Kpm Tunggu Laporan Penuh Kes Pelajar 13 Tahun Gantung Diri
fazleen safina  RM6.8 juta disalur untuk sekolah, institusi pendidikan terjejas ribut

              Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik            
SUNGAI PETANI– Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih menunggu laporan penuh  daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes pelajar berusia 13  tahun, yang bertindak menggantung dirinya akibat tekanan kerana kerja  sekolah yang terlalu banyak
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik  berkata, kementerian juga akan menjalankan siasatan sendiri berhubung  kes berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan, termasuk mengubah  modul pembelajaran sekiranya perlu
“Saya sedih dengan kejadian ini kerana  sepatutnya sekolah menjadi tempat yang gembira untuk pelajar menimba  ilmu selain memupuk kasih sayang. Tetapi bila sampai tahap dapat  tekanan, itu tidak sepatutnya berlaku
“Jadi, buat masa ini masih terlalu awal  untuk buat apa-apa kerana kita masih sedang tunggu laporan siasatan  polis dan kementerian,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan  lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok yang terjejas akibat ribut  Lekima baru-baru ini
Pada malam Sabtu lepas, pelajar berkenaan  ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai bertindak menggantung  dirinya di dalam bilik air rumahnya di flat Jalan Paya Terubong, Taman  Sri Relau, Georgetown, Pulau Pinang
Hasil siasatan mendapati remaja terbabit  dikatakan kurang berminat untuk belajar, selain prestasi pelajarannya  yang agak lemah termasuk sering merungut kepada ibu bapanya mengenai  kerja sekolah yang terlalu banyak
Ketika diminta mengulas kenyataannya  dalam laman sosial Twitter mengenai kerajaan akan memastikan semua anak  yang hadir ke sekolah mulai 2020 dilengkapi dengan sarapan, Dr Maszlee  berkata, program itu akan dimulakan pada tahun hadapan
“Program makanan percuma ini adalah untuk  semua pelajar dan konsepnya adalah kita mahu pastikan semua anak  mendapat makanan yang berkhasiat kerana kita mahu bina generasi yang  sihat, mendapat zat makanan cukup bagi mendapatkan otak yang cerdik
“Program ini juga membolehkan pelajar  menguasai sivik di mana pelajar akan duduk makan dengan guru, belajar  adab makan yang betul termasuk lepas makan kena basuh peralatan sendiri,  di mana semua ini dapat melatih disiplin mereka dengan lebih baik,”  katanya
Mengenai tindakan sebuah badan bukan  kerajaan (NGO) yang mahu menghalang anak mereka mendapatkan pendidikan  sebagai tanda protes terhadap pelajaran jawi di sekolah, Dr Maszlee  berkata, NGO serta masyarakat sepatutnya menggalakkan anak untuk pergi  ke sekolah dan bukan sebaliknya
Sementara itu, dalam satu kenyataan hari  ini, Maszlee berkata, kementeriannya telah mengumumkan peruntukan  sebanyak RM24 juta untuk kerja-kerja pembaikan semua sekolah dan  institusi pendidikan di bawah kementerian yang terjejas akibat ribut itu  di beberapa buah negeri utara Semenanjung Malaysia, 9 Ogos lepas
Katanya, sehingga kini sebanyak RM6.8 juta telah disalurkan dan kerja-kerja pembaikan yang berkaitan telah dimulakan
“KPM sedang memantau kerja-kerja  pembaikan di semua sekolah dan institusi pendidikan terbabit selain  menjangkakan ia dapat diselesaikan dalam kadar segera mengikut tempoh  ditetapkan demi keselesaan dan kemudahan pelajar,” katanya. – Bernama
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/kpm-tunggu-laporan-penuh-kes-pelajar-13.html