Korean Drama My Contracted Husband Mr Oh
Review Drama Korea - My Husband Oh Jak Doo / My Contracted Husband, Mr. Oh
Macam biasa, hari ini aku nak buat review drama Korea yang bertajuk My Husband Oh Jak Doo atau turut dikenali dengan tajuk My Contracted Husband, Mr. Oh. Drama ini mempunyai 24 episod dan disiarkan di channel MBC bermula 3 Mac 2018 dan tamat episodnya pada 19 Mei 2018. Korean Drama My Husband Oh Jak Doo ini disiarkan bagi menggantikan drama Money Flower dan kemudian akan digantikan dengan drama Goodbye to Goodbye. Antara pelakon drama Korea My Contracted Husband, Mr. Oh ini adalah UEE, Kim Kang Woo, Jung Sang Hoon, Han Sun Hwa, Park Jung Soo, Seol Jung Hwan, Park Min Ji, Han Sang Jin, Kim Bo Mi, Jung Chan, Choi Sung Jae dan ramai lagi. Korean Drama My Husband Oh Jak Doo ini disiarkan pada tahun 2018, tapi pada bulan Mei 2019 yang lalu baru aku tengok drama ini di TV. Awalnya aku ingatkan drama ini tak best sebab berkisarkan pasal kahwin kontrak dan aku rasa clisye sangat, tapi bila tengok drama ni kat TV rasa best pula hehehe. Awalnya watak heroin drama ini ditawarkan terlebih dahulu pada pelakon Kim Hyun Joo dan kemudian Lee Min Jung, tapi kedua - dua mereka menolak dan akhirnya watak Han Seung Joo itu menjadi milik UEE. Selain itu 2 pelakon drama ini iaitu Kim Kang Woo dan Jung Sang Hoon turut menang anugerah menerusi drama ini di MBC Drama Awards 2018.
Drama Korea My Contracted Husband, Mr. Oh ini mengisahkan tentang Han Seung Joo (lakonan UEE) yang merupakan seorang freelance producer. Dia seorang yang berani dan tegas serta mempunyai seorang ibu dan seorang adik lelaki yang merupakan mata duitan dan sering menyusahkan hidupnya. Han Seung Joo kemudian mendapat satu tugasan untuk membuat dokumentari mengenai pembuat Gayageum (alat muzik tradisional Korea) bernama Oh Hyuk. Han Seung Joo terpaksa pergi ke tempat terpencil untuk mencari Oh Hyuk yang menyamar dan bersembunyi di tempat tersebut. Ketika di sana dia secara kebetulan bertemu dengan Oh Jak Doo (lakonan Kim Kang Woo) yang merupakan seorang pemuda kampung yang kebetulan tinggal di tanah gunung milik Han Seung Joo yang telah diwariskan padanya oleh makciknya yang meninggal dunia. Hidup Han Seung Joo yang tenang mula berubah menjadi huru - hara apabila ada orang berdendam dengannya dan mahu membunuhnya. Han Seung Joo mula diserang panic attack dan tak dapat fokus dengan kerjanya. Dalam masa yang sama, ibu dan adik lelaki Han Seung Joo cuba untuk menjual tanah gunung kepunyaan Han Seung Joo itu secara senyap - senyap tanpa diketahui oleh Han Seung Joo dan membuatkan Oh Jak Doo menjadi risau kerana dia tak mahu berpindah dari situ.
Oh Jak Doo terpaksa pergi ke bandar untuk mencari Han Seung Joo untuk memujuk Han Seung Joo supaya tidak menjual tanah gunung itu dan membenarkan dirinya terus tinggal disitu. Oh Jak Doo juga sempat menyelamatkan Han Seung Joo dari diserang oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya. Demi keselamatannya, Han Seung Joo cuba memujuk Oh Jak Doo untuk kahwin kontrak dengannya serta Oh Jak Doo juga harus menjaga keselamatan Han Seung Joo, sehingga pembunuh yang mahu membunuhnya itu ditangkap polis. Sebagai balasan Han Seung Joo berjanji tidak akan menjual tanah gunung itu buat selama -lamanya. Walaupun ragu - ragu, akhirnya Oh Jak Doo bersetuju. Tak lama kemudian Oh Jak Doo terpaksa berpindah ke bandar dan tinggal di rumah Han Seung Joo buat sementara waktu. Han Seung Joo dan Oh Jak Doo kemudiannya saling jatuh cinta dan Han Seung Joo makin terkejut bila dapat tahu yang Oh Jak Doo sebenarnya adalah Oh Hyuk yang dicarinya selama ini. Kehadiran cinta pertama Oh Hyuk / Oh Jak Doo iaitu Jang Eun Jo yang ingin menagih cintanya kembali turut menyukarkan keadaan. Han Seung Joo terpaksa membuat keputusan drastik bila ibu dan adiknya cuba menyusahkan Oh Jak Doo pula setelah mereka tahu yang Oh Jak Doo adalah Oh Hyuk yang kaya.
Okey itu adalah serba sedikit sinopsis drama Korea My Contracted Husband, Mr. Oh ini. Dari awal episod sampai ke pertengahan episod, drama ini memang best dan buat aku tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Malah percintaan Han Seung Joo dan Oh Jak Doo juga berjalan lancar tanpa banyak konflik. Walaubagaimanapun jalan cerita drama ini mula jadi bosan dan meleret - leret bila Oh Jak Doo menjadi Oh Hyuk dan cuba hidup sebagai Oh Hyuk. Pastu jalan cerita mula bertukar dan memfokuskan kat dokumentari Oh Hyuk dan pembuatan Gayageum pula. Tu belum masuk lagi bila Han Seung Joo start main tarik tali dengan Oh Jak Doo tu, sekejap suka, sekejap tak suka. Watak paling annoying dalam drama ini mestilah jatuh pada ibu dan adik lelaki Han Seung Joo tu. Geram betul tengok kerenah ibu dan adik lelaki Han Seung Joo yang suka cari masalah, mata duitan dan menyusahkan hidup Han Seung Joo tu. Antara watak yang paling diingati dan disukai penonton adalah watak Eric Cho atau Cho Bong Sik lakonan Jung Sang Hoon. Wataknya agak kelakar, pastu suka betul speaking english and then dia sendiri yang akan translate apa yang dia cakap tu dalam bahasa Korea pula hahaha. Scene Oh Jak Doo / Oh Hyuk tinggal sekali dengan Eric Cho tu pun lawak juga sebab bromance diorang comel juga, pastu Eric tu pun ada hati kat Han Seung Joo juga tapi of courselah kan cinta dia bertepuk sebelah tangan je. Walaupun ada rasa cemburu, Eric Cho ni tetap akan tolong Han Seung Joo dan Oh Jak Doo ni, bila diorang ada masalah.
Sebelum tengok drama ni, aku tengok drama Item dulu lakonan Kim Kang Woo juga, tapi dalam drama Item tu, dia melakonkan watak jahat gitu. Bila tengok drama ni, wataknya sweetlah pula hehe, pelakon versatile gitu. Ending drama Korea My Husband Oh Jak Doo ni memng happy endinglah kan, cuma adalah terfikir something masa tengok ending drama ini, tapi aku tak nak bagi spoiler mengenai endingnya kan, kenalah tengok sendiri hehe. Secara keseluruhannya aku bagi 7/10 bintang untuk drama ini.
Jom Baca ini juga ➔ Review Drama Korea Big Issue
➔ Sinopsis Filem Sangkar
~ Blog Miss Banu Story ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2019/09/korean-drama-my-contracted-husband-mr-oh.html