Kos Rawatan Pesakit Covid Di Hospital Swasta Berpuluh Ribu Ringgit



Pengumuman kerajaan darurat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa RM100 juta diperuntukkan kepada hospital swasta merawat untuk pesakit Covid 19 menjadi tanda tanya kepada rakyat kerana undang-undang darurat membenarkan kerajaan mengambilalih hospital swasta bagi keperluan kecemasan.
Menurut Bendahari Agung KEADILAN, kenyataan terbaharu kerajaan itu mungkin mengejutkan sesetengah pihak kerana kos merawat pesakit dibayangkan amat tinggi berdasarkan ruang rawatan hospital swasta yang diperuntukan untuk pesakit Covid hanya 1,286 katil.
“Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Noor Hisham mengumumkan bahawa sebanyak 1,286 katil telah dikenalpasti oleh hospital-hospital swasta merawat pesakit Covid-19.
“Andaikan RM100 juta hanya diperuntukkan untuk penambahan muatan, kos untuk persiapkan setiap katil adalah setinggi RM77,000.
“Sebenarnya kos ini tidak mengejutkan jika pengiraan dibuat mengikut harga pasaran hospital swasta. Selain itu, walaupun pesakit diizinkan menggunakan kad perubatan sendiri, akhirnya bayaran premium insuran dan pengurangan had rawatan tetap ditanggung oleh rakyat sendiri.
“Saya menggesa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya jangan mengadakan rundingan tersebut secara sulit dan tertutup, sebaliknya perlu memaklumkan perkembangan terkini kepada rakyat dalam masa terdekat.
“Kerajaan perlu menggemblingkan sumber daripada pihak swasta untuk menangani Covid-19. Akan tetapi, sekiranya proses rundingan tidak dibuat secara telus dengan rancangan yang tersusun, masalah kekurangan katil dan peralatan bukan sahaja tidak dapat diatasi, malah dana tersebut mungkin akan diperah oleh pihak tertentu dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun menurut ADUN Semambu itu lagi, masalah utama yang perlu diselesaikan dalam pengendalian pesakit Covid adalah diskriminasi rawatan apabila sistem kesihatan awam dan swasta digabungkan.
Katanya, siapa yang akan memutuskan bagaimana pesakit harus diwadkan? Adakah hospital swasta boleh mengutamakan pesakit yang kaya, ataupun mereka yang memiliki kad perubatan?
“Kita sedia maklum bahawa tiada sesiapa pun yang ingin dijangkiti Covid-19. Percantuman dwi-sistem kesihatan ini berkemungkinan besar akan meningkatkan risiko diskriminasi rawatan, dan kemudian membawa kepada ketidakadilan sosial,” katanya.
Oleh yang demikian, beliau mencadangkan pendekatan yang lebih praktikal dengan mencegah individu yang berpotensi dijangkiti Covid daripada menjadi kritikal dan memerlukan bantuan perubatan di hospital.
Kata Chean Chung, sekiranya individdu berpotensi dikuarantin dengan betul maka berkemungkinan besar mereka tidak perlu dirujuk ke hospital.
“Daripada menghabiskan masa dalam pusingan rundingan pihak mana yang patut membayar, Kerajaan PN sewajarnya memberi fokus kepada penambahan kapasiti kemudahan kuarantin berpusat seperti Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) untuk pesakit yang tidak serius ataupun tidak bersintom. Saya berpendapat pendekatan ini adalah jauh lebih berkesan.
“Tambahan, pihak berkenaan harus menumpukan usaha dalam pencegahan, misalannya meningkatkan keupayaan pengesanan kontak, kuarantin, pengasingan, dan ujian saringan.
“Jelas keupayaan kita dilihat ketinggalan dan merosot. Peruntukan RM100 juta kepada hospital swasta dilihat megah jika dinilai secara kasar, tetapi kesan negatif sampingan mungkin melebihi apa yang harap dicapai,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31352

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hospital Swasta Setuju Rawat Pesakit Covid 19

