Pakatan Harapan Pahang Akan Membantu Tarik Para Pengundi Luar Balik Mengundi


 

SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) Pahang akan berusaha menarik pengundi luar khususnya yang berada di ibu negara, untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, 7 Oktober ini.
Pengerusi PH Pahang Datuk Seri Amirudin Shari berkata setakat ini, pihaknya telah mengenal pasti lebih 2,000 pengundi DUN berkenaan, yang berada di ibu kota.
"Kita sedang cuba untuk pujuk dan beritahu keperluan untuk mereka turun mengundi. Ini antara usaha untuk memenangkan calon Barisan Nasional (BN) di DUN itu.
"Ini bagi memastikan (DUN) Pelangai mempunyai representasi yang baik, terutama untuk meneruskan kelangsungan pembangunan dan pembelaan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Hartanah Selangor 2023 anjuran Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di sini, semalam.
PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina di sini pada 17 Ogos lepas.
Ia menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni.
Ditanya status terkini petisyen untuk membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi PN pada Pilihan Raya Negeri Selangor Ogos lalu, Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata pihaknya sedang menunggu maklumat lanjut daripada peguam.
Sebelum ini, PH dan BN mempertimbangkan untuk memfailkan petisyen pilihan raya di kerusi DUN Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia dan Dengkil, yang majoriti kemenangan rendah.
Keputusan bagi empat kerusi berkenaan menyaksikan PH-BN kalah dengan 407 undi di Dengkil, Sungai Kandis (167), Gombak Setia (58) dan Taman Medan (30).
Sementara itu, mengulas khabar angin beliau ditawarkan menjadi menteri di peringkat Pusat, Amirudin berkata perkara tersebut sudah diperkatakan sejak tahun lepas.
"Khabar angin saya ke Pusat itu ada sejak 2022 dan saya tidak dengar apa-apa (dan terima tawaran ke Pusat). Itu cuma khabar angin. (Beralih ke Pusat) itu bawah bidang kuasa Perdana Menteri. Biar Perdana Menteri fikir dan buat keputusan," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/10/prk-pelangai-pakatan-harapan-pahang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suruhanjaya Eropah Pertimbang Tarik Balik Sekatan Dana Untuk Hungary

Suruhanjaya Eropah Pertimbang Tarik Balik Sekatan Dana Untuk Hungary

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 245 hits
SURUHANJAYA Eropah sedang mempertimbangkan untuk menghapuskan sekatan dana bernilai nbsp 13 bilion untuk Hungary sekali gus membolehkan Budapest meningkatkan belanjawan termasuk bantuan untuk Ukraine lapor Sputnik memetik Financial T
Bendera Arab Saudi Dijadikan Skirt Pendek Mowalola Janji Tarik Balik Dari Koleksi

Bendera Arab Saudi Dijadikan Skirt Pendek Mowalola Janji Tarik Balik Dari Koleksi

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 332 hits
LONDON Jenama pakaian Mowalola berjanji akan menarik balik skirt pendek yang mempamerkan bendera Arab Saudi daripada koleksinya selepas menerima kecaman netizen lapor portal berita nbsp Middle East Eye Skirt pendek itu dipakai oleh seorang ...
Prk Pelangai Ph Usaha Pujuk Pengundi Luar Pulang

Prk Pelangai Ph Usaha Pujuk Pengundi Luar Pulang

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 289 hits
PH sedang cuba memujuk pengundi luar untuk memenangkan calon BN pada PRK Pelangai SHAH ALAM Pakatan Harapan Pahang akan berusaha menarik pengundi luar untuk pulang mengundi pada PRK DUN Pelangai 7 Okt ini Pengerusi PH Pahang Amirudin Shari ...
Kosovo Desak Serbia Tarik Balik Tentera Dari Sempadan

Kosovo Desak Serbia Tarik Balik Tentera Dari Sempadan

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 185 hits
Kosovo desak Serbia tarik balik tentera dari sempadan Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Oct 2023 7 00PM
Rs Pertama Di Ikn Mulai Dibangun Jokowi Bisa Tarik Pasien Dari Luar Negeri

Rs Pertama Di Ikn Mulai Dibangun Jokowi Bisa Tarik Pasien Dari Luar Negeri

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 220 hits
Jokowi mengaku senang investasi senilai Rp2 triliun akan menjadi kamar kamar rumah sakit sebanyak 400 pintu
Mat Sabu Kalau Bn Kalah Prk Pelangai Pakatan Harapan Kena Bertanggungjawab

Mat Sabu Kalau Bn Kalah Prk Pelangai Pakatan Harapan Kena Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 315 hits
BENTONG Pakatan Harapan perlu bertanggungjawab sekiranya Barisan Nasional kalah pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai kata Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mohamad Sabtu Beliau menegaskan menjadi tanggungjawab jenter...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid