Kpi Menteri Dari Pas Selepas 6 Bulan Memerintah Lekeh


 
JOM KITA NILAI MENTERI MENTERI PAS YANG ADA DALAM KABINET TEBUK ATAP.


BOB KELANANG





Kegagalan Pemerintahan Kerajaan PN Oleh Menteri PAS :

1. Duta Khas Perdana Menteri ke Negara Timur Tengah/ Asia Barat ( Bertaraf Menteri Penuh ) :

i. Sehingga kini GAGAL menjalankan tanggungjawab sebagai Duta Khas PM. Tiada keuntungan yang kerajaan serta rakyat perolehi daripada jawatan Duta Khas Perdana Menteri yang diwujudkan KHAS ini.

ii. GAGAL untuk menarik pelaburan daripada negara Asia Barat dan Timur Tengah sedangkan dipalu gendang seluruh dunia, katanya Duta Khas ini HEBAT menarik pelaburan daripada tok-tok Arab.

iii. Gaji hasil cukai duit duit rakyat dibayar kepada Duta Khas ini yang masa sehariannya banyak dihanguskan untuk memberikan ceramah di kawasan Parlimennya sahaja. Sedangkan jawatan Duta Khas ini adalah untuk bekerja untuk seluruh rakyat Malaysia.

2. Menteri Undang Undang :

i. Tidak mampu merealisasikan RUU 355 untuk dibentangkan semula di Parlimen walaupun telah menjadi Kerajaan sepertimana gesaan ratusan ribu ahli PAS dilakukan semasa himpunan RUU 355 di Padang Merbok sebelum Pru-14 yang dihadiri bersama wakil Umno dan Mufti Wilayah.

ii. Tidak mampu membawa pesalah kes ADIB ke mahkamah seperti yang diperjuangkan hari hari di media dan jalanan ketika PAS menjadi pembangkang.

iii. Gagal melaksanakan undang-undang LGBT dan undang-undang penghinaan terhadap agama rasmi Malaysia iaitu Agama Islam yang diperjuangkan sebelum PAS menjadi kerajaan memerintah.

iv. Gagal melaksanakan RCI MEMALI walaupun PAS telah menjadi kerajaan memerintah. Dahulu ditekan kerajaan Umno dan PH supaya diadakan RCI supaya ahli ahli PAS percaya perjuangan mereka adalah benar dan SYAHID.

v. Gagal mengadakan siaran langsung selama 1 jam kenapa sebab-sebab PAS mengkafirkan Umno sepertimana PAS minta sebelumnya semasa menjadi pembangkang tegar.

Sedangkan sekarang beratus jam PAS ada masa untuk terangkan kepada rakyat Malaysia kenapa Umno dikafirkan PAS.

3. Menteri MEWA ( Alam Sekitar dan Air ) :

i. Gagal membawa inovasi, pembaharuan serta penguatkuasaan bagaimana untuk menangani masalah pencemaran kepada alam sekitar seperti penebangan hutan balak yang berleluasa di Kelantan dan Pahang. Malah pencemaran merebak sehingga ke kawasan tanah adat Orang Asli.

ii. Gagal menangani isu pencemaran sungai-sungai sebagai kawasan sumber tadahan air minuman. Sedangkan Menteri PAS inilah yang akan menguatkuasakan undang-undang kepada sesiapa sahaja baik perseorangan ataupun pihak swasta yang mencemari alam sekitar dengan pembuangan sisa toksik.

iii. Terbukti GAGAL dalam menangani masalah 38% penduduk Kelantan yang masih ketiadaan sumber bekalan air paip bersih. Malah Menteri MEWA PAS ini mencadangkan selama 40 tahun lagi untuk selesaikan isu-isu bekalan air bersih terawat di Kelantan. Betullah cadangan Menteri MEWA PAS ini kerana kita baru sahaja MERDEKA beberapa tahun daripada penjajah kafir British kerana kita sekarang berada ditahun "1960".

iv. Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi :

i. Menteri PAS ini pada dasarnya tiada tujuan rasmi ke Turki. Disebabkan tiket kapalterbang dan hotel sudah dibeli awal-awal bersama keluarganya untuk melancong mengunakan kuota Percutian Menteri Kabinet dalam setahun maka pergilah Menteri PAS ini ke Turki konon-kononnya untuk urusan rasmi kerajaan, sedangkan hasil urusan rasmi kerajaan tiada 1 pun memorandum persefahaman perusahaan ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Malah Menteri PAS ini ke Turki pun tiada sebarang sambutan timbal balas diadakan oleh kerajaan Turki atau pihak menteri Turki yang terlibat. Sehingga kini tiada gambar acara-acara rasmi ditunjukkan oleh Menteri PAS ini di mana-mana media termasuk Harakah Daily atau web rasmi kementerian.

ii. GAGAL membawa perlaburan dalam bidang Perusahaan, Perladangan dan Komoditi ke dalam negara. Malah hasil minyak sawit negara yang bernilai ratusan billion ringgit dizaman beliau menjadi menteri kabinet telah diharamkan oleh kerajaan USA untuk dieksport keluar. Malah tiada usaha dilakukan Menteri PAS ini untuk tindakan berdiplomasi dengan kerajaan USA dan negara-negara lain yang memboikot sawit Malaysia, sedangkan sawit Indonesia dibenarkan eksport ke USA.

iii. GAGAL memberi ikutkan yang baik kepada rakyat Malaysia dikala wabak covid-19 tengah menggila melanda negara dengan tidak menkuarantin kendiri di rumah sendiri. Adakah janji gaji beliau selama 4 bulan sudah diberikan kepada kerajaan dan digunakan untuk kebaikan rakyat marhean?

iv. Kes Perlanggaran SOP C19 beliau juga masih dalam proses sehingga sukar untuk didakwa di mahkamah, sedangkan jika kes melibatkan antara 2 darjat, pasti keesokannya sudahpun didakwa di mahkamah dan didenda ribuan ribu ringgit.

5. Timbalan Menteri Agama :

i. Sehingga kini Agama Islam tidak diperkasakan sepertimana yang diperjuangkan oleh parti dan dasar parti PAS sehingga ada ahli PAS yang menentang kerajaan Malaysia kerana diperbodohkan oleh pimpinan tertinggi PAS. (Diakui sendiri oleh Presiden PAS ramai ahli PAS adalah BODOH)

ii. Timbalan Menteri PAS ini juga mengaku di parlimen secara bertulis bahawa pindaan RUU355 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Negara Malaysia yang diwarisi daripada Penjajah Toghut British.

6. Timbalan Menteri Wanita & Keluarga :

i. GAGAL menangani isu aurat wanita Islam sebagai pramugari syarikat penerbangan dan penyediaan arak dalam penerbangan seperti yang dilaungkannya secara lantang dalam parlimen sebelumnya.

7. Timbalan Menteri Sumber Manusia :

i. GAGAL dalam menangani isu pemberhentian kerja oleh majikan dan masalah pengangguran yang kian parah dalam negara.

ii. GAGAL memberikan solusi terbaik antara kedua-dua belah pihak diantara pekerja dan majikan bagaimana untuk menyelesaikan masalah isu pemberhentian tenaga kerja dalam bidang penerbangan semenjak tercetusnya wabak covid-19. Satu-satunya bidang yang cukup terkesan sehingga kini semasa pandemic covid-19 melanda.

8. Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan :

i. Sehingga kini tiada hasil usaha Timbalan Menteri yang membanggakan negara dan rakyat.

8. Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi :

i. Sehingga kini tiada hasil usaha Timbalan Menteri yang membanggakan negara dan rakyat.

Inilah kesimpulannya menteri PAS yang berkerja untuk rakyat.

Jika hebat dan cemerlang sudah pasti Kelantan dan Terengganu menjadi negeri Melayu Islam yang lebih maju daripada negeri DAP Pulau Pinang tapi Kelantan selamanya adalah negeri termiskin yang ditadbir MelayuISLE…

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/kpi-menteri-dari-pas-selepas-6-bulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Dibuang Kerja 3 Bulan Suami Berlakon Depan Isteri Pergi Kerja Setiap Pagi Rupanya

Selepas Dibuang Kerja 3 Bulan Suami Berlakon Depan Isteri Pergi Kerja Setiap Pagi Rupanya

