Kpdn Bantu Rakyat Beli Barang Murah Di Musim Tengkujuh




Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melakukan usaha untuk mengurangkan masalah rakyat mendapatkan bekalan makanan murah menghadapi musim tengkujuh monsun timur laut pada tahun ini.
Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh, program di negeri negeri terjejas dengan musim tengkujuh tersebut disertai oleh pasar raya besar bagi menyediakan barangan keperluan mencukupi.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Jualan RAHMAH Negeri Pahang Tahun 2023 pada Sabtu.
“Program yang diadakan di Dataran Sayangi Kuantan ini dibuat dengan kerjasama strategik bersama Pasar Raya AEON Big Kuantan, Pasar Raya Jaya Gading, FAMA Pahang dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang, yang menawarkan sehingga 60 item barang keperluan harian yang terdiri daripada barangan kering dan basah yang ditawarkan dengan harga 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.
“Program berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Disember 2023 dan dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih lima ribu pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Fuziah, pada program jualan itu, harga ayam standard dengan anggaran berat 1.7 kilogram dijual pada RM10 seekor dan telur ayam gred B pula dijual pada harga RM10 sepapan berbanding harga siling RM12.90 sepapan
Katanya, antara barang-barang lain yang dijual dan ditawarkan adalah seperti telur ayam, minyak masak 2 kg dan 5 kg, tepung gandum, biskut, milo, bawang besar, susu pekat, bihun, maggi, sardin, kicap manis, cecair pencuci pinggan, sabun basuh baju, sos cili dan tomato, sayur-sayuran, ikan, buah-buahan dan lain-lain barangan keperluan asas.
“Sehingga 2 Disember 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang telah melaksanakan Program Jualan RAHMAH di sebanyak 376 lokasi di seluruh 14 parlimen dan 42 DUN di Negeri Pahang. Pecahan mengikut model iaitu di dalam premis sebanyak 190 lokasi, di luar premis sebanyak 30 lokasi dan secara bergerak sebanyak 156 lokasi,” kata Fuziah lagi.
Selain daripada itu, beliau turut mengadakan lawatan kerja ke syarikat pemborong Golden HP Agency di Bandar Indera Mahkota.
Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat kesiap siagaan syarikat Pemborong yang merupakan Pemegang Stok Mini Terpilih yang telah dilantik oleh KPDN bagi memastikan bekalan barang kawalan dan barangan keperluan pengguna mencukupi dalam menghadapi musim tengkujuh.
Syarikat pemborong terpilih telah diberi kebenaran untuk menambah had simpanan barang kawalan sebanyak lebih 30% dari had simpanan sedia ada yang dibenarkan di dalam lesen CSA sehingga berakhirnya musim tengkujuh.
Untuk rekod, Negeri Pahang telah melantik sebanyak 99 Pemegang Stok Mini Terpilih dari kalangan pemborong dan peruncit. KPDN Pahang juga telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kecil Bekalan dan Pusat Pemindahan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu menguruskan bekalan barang kawalan dan keperluan asas dalam menghadapi musim tengkujuh.
The post KPDN bantu rakyat beli barang murah di musim tengkujuh first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36892?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kpdn-bantu-rakyat-beli-barang-murah-di-musim-tengkujuh

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sangkut Barang Dapur Beli Kat Tik Tok

Sangkut Barang Dapur Beli Kat Tik Tok

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 249 hits
Tersangkut barang dapur pula dah sis ni Tak boleh lah kat Tik Tok Mesti ada sangkut Kali ni periuk apple kuali comel tu Periuk apple ni pernah ternampak lalu lalang kat fyp tik tok sis tapi tak beli sampai lah masa family day bulan 11 yang ...
Beli Barang Dapat Tunai

Beli Barang Dapat Tunai

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 159 hits
Beli Barang Dapat Tunai Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Madani Malaysia Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Segala pujian hanya Allah dan sebelum memulakan bicara artikel yang lebih panjang marilah ...
Beli Blouse Muslimah Ironless Murah

Beli Blouse Muslimah Ironless Murah

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 201 hits
Assalamualaikum Perkongsian kali ini adalah khusus untuk kaum sejenis Diah iaitu kaum perempuan Lebih tepat lagi untuk kakak adik makcik yang mencari blouse muslimah ironless yang murah Lelaki nak teruskan membaca boleh juga tiada masalah B...
Berang Tak Diberi Wang Beli Ayam Goreng Lelaki Tergamak Tikam Isteri Guna Gunting

Berang Tak Diberi Wang Beli Ayam Goreng Lelaki Tergamak Tikam Isteri Guna Gunting

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 191 hits
WAN SITI AMINAHSiapa sangka seorang lelaki tergamak menikam isterinya dengan gunting sehingga maut hanya kerana wanita itu enggan memberikan wang Dalam kejadian mengerikan tersebut leher wanita berusia 46 tahun itu telah ditikam dengan meng...
Influencer Dituduh Beli Mercedes Cash Pakai Duit Reviu Judi Online Saya Mengaku Ada Buat Tapi

Influencer Dituduh Beli Mercedes Cash Pakai Duit Reviu Judi Online Saya Mengaku Ada Buat Tapi

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 250 hits
Seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Nurinlofa baru baru ii menjadi tumpuan warga maya gara gara perkongsiannya membeli kereta mewah Mercedes di usia belasan tahun Meskipun ramai yang memuji pencapaian anak gadis itu namun...
Capai Nilai Pasaran Rm2 67 Bilion Kempen Beli Barangan Malaysia Diteruskan

Capai Nilai Pasaran Rm2 67 Bilion Kempen Beli Barangan Malaysia Diteruskan

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 204 hits
Kempen Beli Barangan Malaysia telah berjaya memasarkan lebih RM2 bilion nilai barangan buatan negara ini keluar negara Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Fuziah Salleh kempen beli barangan buatan Malays...
Tak Perlu Membazir Beli Suplemen Pakar Kongsikan Aktiviti Kuatkan Sistem Imun Anak

Tak Perlu Membazir Beli Suplemen Pakar Kongsikan Aktiviti Kuatkan Sistem Imun Anak

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 186 hits
Terlampau asyik dengan gajet membuatkan anak tidak mahu melakukan sebarang aktiviti luar rumah Sudahnya imun tubuh anak jadi lemah selalu sakit sakit Dalam mendidik anak ada masa ibu bapa perlu menjadi lebih tegas dalam segala hal Tegas unt...
Pertama Kali Beli Emas Online Habib Arabesque Gold Wafer Coin

Pertama Kali Beli Emas Online Habib Arabesque Gold Wafer Coin

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 285 hits
AssalamualaikumBismillahSetiap kali dapat gaji blog aku suka shopping di Shopee Setakat ini aku banyak beli barang di shopee sahaja Kalau di TikTok Shop pula aku pernah beli Sambal Nyet Khairul Aming yang viral tu saja Lepas tu aku tak pern...
Gibran Bagi Bagi Susu Di Penjaringan Jakut Dan Keliling Pasar Beli Pisang

Gibran Bagi Bagi Susu Di Penjaringan Jakut Dan Keliling Pasar Beli Pisang

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 149 hits
Tidak ketinggalan anak anak kecil di sekitar juga terlihat antusias bertemu calon presiden nomor urut 2 itu
Transforming Malaysia S Healthcare Financing System

Twinboss The Story Of Irwann Cheng S Twin Engine Yamaha Rxz

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2024 Tarikh Senarai Aktiviti

Legoland Nagoya Travel Guide

Happy168 Happy168 Asia 29 2567 Happy168 168 Top 35 By Princess

Hyatt Alila Bangsar Kuala Lumpur Best Hotel Ever

Linkin Park The Emptiness Machine Chord

My Experience With Fue Hair Transplant At Peters Radiant Clinic In Malaysia


echo '';
Hamba Laut Masalah Perhambaan Asia Tenggara Yang Meruncing

Biodata Bella Khan Bella Khann Personaliti TikTok Founder Produk Vigorous Hair Tonic

Bagaimana Perkongsian Ilmiah Media Sosial Buatkan Kita Semakin Kurang Cerdik

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Pinjaman Syurga Slot Akasia TV3

Kini Kembali Ini Butiran Info Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengapa Hadi Tidak Bekerjasama Dengan Anwar

Lunch Spicy Buttermilk Chicken Rice Di Bite N Sip Alor Setar

Sedapnya Makan Pizza Wagyu By Chef Jofliam

Budoxe The Dark Knight

Kedah Air Melimpah Di Kedah Empat Kampung Dilanda Banjir Kilat

Budak Didakwa Bawa Ipad Pada 1941