Kpdnhep Pahang Terus Pantau Pasar Raya Pusat Beli Belah



KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan pemantauan secara berterusan di pasar raya dan pusat membeli-belah bagi mengelak berlakunya sebarang penipuan jualan murah di negeri ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Mohd Suffian Mohd Abass berkata, ini juga dapat memastikan tiada kenaikan harga melampau dikenakan peniaga walaupun pada dasarnya menawarkan harga murah.

"Memang normal bila datang perayaan, peniaga-peniaga akan membuat jualan pula sebagai daya tarikan untuk pengunjung membeli barang mereka.

"Kita akan buat pemantauan untuk pastikan jualan murah memang patuh peraturan perintah perihal dagangan harga jualan murah," katanya kepada media selepas melakukan pemeriksaan di Bazar Ramadan Mahkota Square, semalam.

Dalam pada itu, Mohd Suffian mengingatkan peniaga yang ingin membuat jualan murah perlu mendapatkan kebenaran daripada KPDNHEP terlebih dahulu.



Menurutnya, mereka menjalankan pemeriksaan berkaitan pematuhan kepada peraturan-peraturan jualan murah bagi memastikan hak penggunaan terpelihara daripada sebarang penipuan.

"Perlu dapat kebenaran supaya mudah untuk kita buat harga perbandingan yang dijual sebelum dan selepas promosi jualan murah dilakukan.

"Dan peniaga yang melaksanakan jualan murah minimum pengurangan tidak boleh kurang 10 peratus daripada harga asal.

"Kita yakin jualan murah dapat membantu meringankan beban pengguna di negeri ini, namun kita berharap agar mereka (peniaga) tidak menipu dalam penjualan murah atau tidak tindakan tegas akan dikenakan," katanya.



Tambahnya, pihak yang terlibat melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997.

Sementara itu, Mohd Suffian berkata, pengguna juga perlu bijak berbelanja dan memeriksa harga yang terdapat pada barangan yang dibeli.

"Ini perlu memandangkan pilihan di tangan pengguna dan mereka perlu buat pilihan yang tepat dan tidak mudah terpedaya dengan jualan murah. Jika terdapat sebarang aduan boleh salurkan terus kepada kami untuk tindakan lanjut," katanya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/05/kpdnhep-pahang-terus-pantau-pasar-raya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tip Beli Baju Raya Anak Anak Barulah Nampak Glamour Di Hari Raya

Tip Beli Baju Raya Anak Anak Barulah Nampak Glamour Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 316 hits
Kredit Shutterstock Bila tiba hari raya sudah tentu anak anaklah yang paling teruja Bukan je dapat bermain dengan sepupu sepapat dapat pula duit raya dan yang paling seronok dapat bergaya dengan baju baru Dan sebagai ibu bapa sudah tentu ki...
Cara Beli Pakaian Raya Berjenama Dan Jimat Ratusan Ringgit

Cara Beli Pakaian Raya Berjenama Dan Jimat Ratusan Ringgit

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 756 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Selain Bulan Beribadah bulan Ramadhan juga dikenali sebagai bulan membeli belah Lebih lebih lagi bila masuk pertengahan bulan Ramadhan Masa ni lah masing masing dah sibuk rambang mata nak beli baju raya I...
Kerajaan Negeri Pahang Umum Bonus Raya Sebanyak Rm600

Kerajaan Negeri Pahang Umum Bonus Raya Sebanyak Rm600

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 530 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang hari ini mengumumkan pemberian bonus raya sebanyak RM600 kepada penjawat awam negeri Gred 54 dan ke bawah Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Pejabat Kewangan Negeri kini sedang memproses pem...
Terus Dekati Peminat Felda United Terlibat Dengan Festival Gegar Gempak Raya 2019

Terus Dekati Peminat Felda United Terlibat Dengan Festival Gegar Gempak Raya 2019

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 287 hits
Selepas menjalinkan hubungan dengan Universiti Malaya dalam menganjurkan FUFC UMazing Run 2019 pada penghujung April lalu Felda United terus mengambil pendekatan dekat di hati peminat apabila terlibat pula dengan Festival Gegar Gempak Raya ...
Membeli Belah Pakaian Raya Dengan Isteri

Membeli Belah Pakaian Raya Dengan Isteri

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 669 hits
Lebih baik dduk luar kedai jadi tiang menunggu dr ikut dia shopping Percayalah Tiap2 kali shopping saya akan masuk dlm kedai sekali dgn wife belek2 baju tudung jubah dan apa saja yg dia nak utk pakai raya Ayg warna ni lawa nmpk lembut ja Ra...
Terbaru Terdapat Bilik Solat Dibuka Di Ginza Daerah Beli Belah Tokyo

Terbaru Terdapat Bilik Solat Dibuka Di Ginza Daerah Beli Belah Tokyo

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 661 hits
Kami suka bagaimana Jepun menjadi negara yang mesra Islam sejak tahun tahun kebelakangan ini Dari sebuah masjid bergerak untuk menampung pelancong Muslim untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 untuk melakukan solat di Tokyo dan banyak lagi peluang ...
Kali Ni Tak Dapat Normal Sebab Masa Doktor Belah Perut Sarima Dah Terbelit Tali Pusat

Kali Ni Tak Dapat Normal Sebab Masa Doktor Belah Perut Sarima Dah Terbelit Tali Pusat

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 511 hits
Pelakon dan isteri aktor Shaheizy Sam Syatilla Melvin berkongsi pengalaman melahirkan anak keduanya Sarima pada 17 April lalu Syatilla atau lebih mesra dipnaggil Tilla menyatakan sebenarnya untuk kelahiran kedua ini dia memang hasrat untuk ...
Magika Raya 2019 Fashion Show Pertama Byhisdaisy Bermatlamatkan Untuk Makes Kebaya Great Again

Magika Raya 2019 Fashion Show Pertama Byhisdaisy Bermatlamatkan Untuk Makes Kebaya Great Again

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 1011 hits
Zaman kegemilangan kebaya dah lama lepas Kalau boleh kita nak la Makes Kebaya Great Again Macam yang kita biasa tengok dalam filem melayu lama lama tuuuu Cantik cantik je kan diorang berkebaya badan ramping bebenor Tapi disebabkan peredaran...
Nak Baju Raya Meletop Dan Ikut Trend Ini Lokasinya Siap Boleh Ootd Lagi

Nak Baju Raya Meletop Dan Ikut Trend Ini Lokasinya Siap Boleh Ootd Lagi

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 492 hits
Dalam kesibukan anda menyediakan persiapan untuk menyambut Ramadan pastinya ramai yang tidak ketinggalan untuk membuat persiapan menjelang Syawal nanti Sudah pastinya persiapan The post appeared first on
The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant

Cara Cuci Kerang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan