Kos 2 5juta Adalah Real Kata Bekas Peguam Hadi


Hanipa pernah mewakili Hadi di London bagi menyaman akhbar Daily Mirror dan menang. Ketika itu Hadi diwakili peguam Adam Tudor dalam mahkamah di sana.Turut mengiringi Hadi di London adalah Dr Dzulkefly Ahmad, ketika itu adalah Pengarah Strategi Pas
Oleh MOHAMED HANIPA MAIDINMay 25, 2020 
KOS RM13.3 juta yang perlu dibayar oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada peguamnya dalam kes saman terhadap Editor Sarawak Report adalah ‘real’ dan bukan anggaran semata-mata berdasarkan pengalaman bekas peguam beliau, Mohamed Hanipa Maidin.Dalam tulisannya, Hanipa, bekas Menteri Undang-undang Malaysia itu berkata, kos peguam Carter Rock yang mengendalikan kes ini adalah tinggi di samping kemungkinan pendekatan yang diambil dalam mengendalikan kes ini akan menyebabkan kosnya sangat mahal.Berikut adalah tulisan Hanipa sepenuhnya.Isu kos £2.5juta ( RM 13.3juta ) – Nota YB Sepang1. Saya mendengar “talkshow” antara seorang aktivis di negara ini dengan Editor Sarawak Report ( SR ). Ia berkisar isu saman kes fitnah ( a libel suit) yang difailkan oleh Presiden parti ehem ke atas editor SR itu di mahkamah di London.2. Dari ” talkshow” itu, terpancar info baru yang didedahkan oleh editor SR tersebut tentang isu kos yang Presiden parti ehem @ duta khas PM “Kerajaan Tebuk Atap” kepada peguam beliau sendiri.3 . Sebelum saya ulas tentang isu kos tersebut, izinkan saya membawa anda kepada perspektif sebenar kes ini dari kacamata undang-undang. InsyaAllah saya cuba gunakan bahasa semudah mungkin bagi membantu para pembaca memahami isu ini dengan betul walaupun, maaf kata, ianya tidaklah begitu mudah bagi saya.4. Jujurnya, saya tidak tahu kenapakah parti ehem, melalui Presiden mereka, nak sangat saman editior SR tersebut berkaitan isu tuduhan SR bahawa parti ehem ( bukannya presidennya ) terima wang dari Ummo?5. Saya yakin ramai yang tahu saya pernah menjadi penasihat undang-undang parti ehem sebelum ini dan terlibat secara langsung dalam kes fitnah yang dibawa oleh presiden parti ehem ke atas akhbar Daily Mirror di UK. Ya, Presiden parti ehem guna khidmat firma guaman yang agak mahal di London dan agak cemerlang rekod mereka dalam mengendalikan kes saman fitnah di London dan di luar London. Pada masa itu, peguam firma yang kendalikan kes itu ialah seorang anak muda bernama Adam Tudor (bukan Adam Smith – seperti yang pernah disebut oleh seorang MP parti ehem satu waktu dahulu).6. Dalam kes saman yang difailkan oleh presiden parti ehem ke atas akhbar Daily Mirror di UK sebelum ini, ya, benar, ia dimenangi oleh Presiden parti ehem apabila akhbar Daily Mirror bersetuju selesaikan kes itu di luar mahkamah dengan setuju membayar gantirugi (maaf saya tak akan sebut jumlahnya), mohon maaf dan membuat pernyataan maaf di dalam mahkamah. Ya, saya kebetulan ada di mahkamah di UK masa itu. Ya, saya sahaja yang “liased” secara rasmi dengan peguam Adam Tudor berkenaan kes itu pada masa itu.7. Saya tak pasti adakah “kemenangan” kes saman fitnah ke atas akhbar Daily Mirror telah meyakinkan parti ehem dan presiden mereka untuk saman editor SR-wanita yang saya kagum dengan ketabahan beliau menentang kemungkaran!8. Andaikata andaian saya itu adalah betul- bahawa kemenangan ke atas Daily Mirror itu meyakinkan mereka untuk saman editor SR dan mereka berharap akan dapat capai kemenangan untuk kali kedua- maaf, bagi saya, ia satu KESILAPAN yang besar dan fatal! Mengapa?9. Jawapannya mudah. Kedua-dua kes itu tak sama dari segi faktanya. Kami-para peguam-selalu kata “the facts are poles apart!”.10. Kes saman ke atas akhbar “the Daily Mirror” adalah kes yang jelas dan secara relatif, lebih mudah untuk menang! Semasa berada dalam parti ehem saya “strongly advised” parti ehem untuk saman Daily Mirror dan kena saman di UK. Dan pihak yang hendak menyaman @ Plaintif bagi kes itu mestilah Presiden parti ehem sendiri.11. Akhbar Daily Mirror secara jelas memfitnah Presiden parti ehem bila mereka tuduh beliau adalah pemimpin No .3 Al-Qaedah yang ditahan di Guantanamo Bay. Nama presiden parti ehem disebut secara spesifik dan jika tak silap saya ada foto sekali. Justeru, kes itu, para lawyer kata,”was crystally clear!12. Sedikit asas kes fitnah. Jika nak saman fitnah, antara elemen yang perlu diplidkan dalam saman dan perlu juga dibuktikan adalah kata-kata fitnah itu merujuk kepada orang yang nak menyaman! . Dalam kes saman ke atas Daily Mirror, elemen itu wujud dan mudah untuk dibuktikan!13. Tetapi, kes ke atas editor SR amat berbeza. Seperti kata editor SR tersebut “dakwaan fitnah” ( the allegation of libel) SR tidak pernah sama sekali merujuk kepada Presiden parti ehem. SR hanya sebut nama parti ehem sahaja!14. Pada hemat saya, dalam keadaan sebegitu, saya yakin dari awal, jika kes berakhir hingga ke perbicaraan penuh (a full-fledged trial) , kebarangkalian untuk Presiden parti ehem kalah adalah amat cerah dan amat tinggi.15. Editor SR, bagi saya, betul bila dia kata di UK, parti politik tidak boleh saman kes fitnah. Apa yang saya tahu bapa editor SR adalah mantan seorang hakim!.16. Memandangkan di UK parti politik tidak boleh menyaman kes fitnah dan “dakwaan fitnah” kes tersebut pula hanya melibatkan parti politik dan bukannya presidennya, saman tersebut, bagi saya, akan berhadapan kesukaran yang amat sangat untuk menang dalam isu “locus standi” (a legal standing to sue). Ini, orang law kata, isu “threshold”. Jika isu ini pun dah gagal, yang lain tak perlu cakap lah.17. Habis tu, kenapa dalam keadaan saman itu ada masalah dengan isu locus standi, masih nak saman juga? Maaf, saya kena buat spekulasi di sini, berdasarkan pada pengalaman pernah kendalikan kes saman fitnah. Saya agak-agak peguam Carter Ruck cuba guna teori “a group defamation” -parti ehem dianggap sebagai “a political group” dan presidennya adalah ahli kepada group itu, maka beliau ada locus standi untuk saman. Kes masyhur kes “Le Fanu” (based on my memory)-tuduhan fitnah ke atas factory!18. Jika spekulasi saya itu diandaikan benar, teori itu ada risikonya jika tak berjaya. Jika kes tak dibicara, ia bawa risiko kepada pihak yang menyaman. Bagaimana?19. Begini. Risikonya bila tiba waktu pihak yang saman terima bil guaman dari peguam dia sendiri. Ya, risiko isu kos!Di UK, sistem pengenaan bil guaman mengikut jumlah waktu jam yang digunapakai (spent) oleh peguam. Ia dipangggil “billable hours”. Dan nilainya berbeza antara peguam junior, peguam senior, Queen Counsel, paralegal dsb. Pokoknya, ia mahal. Seandainya peguam pihak yang menyaman memilih untuk “explore” isu “group defamation”, maka, saya yakin banyak waktu telah dihabiskan untuk research, maka bil guaman, secara logik, akan meningkat!20. Sejak dari awal saya telah menulis dan bercakap di public bahawa parti ehem tak akan teruskan saman tersebut. Terbukti betul.21. Walaupun ada pihak tertentu dalam parti ehem yang cuba kelirukan orang ramai kononnya mereka telah menang saman di UK itu, pendedahan terbaru editor SR, orang kata “speaks for itself”. Dalam bahasa kampung, nak kata kamu menang macam mana, bicara pun tidak?22. Bukan sahaja kes tidak pernah dibicarakan, pihak yang saman pun kena bayar pula pada Defendan -editor SR- RM 1.4 juta kerana tarik balik saman! Memang jika kita saman seseorang, lepas itu kita nak tarik balik, kita akan kena bayar kos ke pihak satu lagi melainkan pihak tersebut setuju untuk tidak minta sebarang kos.Bayaran RM1.4 juta itu adalah contoh kos yang kena dibayar bila Presiden parti ehem tarik balik saman ke atas SR dan editornya.23. Dalam “talkshow” itu, editor SR juga dedahkan bahawa peguam beliau “estimated” peguam Presiden parti ehem -Carter Ruck- kenakan bil guaman lebih kurang £2.5juta ( RM13.3 juta) kepada “client” atau anakguamnya -Presiden parti ehem.24. Adakah angka RM13.3 juta itu hanya rekaan semata-mata? Dengan hormat, saya kata ia bukan rekaan. Ia “real”. Mungkin saja kosnya lebih tinggi lagi dari RM13.3 juta. والله اعلم25. Kenapa saya kata jumlah RM13.3 juta yang mungkin Presiden parti ehem kena bayar pada peguam dia sendiri itu bukan rekaan, tapi ianya real?Pertama, semua orang tahu saman kes di London memang telah sedia mahal.Kedua, peguam Carter Ruck terkenal dengan mengenakan kos yang tinggi bagi mendapatkan khidmat mereka kerana firma itu dikatakan peguam terbaik bagi kes fitnah bukan sahaja di UK tapi juga di Eropah.Ketiga, kes ini tidak dibicarakan dan Presiden parti ehem juga tidak menang. Maknanya, tak dapat sebarang gantirugi wang dari editor SR, so kos tak boleh nak tolak dari situ.Keempat, jika spekulasi saya betul tentang teori “group defamation” yang mungkin peguam presiden parti ehem cuba kemukakan, ia ada kesan yang besar pada isu kos tersebut juga.والله اعلمYB Sepang.
24/5/2020
I Syawal 1441-1442




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/kos-25juta-rm-133-juta-adalah-real-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 684 Panas Kos Bayaran Peguam Hadi Awang Dalam Kes Saman Sarawak Report Didedah

Rentasan 684 Panas Kos Bayaran Peguam Hadi Awang Dalam Kes Saman Sarawak Report Didedah

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 334 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 6841 HADI HINA PENGUNDI PAKATAN HARAPAN DI BULAN SYAWAL 2 PEMANDU MABUK KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL TUNGGU APA LAGI 3 FINAS TURUT MENJADI MANGSA POLITIK 4 RAKYAT TAHU SIAPA SEBENARNYA YANG MENYELAMATKAN NEGARA
Pohon Semak Kes Riza Aziz Adalah Tindakan Semberono Peguam

Pohon Semak Kes Riza Aziz Adalah Tindakan Semberono Peguam

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 313 hits
TINDAKAN seorang peguam Shaharuddin Ali menghantar surat kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menyemak semula keputusan kes Riza Aziz yang dilepaskan tetapi tidak dibebaskan adalah perbuatan tidak masuk akal dan bersifat semb...
Perlu Ada Undang Undang Bendung Kutipan Derma Palsu Di Internet Kata Peguam

Perlu Ada Undang Undang Bendung Kutipan Derma Palsu Di Internet Kata Peguam

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 239 hits
PETALING JAYA Seorang peguam menggesa supaya undang undang digubal bagi mengawal kutipan dana secara atas talian bagi membendung penipu mempergunakan sikap pemurah penderma A Srimurugan berkata undang undang sedia ada hanya terpakai ke atas...
Manfaat Teknologi Maklumat Untuk Bebaskan Palestin Kata Hadi Awang

Manfaat Teknologi Maklumat Untuk Bebaskan Palestin Kata Hadi Awang

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 395 hits
Manfaat teknologi maklumat untuk bebaskan Palestin kata Hadi Awang Dikemas kini 45 minit yang lalu Diterbitkan pada 17 May 2
Bukan Najib Tapi Pihak Ke 3 Seleweng Dana Src Kata Peguam Bela

Bukan Najib Tapi Pihak Ke 3 Seleweng Dana Src Kata Peguam Bela

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 545 hits
Pihak pembelaan dalam perbicaraan SRC International Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini dakwaan penyelewengan dana syarikat itu dilakukan pihak ke 3 bukannya bekas perdana menteri itu Peguam Harvinderjit Singh berkata R...
Dakwaan Dr M Arah Kurangkan Keyakinan Kepada Dap Benar Kata Bekas Setiausaha Politik

Dakwaan Dr M Arah Kurangkan Keyakinan Kepada Dap Benar Kata Bekas Setiausaha Politik

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 710 hits
PETALING JAYA Bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad Muhammad Zahid Md Arip mengesahkan dakwaan setiausaha agung PPBM Hamzah Zainuddin berhubung arahan bekas perdana menyerti itu supaya mengurangkan keyakinan rakyat kepada DAP Zahid b...
Elak Mentaliti Abang Besar Kata Bekas Pemimpin Pas

Elak Mentaliti Abang Besar Kata Bekas Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 286 hits
PETALING JAYA Bekas setiausaha agung PAS Mustafa Ali mengingatkan Umno supaya mengelak dari dihinggap mentaliti abang besar atau big brother mentality walaupun ia memiliki kerusi paling banyak berbanding parti lain dalam Perikatan Nasional ...
Kecintaan Kepada Islam Mesti Digunakan Untuk Menyatukan Umat Islam Kata Abdul Hadi

Kecintaan Kepada Islam Mesti Digunakan Untuk Menyatukan Umat Islam Kata Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 359 hits
Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Abdul Hadi Awang akan menggunakan hubungan baiknya dengan organisasi dan pemimpin antarabangsa bagi menyuarakan isu dihadapi umat Islam khususnya di Pelestin Rohingya serta Kashmir Menurut Abdul Had...
Bekas Peguam Hadapi 4 Pertuduhan Pecah Amanah

Bekas Peguam Hadapi 4 Pertuduhan Pecah Amanah

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 272 hits
Bekas peguam hadapi 4 pertuduhan pecah amanah nbsp Dikemas kini 51 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 May 2020 2 12PM
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba