Kpi Ikut Giliran Itu Najis Lembu
Kenapa harus diberi markah tinggi ikut giliran?Alkisahnya adalah bos kepada ahli keluarga Tedi yang kononnya akan memberi markah tinggi dalam KPI kepada anak buahnya mengikut giliran.Ini bermakna setiap anak buahnya kan dapat markah tinggi pada suatu masa.KPI adalah "key performance index" atau selalu disebut Pak Najib sebagai Indeks Keberhasilan Utama, satu piawaian untuk menyukat prestasi pekerja, jabatan, atau syarikat.Bagi Tedi, sistem giliran itu adalah amat mengarut! Ia kan menyebabkan mereka yang tidak berprestasi tinggi mendapat laba yang tak sepatutnya, dan mungkin juga mereka takkan berusaha untuk berprestasi tinggi. Lebih-lebih lagi buat mereka yang menjadi kesayangan bos, walaupun ada staff lain yang lebih berprestasi, mereka kan lebih diutamakan.Tambahan pula apabila janji lisan diberikan, "setiap pekerja akan berpeluang mendapat giliran memperolehi markah tinggi", tiada siapa akan dapat menyukat ketepatan kata-kata itu.Lagi sakit hati apabila pekerja yang selama ini bertungkus-lumus, menjadi tempat rujukan, dan selalu menjadi kambing hitam, tetiba markahnya lebih rendah daripada staf yang kurang berprestasi.Maka tiada gunalah adanya KPI!
Kadangkala ia sesuai juga.Tapi bagi Tedi, ia sesuai apabila majikan itu punyai staff yang hampir sama hebat, maka dia terpaksa menggilirkan mungkin kerana polisi syarikat,Tentunya adalah lebih baik jika dia mampu mempertahankan anak buahnya, dan menuntut apa yang patut anak buahnya terima.Apa-apa pun semuanya ketentuan Allah SWT.Boleh sahaja tidak berpuas hati, boleh sahaja bertekak mempertahankan hak, tapi janganlah marah sangat dengan bos tapi cuma kutuk belakang.Sama-sama rugi nanti jadinya.Kadangkala kita kena berserah kepada Allah SWT kerana Dia yang menentukan rezeki kita semua. Apabila berserah kita akan lebih redha.Kalau kita fikirkan kezaliman dan kelemahan manusia, tentunya kita takkan mampu bernafas di muka bumi ini.Tapi jika kita fikirkan Keagungan, Kebijaksanaan, dan Keadilan Allah SWT, tentunya kita akan lebih berlapang dada.Wallahu'alam.
Quran rawak hari ini.Surah an-Najm (42&43)
Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara); (42) Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis; (43) 20160226
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2016/02/kpi-ikut-giliran-itu-najis-lembu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29