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 538 hits
Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada penghujung Mac lalu nyata memberi kesan kepada kita semua sama ada yang bekerja atau pun yang menjalankan aktiviti perniagaan Kekangan sepanjang tempoh suram itu menyaksikan ada diantara kita ya...
Pas Jangka Hasrat Anwar Dilantik Perdana Menteri Tidak Kesampaian

Pas Jangka Hasrat Anwar Dilantik Perdana Menteri Tidak Kesampaian

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 357 hits
SHAH ALAM Pas menjangkakan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berjaya membentuk kerajaan baharu dan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan Timbalan Ketua Pemudanya Ahmad Fadhli Shaari berkata ia...
Selepas Star Pbs Pula Tolak Pas Di Sabah

Selepas Star Pbs Pula Tolak Pas Di Sabah

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 413 hits
PBS menolak cadangan memberikan kerusi di Dewan Undangan Negeri Sabah kepada PAS dengan berkata tidak ada asas bagi kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah menimbangkan perkara itu Presiden PBS Maximus Ongkili berkata parti itu telah memaklum...
Takiyuddin 18 Orang Ahli Parlimen Pas Kekal Menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

Takiyuddin 18 Orang Ahli Parlimen Pas Kekal Menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 289 hits
KUALA LUMPUR PAS menegaskan bahawa semua 18 Ahli parlimennya menyokong penuh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang menerajui kerajaan Perikatan Nasional Setiausaha Agung parti itu Datuk Takiyuddin Hassan berkata P...
Seorang Lelaki Dipenjara 3 Bulan Selepas Tumbuk Ayah Sendiri

Seorang Lelaki Dipenjara 3 Bulan Selepas Tumbuk Ayah Sendiri

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 179 hits
Akibat mencederakan orang tuanya seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 3 bulan selepas disabitkan kesalahan di Mahkamah Majistret Bahau Tertuduh dikatakan telah menumbuk bapanya di bahu dan tangan kerana tidak mahu meminjamkannya telefo...
Najib Mahu Menteri Pas Diheret Ke Mahkamah Atas Dakwaan Langgar Arahan Kuarantin

Najib Mahu Menteri Pas Diheret Ke Mahkamah Atas Dakwaan Langgar Arahan Kuarantin

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 286 hits
mindarakyat netPETALING JAYA Bekas presiden Umno Najib Razak mahu Menteri Mohd Khairuddin Aman Razali dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan melanggar arahan kuarantin wajib Pemimpin PAS itu dikecam selepas dikatakan tidak ikut arahan kuaranti...
Selain Tukang Report Pas Selektif Mereport Kecuaian Menteri Tak Ikut Sop

Selain Tukang Report Pas Selektif Mereport Kecuaian Menteri Tak Ikut Sop

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 240 hits
RINA HAMZAHBadut pas Khairuddin Tak kuarantin menteri2 PN tak kuarantin badut2 ni tak pula korang buat report Inilah hasil didikan pemimpin2 pas agaknya Kuman seberang laut nampak gajah didepan mata kabur Perbuatan mereka ini meyerlahkan ke...
Jemaah Pertama Tiba Di Masjidil Haram Selepas Hampir 6 Bulan Sekatan Ibadat Umrah

Jemaah Pertama Tiba Di Masjidil Haram Selepas Hampir 6 Bulan Sekatan Ibadat Umrah

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 230 hits
Akhirnya jemaah pertama tiba di Masjidil Haram semalam selepas dikatakan lebih enam bulan ibadat umrah disekat akibat wabak Covid 19 yang berleluasa ini Alhamdulillah mesti jemaah tersebut bersyukur dan sangat seronok sebab bukan senang tau...
Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Yoursay Don T Let Little Napoleons Hold Nation To Ransom

Europe S War Jitters

Anak Ketua Polis Daerah Maut Tertembak Pistol Bapa Sendiri

Menu Cadangan Hidangan Rumah Terbuka Hari Raya

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu

Filem Sheriff



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Manfaat Daun Kucai Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

Faisal Asahan Kau Bersalah Aku Mengalah Chord

Gugurnya Dosa Waktu Solat

Ai Team Subscribers April 18 2024

Membeli Kopi Di Kenangan Coffee Bandar Prima Senawang

Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula