Kos Haji Bantuan Kewangan Th 2023 Untuk B40 M40 Dan T20


Tarikh Surat Tawaran Haji & Kos Bayaran Haji Setiap Jemaah Bagi Musim Haji 1444H / 2023 M
Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah haji akan dikeluarkan bermula pada hari Rabu, 22 Mac 2023 secara berperingkat dan bakal haji terpilih boleh menyemak tawaran haji melalui aplikasi THiJARI.
Kos Bayaran Haji telah diumumkan oleh Tabung Haji pada 20 Mac 2023 dan bantuan Kewangan Haji bagi tahun 1444H / 2023 ini diberikan secara bersasar mengikut kategori B40, dan M40.
Kos Haji bagi seorang jemaah Muassasah dianggarkan meningkat kepada RM30,850 pada tahun ini berbanding RM28,632 pada tahun lepas.
Berikut dikongsikan kos haji dan cara membuat rayuan bagi yang layak.
Kos Bayaran Haji & Bantuan Kewangan Haji TH 2023 BAYARAN / KOS HAJI BAGI TAHUN 1444H / 2023 M
Bayaran Haji bagi musim haji 1444H / 2023 M adalah:
RM30,850 BANTUAN KEWANGAN HAJI BERSASAR
Bantuan Kewangan Haji bersasar telah dilaksanakan oleh TH tahun ini bagi mengurangkan beban kewangan TH agar dapat mencapai matlamat utamanya menyediakan kemudahan bagi umat Islam di negara ini menyimpan wang untuk tujuan mengerjakan ibadah haji di samping menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan demi kebajikan jemaah haji Malaysia.
Walaupun terdapat kenaikan Bayaran Haji itu, kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) sejumlah RM19,870 seorang atau 64 peratus daripada Kos Haji manakala kumpulan M40 akan menerima bantuan sejumlah RM14,870 seorang atau 48 peratus daripada Kos Haji.
Berbeza dengan tahun sebelumnya, bantuan kewangan tahun ini diberikan secara bersasar, iaitu:
i) BANTUAN KEWANGAN HAJI UNTUK B40
Pada musim haji tahun ini, kadar Bayaran Haji untuk jemaah haji Muassasah dalam kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji ditetapkan pada RM11,980 seorang, meningkat sebanyak RM1,000 berbanding tahun lepas.
Walaupun ada peningkatan RM1,000 namun Kerajaan Malaysia akan menanggung kenaikan tersebut dan Bakal Haji kumpulan B40 hanya perlu membayar RM10,980 seorang, sama dengan kadar tahun lalu.
ii) BANTUAN KEWANGAN HAJI UNTUK M40
Bagi seorang jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan haji dan dalam kumpulan M40, Bayaran Haji meningkat sebanyak RM3,000 kepada RM15,980 seorang.
iii) TIADA BANTUAN KEWANGAN HAJI UNTUK T20 & RAYUAN LUAR GILIRAN
Manakala bayaran penuh Kos Haji iaitu RM30,850 seorang ditetapkan bagi kumpulan T20.
Mereka yang merayu luar giliran untuk menunaikan haji secara Muassasah juga perlu membayar penuh Kos Haji sebanyak RM30,850 seorang, melainkan rayuan sebagai mahram kepada jemaah atau rayuan sebagai pembantu kepada jemaah lanjut usia yang telah terpilih menunaikan haji.
Sebagai perbandingan, berikut dikongsikan kos bayaran haji bagi tahun 2022 yang dilaksanakan oleh Tabung Haji pada tahun 2022 di bawah.
Kos Bayaran Haji TH 2022 Kos Bayaran Haji Setiap Jemaah Bagi Musim Haji 1443H/2022M
RM10,980 bagi jemaah haji kumpulan B40 RM12,980 bagi jemaah haji kumpulan bukan B40 Apakah Kos Haji?
Apakah pula Bayaran Haji?
Jom fahami kedua-dua perkara tersebut melalui info tahun 2022 yang dikongsikan oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia.
Kos haji adalah kos langsung yang dibayar bagi mendapatkan perkhidmatan untuk menunaikan ibadat haji seperti kos penerbangan dan penginapan yang merangkumi kira-kira 70 peratus daripada kos keseluruhan. Kos-kos lain antaranya termasuk sajian makanan, pengangkutan bas, khemah di Arafah dan Mina serta perkhidmatan Mutawif selama 40-45 hari. Hampir kesemua perkhidmatan ini disediakan di Arab Saudi dan terkesan dengan kenaikan Cukai Tambah Nilai (Value Addex Tax) dan kadar inflasi di sana.
Selain dari kos-kos langsung, TH turut menanggung sepenuhnya kos tidak langsung yang meliputi kursus-kursus persediaan haji, penerbitan buku panduan, perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan petugas-petugas haji.