Hospital Swasta Setuju Rawat Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 221 hits
Persatuan Hospital Swasta Malaysia telah bersetuju secara dasar untuk merawat pesakit Covid 19 di kemudahan mereka kata Timbalan Menteri Kesihatan I Noor Azmi Ghazali Menyedari kemudahan kesihatan awam di tahap genting susulan gelombang ket...
Pesakit Covid 19 Boleh Seluk Saku Sendiri Untuk Rawatan Swasta

Pesakit Covid 19 Boleh Seluk Saku Sendiri Untuk Rawatan Swasta

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 231 hits
MalaysiaGazette Gambar hiaan KUALA LUMPUR Persatuan Hospital Swasta Malaysia mengesahkan pesakit yang disahkan positif Covid 19 boleh mendapat rawatan di hospital swasta tetapi perlu menyeluk saku sendiri Presidennya Datuk Dr Kuljit Singh b...
Kencing Berak Semua Atas Katil Bekas Pesakit Covid 19 Stage 5 Cerita Pengalaman Beliau Di Hospital

Kencing Berak Semua Atas Katil Bekas Pesakit Covid 19 Stage 5 Cerita Pengalaman Beliau Di Hospital

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 292 hits
Tidak dinafikan jumlah peningkatan kes positif Covid 19 di negara kita semakin meningkat dan ianya membuatkan ramai bimbang dijangkiti virus tersebut Seorang pengguna Facebook iaitu berkongsikan pengalamannya sendiri ketika diserang virus C...
Pesakit Covid 19 Meninggal Dunia Dalam Teksi Ekoran Hospital Penuh

Pesakit Covid 19 Meninggal Dunia Dalam Teksi Ekoran Hospital Penuh

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 355 hits
Umum tahu pandemik Covid 19 masih belum berakhir dan baru baru ini kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 secara bersasar di beberapa negeri yang mencatatkan kes positif tinggi
Hospital Di Kelantan Hampir Penuh Pesakit Covid 19 Diawasi Di Rumah

Hospital Di Kelantan Hampir Penuh Pesakit Covid 19 Diawasi Di Rumah

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 222 hits
Kelantan melaksanakan pengawasan dan pemerhatian di rumah bagi individu yang disahkan positif Covid 19 tidak bergejala bermula minggu ini Exco Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin berkata keputusan itu diambil sel...
Sudah Isytihar Darurat Mengapa Kerajaan Hospital Masih Berunding Harga Rawatan Covid 19

Sudah Isytihar Darurat Mengapa Kerajaan Hospital Masih Berunding Harga Rawatan Covid 19

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 210 hits
Walaupun darurat sudah diisytiharkan kata PKR kerajaan Perikatan Nasional dilihat masih gagal menguruskan isu pembabitan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta untuk membantu rakyat Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung berkata dalam keadaan ...
Hospital Swasta Main Tarik Tali Isu Covid 19 Kerajaan Perlu Tegas

Hospital Swasta Main Tarik Tali Isu Covid 19 Kerajaan Perlu Tegas

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 254 hits
Hanya beri pelbagai alasan demi selamatkan taikun besar labur wang BANGI Kerajaan digesa bersikap tegas terhadap pihak hospital swasta untuk bersama sama membantu menguruskan pandemik COVID 19 di Malaysia Ini kerana pihak hospital swasta di...
Hospital Swasta Persiap Katil Untuk Kes Covid 19

Hospital Swasta Persiap Katil Untuk Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 162 hits
PETALING JAYA Hospital swasta kini membuat persiapan sekiranya mereka diarah menerima pesakit Covid 19 berikutan peningkatan besar kes sejak kebelakangan ini yang semakin membebankan hospital awam Surat kepada ahli Persatuan Hospital Swasta...
Awani Ringkas Rawatan Covid 19 Di Fasiliti Swasta Sop Tempat Kerja Perlu Diselaraskan

Awani Ringkas Rawatan Covid 19 Di Fasiliti Swasta Sop Tempat Kerja Perlu Diselaraskan

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 283 hits
Rawatan COVID 19 di fasiliti swasta SOP tempat kerja perlu diselaraskan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever