Najib Mahu Menteri Pas Diheret Ke Mahkamah Atas Dakwaan Langgar Arahan Kuarantin


mindarakyat.net
Senior Editor Oktober 07, 2020


PETALING JAYA: Bekas presiden Umno, Najib Razak, mahu Menteri Mohd Khairuddin Aman Razali dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan melanggar arahan kuarantin wajib.

Pemimpin PAS itu dikecam selepas dikatakan tidak ikut arahan kuarantin wajib 14 hari selepas menghadiri mesyuarat Dewan Rakyat tidak lama selepas pulang dari Turki.

Kementerian Kesihatan kemudian mengenakan denda RM1,000 dan sejak itu juga beliau disiasat polis.

“Biar mahkamah putuskan dia salah ke tidak atau apa hukumannya sebab saya difahamkan kementerian atau imigresen terlepas keluarkan arahan kuarantin mandatori pada dia,” katanya di Facebook hari ini.

“Jika kalah, masih boleh rayu.”

Najib menjelaskan beliau bukan hendak mengecam PAS, tetapi sedar rakyat amat tidak puas hati dengan perkara itu.

Dalam kenyataan sama, Najib turut menggesa kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bagi mengekang kluster Meru di Klang, Selangor.

Gesaan itu antara 6 langkah yang beliau cadangkan untuk mengatasi peningkatan kes Covid-19 mutakhir ini.

Antara yang dicadangkan juga, pihak berkuasa melarang pergerakan rentas negeri di Semenanjung bagi semua trafik bukan komersial selama 2 minggu.

“Nasihatkan rakyat tidak pulang ke kampung buat sementara waktu supaya tak berjangkit kepada orang tua,” tambahnya.

Majikan juga digalakkan supaya membenarkan kakitangan bekerja dari rumah, dan begitu juga bagi kakitangan awam dan syarikat berkaitan kerajaan jika tidak perlu berada di pejabat.

“Jika tak mahu tutup sekolah, arahkan semua sekolah untuk beri kelonggaran dan tidak menghukum murid yang tidak hadir sebab ibu bapa bimbang penularan Covid-19.

“Sediakan pelajaran tiap-tiap hari dalam talian atau dihantar melalui WhatsApp kepada ibu bapa jika cikgu boleh.”

Sementara itu, Najib juga menyeru pihak berkuasa tempatan membenarkan premis makanan membuka meja di kaki lima dan luar premis “sebab risiko penularan lebih rendah jika makan di luar”.

Khusus bagi Sabah, Najib mencadangkan moratorium bayaran pinjaman bank dilanjutkan “secara pukal” bagi seluruh negeri itu selagi ia masih bawah PKPD.

Najib juga sempat menyampaikan pesan kepada lawan politiknya, Lim Kit Siang dari DAP.

“Suruh Lim kecam menteri besar Selangor yang mohon maaf sebab langgar kuarantin,” katanya

MR : Najib tak mengulas pasal 'ada number' Anwar, Apa sebenarnya tujuan Najib?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/najib-mahu-menteri-pas-diheret-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Donald Trump Langgar Kuarantin Keluar Hospital Jumpa Penyokong

Donald Trump Langgar Kuarantin Keluar Hospital Jumpa Penyokong

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 205 hits
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah melanggar perintah kuarantin di hospital selepas positif Covid 19 Trump dikatakan keluar dari hospital menaiki kenderaan kalis peluru untuk bertemu penyokongnya Walaupun perjumpaan tersebut berla...
Kpi Menteri Dari Pas Selepas 6 Bulan Memerintah Lekeh

Kpi Menteri Dari Pas Selepas 6 Bulan Memerintah Lekeh

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 224 hits
JOM KITA NILAI MENTERI MENTERI PAS YANG ADA DALAM KABINET TEBUK ATAP BOB KELANANG Kegagalan Pemerintahan Kerajaan PN Oleh Menteri PAS 1 Duta Khas Perdana Menteri ke Negara Timur Tengah Asia Barat i Sehingga kini GAGAL menjalankan tanggungja...
Muhyiddin Tak Langgar Arahan Kkm Pmo

Muhyiddin Tak Langgar Arahan Kkm Pmo

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 147 hits
PM tidak dikehendaki pakai gelang pengawasan kuarantin kendiri di rumah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin BANGI Pejabat Perdana Menteri hari ini menolak dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin melanggar arahan Kementerian Kesihatan Malaysia...
Takiyuddin 18 Orang Ahli Parlimen Pas Kekal Menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

Takiyuddin 18 Orang Ahli Parlimen Pas Kekal Menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR PAS menegaskan bahawa semua 18 Ahli parlimennya menyokong penuh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang menerajui kerajaan Perikatan Nasional Setiausaha Agung parti itu Datuk Takiyuddin Hassan berkata P...
Menteri Kabinet Sangkal Dakwaan Anwar Dapat Sokongan Bentuk Kerajaan Baharu

Menteri Kabinet Sangkal Dakwaan Anwar Dapat Sokongan Bentuk Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR Beberapa menteri kabinet memanfaatkan media sosial masing masing untuk menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau mendapat sokongan kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan persekutuan yang b...
Tiga Pemimpin Pas Yang Dilebelkan Sebagai Geng Publika Oleh Orang Kanan Najib

Tiga Pemimpin Pas Yang Dilebelkan Sebagai Geng Publika Oleh Orang Kanan Najib

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 1433 hits
Pas kini dikuasai Geng Publika dakwa orang kanan NajibUmno mendakwa Pas kini dikuasai oleh tiga pemimpin parti itu yang dinamakan sebagai Geng Publika yang sentiasa bermesyuarat dengan Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung Bersatu...
Khairuddin Nasihat Orang Ramai Patuh Arahan Kuarantin Diri Eeeewwwww Orang Macam Ni Tak Ada Malu Kah

Khairuddin Nasihat Orang Ramai Patuh Arahan Kuarantin Diri Eeeewwwww Orang Macam Ni Tak Ada Malu Kah

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 256 hits
October 9 2020 Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengingatkan orang ramai untuk mematuhi arahan kuarantin diri yang ditetapkan kerajaan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata arahan kuarantin sa...
Covid 19 Bukan Bahan Murahan Politik Arahan Kuarantin Perlu Dipatuhi Khairuddin Memberi Nasihat Kepada Netizen

Covid 19 Bukan Bahan Murahan Politik Arahan Kuarantin Perlu Dipatuhi Khairuddin Memberi Nasihat Kepada Netizen

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 322 hits
The ReporterBaru baru ini bekas perdana menteri Najib Razak menggesa kerajaan segera mendakwa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali di mahkamah kerana melanggar perintah kuarantin wajib Umum tahu i...
Dakwaan Anwar Akan Gugurkan Dakwaan Terhadap Najib Zahid Tidak Masuk Akal

Dakwaan Anwar Akan Gugurkan Dakwaan Terhadap Najib Zahid Tidak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 343 hits
Tetapi menurut Kadir beliau ada juga kebimbangan manalah tahu benda tak masuk akal boleh berlaku demi kerana kuasa Bekas Penasihat Media kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat dakwaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal