki bot dari Krabi ini.
Daripada 6 buah Phi Phi Islands, yang paling terkenal sekali
adalah Phi Phi Leh dan Phi Phi Don. Pulau Phi Phi Don lebih sibuk berbandang
dengan pulau yang lain. Kalau anda ingin menikmati pemandangan kawasan pantai
indah dengan penuh privasi, bolehlah ke pantai Phi Phi Leh.
Wah banyak tempat menarik dan best di Krabi. Nak kena booking tiket dan hotel la macam tu. Nanti lambat habis pula. Aku selalu booking dengan Traveloka.
Booking Tiket Mudah Dengan Traveloka
Aku pun bukak la website
Traveloka. Aah, Traveloka. Korang tau tak pasal Traveloka ni??
Banyak benda best tau korang boleh dapat kalau korang book dengan
Traveloka ni . Antara benefits yang korang boleh dapat adalah no hidden charge
akan dikenakan kat korang.
Dah boleh jimat bajet. Lagi satu kan ramai yang tak tahu kelebihan Traveloka ni. Korang boleh buat bayaran bulanan kat Maybank.
Paling aku suka dengan Traveloka in aku boleh set price
alert melalui apps Traveloka ni. Kiranya
jika aku nak travel tapi tunggu promo
untuk pergi sana, jangan risau, Traveloka boleh notify kalau ada tempat yang kita nak pergi tu ada promo. Best
kan Traveloka ni?
Aku pun search la pasal book flights to krabi online. Dan macam biasa, banyak la flights yang keluar. Rambang mata juga nak pilih flight ni.
Lastly aku pilih Qatar Airways. Jadi, aku pun pilih la yang Qatar Airways online booking sana.
Kenapa Qatar Airways? 7 tahun berturut-turut anak kapal
Qatar Airways dinobatkan sebagai “Best in the Middle East.” Ini membuktikan korang
akan dilayan dengan standard tinggi walaupun di kelas ekonomi.
Kelas ekonomi Qatar Airway mempunyai ruang duduk yang luas.
Malah disediakan universal plugs dan USB ports. Beg kelengkapan yang
mengandungi lip balm, a dental kit, eye mask, ear plugs dan stoking juga diberi
kepada penumpang. Walaupun korang hanya menempah tiket kelas ekonomi.
Apa lagi jom booking dengan Traveloka. Korang pasti tak
menyesal dengan Traveloka. Jangan lupa download apps Traveloka ya.
The post Krabi Tempat Percutian Yang Best di Thailand appeared first on AbamFin.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cikpinz.com/krabi-tempat-percutian-yang-best-di-thailand/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=krabi-tempat-percutian-yang-best-di-thailand