Apakah Kos Haji? Kos haji merujuk kepada semua bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan untuk seseorang itu ke Tanah Suci bagi menunaikan haji.
Kos langsung Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Mekah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi. 
Bayaran haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun.
Kos Bayaran Haji Jemaah TH 2019 Sebagai panduan, Bayaran Haji bagi Musim Haji 1440H / 2019M untuk jemaah haji Muassasah adalah seperti berikut:
Kategori (Muassasah)Kos HajiBayaran Kos Haji oleh THBayaran Haji Oleh
JemaahWarganegara kali pertama menunaikan hajiRM 22,900RM 12,920RM 9,980Warganegara telah tunai hajiRM 22,900TiadaRM 22,900 TH masih terus menanggung bayaran tidak langsung bagi Jemaah Haji Malaysia secara percuma seperti:
Penerbitan buku dan risalah panduan haji, Kursus-kursus haji, Petugas haji kebajikan dan perubatan, Kos berkaitan operasi haji di tanah air; Perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia; dan Ubat-ubatan. Data & Statistik Kos Haji 2022 / Terkini Oleh Lembaga Tabung Haji
TahunKos Sebenar
(RM)Bayaran Haji
Per Jemaah
(RM)Tanggungan Bantuan Bayaran Haji (HAFIS)
TH Perjemaah
(RM)Jumlah Keseluruhan
Bantuan Bayaran Haji (HAFIS) TH
(RM)2021M / 1442HHaji Ditangguhkan2020M / 1441HHaji Ditangguhkan2019M / 1440H22,9009,98012,920298 Juta2018M / 1439H22,4509,98012,470313  Juta2017M / 1438H19,5509,9809,570298 Juta2016M / 1437H18,8909,9808,910160 Juta2015M / 1436H17,2709,9807,290135 Juta2014M / 1435H16,1559,9806,175106 Juta2013M / 1434H15,5559,9805,57593 Juta Sumber: Lembaga Tabung Haji
Baca juga: Rayuan Haji TH 2023 : Cara Permohonan Online & Soalan Lazim
Tarikh Surat Tawaran Haji 2023 / Rayuan Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji bagi tahun 2023 secara berperingkat mulai Rabu, 22 Mac 2023.
TH akan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada tahun 2020, diikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada tahun 2021 dan seterusnya tahun 2022 dan 2023.
Ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.
Pengeluaran KWSP Untuk Tujuan Haji Untuk makluman, bakal haji yang telah terpilih pada tahun semasa adalah layak membuat pengeluaran wang di KWSP.
Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).
Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Ahli KWSP Mengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP Mengemukakan Penyata Simpanan TH ke pejabat KWSP Berumur kurang 55 tahun Maklumat Lanjut Untuk maklumat terkini dan perincian lebih lanjut tentang kos haji yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH), sila rujuk pautan di laman web berikut:
https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/kos-haji-dan-bayaran


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kos-haji-2023/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kos-haji-2023

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayaran Kos Haji Subsidi Mengikut Kumpulan T20 No Subsidi

Bayaran Kos Haji Subsidi Mengikut Kumpulan T20 No Subsidi

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 230 hits
Sebelah kiri korang itu subsidi lama Sebelah kiri korang subsidi baru Untuk yang baru bayaran yang dikenakan untuk mereka berpendatan dalam kategori B40 ia masih kekal sama dengan sebelum ini Tetapi untuk golongan berpendapatan dalam katego...
Golongan B40 Paling Tinggi Guna Kad Kredit Untuk Tampung Kewangan

Golongan B40 Paling Tinggi Guna Kad Kredit Untuk Tampung Kewangan

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 168 hits
Laporan Kredit Pengguna CTOS Malaysia bagi 2022 menunjukkan pertambahan positif dalam purata skor CTOS sejak tiga tahun lepas daripada 663 menjadi 678 demikian menurut kenyataan agensi pelaporan kredit CTOS Data Systems Sdn Bhd pada Khamis ...
I Fitri 2023 Bantuan Aidilfitri Rakyat Terengganu Perantau

I Fitri 2023 Bantuan Aidilfitri Rakyat Terengganu Perantau

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 278 hits
BANTUAN I FITRI 2023 KINI DIBUKA UNTUK PERMOHONAN BARU KEMASKINI PENERIMA 2022 i Fitri merupakan bantuan kewangan one off yang akan disalurkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu Bagi tahun 2022...
Bantuan Bmt Dikreditkan Bulan Ini Bagi Fasa 3 Tahun 2023

Bantuan Bmt Dikreditkan Bulan Ini Bagi Fasa 3 Tahun 2023

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 114 hits
Bantuan BMT Dikreditkan Bulan Ini Bagi Fasa 3 Tahun 2023 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya kita masih lagi bernafas dan diberikan nikmat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT...
Senarai Penerima Bantuan Bmt Fasa 3 Bagi Tahun 2023

Senarai Penerima Bantuan Bmt Fasa 3 Bagi Tahun 2023

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 176 hits
Senarai Penerima Bantuan BMT Fasa 3 Bagi Tahun 2023 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya kita masih lagi bernafas dan diberikan nikmat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT Untu...
Cara Mohon Dan Semakan Permohonan Bantuan I Fitri Tahun 2023

Cara Mohon Dan Semakan Permohonan Bantuan I Fitri Tahun 2023

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 262 hits
Cara Mohon Dan Semakan Permohonan Bantuan i Fitri Tahun 2023 Permohonan Dana Hari Raya i Fitri Terengganu 2023 secara online dan semakan kelayakan akan segera dibuka kepada rakyat Negeri Terengganu Darul Iman yang layak menerima bantuan Ini...
Dividen Tabung Haji 2023 Tarikh Bayaran Dividen Th 1994 2022

Dividen Tabung Haji 2023 Tarikh Bayaran Dividen Th 1994 2022

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 441 hits
HIBAH DIVIDEN TABUNG HAJI 2023 AGIHAN KEUNTUNGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 SEJARAH AGIHAN KEUNTUNGAN 1994 2022 Dengan pengumuman Dividen ASB hari ini ramai yang tertanya tanya bilakah pula pengumuman dividen hibah Tabung...
Projek Bantuan Sekolah Berasrama Penuh 2023

Projek Bantuan Sekolah Berasrama Penuh 2023

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 247 hits
Sumbangan Bantuan Sekolah Berasrama Penuh merupakan sebuah program bantuan khusus bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran di SBP seluruh Malaysia Bantuan ini telah mula diperkenalkan pada tahun 2003 yang bertuju...
Covid 19 Pushed M40 T20 Households To Lower Income Group

Covid 19 Pushed M40 T20 Households To Lower Income Group

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 122 hits
PARLIAMENT It is estimated about 20 percent of M40 households have been pushed to the B40 group while 12 8 percent of T20 households have moved down to the M40 group due to Covid 19 This is according to a simulation study undertaken by the ...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally