Korean Drama Review - Big Issue
Aku ingat lagi betapa menyampahnya aku tengok watak Han Ye Seul dalam drama Korea Birth Of A Beauty tu sebab wataknya terlampau klisye dan lembik. Korean Drama Big Issue ini berlatarbelakangkan dunia Paparazzi dan juga media. Mengisahkan tentang Han Seok Joo lakonan Joo Jin Mo yang merupakan seorang jurugambar yang bekerja di sebuah syarikat akhbar yang terkemuka, dia mempunyai isteri dan seorang anak perempuan yang sakit bernama Se Eun. Disebabkan satu gambar kontroversi yang diambilnya, Han Seok Joo hilang segala - galanya, dia dibuang kerja dan masuk penjara, manakala isterinya meminta cerai dan kemudian berkahwin lain. Setelah keluar penjara, Han Seok Joo menjadi gelandangan dan sentiasa mabuk untuk melupakan segala tekanan dan kesedihannya. Pertemuannya dengan Ji Soo Hyun (Han Ye Seul) yang merupakan seorang Chief Editor majalah / portal Sunday Syndicate merubah hidupnya. Ji Soo Hyun menawarkan kerja buat Han Seok Joo dan turut memberi alamat terbaru tempat tinggal bekas isterinya dan juga anaknya. Melihatkan kesungguhan dan keazaman Han Seok Joo yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi untuk mendapatkan sekeping gambar yang dikehendakinya membuatkan Ji Soo Hyun ingin Han Seok Joo bekerja sebagai jurugambar tetap untuk syarikatnya.
Han Seok Joo pula berazam ingin membalas dendam pada Sunday Syndicate kerana telah menjadi penyebab nasib malang dirinya dulu. Apa yang berlaku seterusnya?. Itu adalah serba sedikit sinopsis drama Korea Big Issue ini. Drama ini memang best, banyak scene - scene suspen, ada plot twist, lakonan yang mantap dan aku rekomen korang untuk tonton drama Big Issue ini sebab memang terbaik. Bila tengok drama ini, korang akan dapat faham macam mana dunia paparazzi tu, apa tugas diorang dan macam mana diorang buat kerja dan sebagainya. Suspen gitu, episod favorite aku adalah episod 21 dan 22. Tak banyak scene - scene percintaan antara Han Seok Joo dan Ji Soo Hyun, kalau ada pun sikit saja, sebab Ji Soo Hyun jual mahal pulak lepas tu haaha. Tapi bila ada scene - scene sweet tu memang sweet habislah kan. Rasa tak puas nak tengok scene - scene cintan cintun diorang ni, tapi aku suka cara diorang, walaupun tak tunjuk depan - depan perasaan cinta diorang tu, diorang tetap protect each other dengan cara diorang sendiri. Lagu tema / OST Big Issue ini juga best tau, lagu favorite aku dalam drama ini dinyanyikan oleh Lee Bada bertajuk Stay, lagu ini dalam bahasa Inggeris gitu.
Antara watak yang annoying dalam drama ini adalah watak bekas isteri Han Seok Joo yang sentiasa marah - marah dan menyalahkan Han Seok Joo. Dia juga tak benarkan Han Seok Joo berjumpa dengan anak perempuan mereka tu yang tengah sakit kat hospital. Selain tu, aku suka tengok Han Ye Seul dalam drama ni sebab dia cantik sangat, baju, wardrobe dia semua lawa - lawa. Orang jahat utama dalam drama ni hanya muncul dalam beberapa episod terakhir. Apa pun drama Korea Big issue ini memang best untuk ditonton dan aku bagi 9.2/10 bintang untuk drama ini.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |