Kopi Saigon Lancarkan Dark System Series Dengan Kolaborasi Bersama Soloz Dan Xk Penjahat
Kopi Saigon dengan bangganya mengumumkan pelancaran Dark System Series, hasil kolaborasi eksklusif bersama dua personaliti popular E-Sukan dan media sosial, Soloz atau nama sebenarnya Muhammad Faris Bin Zakaria, serta XK Penjahat atau nama sebenarnya Sofian Bin Sultan. Kedua-dua personaliti ini digelar sebagai maharaja dalam dunia Esports di Malaysia. Majlis pelancaran ini diadakan di SkyArk Event Space dan disempurnakan oleh Pengasas Kopi Saigon, Asyraf Kamal.
Minuman Dark System SeriesDark System Series turut memperkenalkan tiga produk minuman baru yang pasti akan memikat hati para peminat Kopi Saigon dan peminat kedua-dua figura terkenal ini. Antara produk-produk tersebut adalah:
Dark Fighter (Vanilla Choco) - Harga Jualan RM10 Dark Assassin (Apple Passion) - Harga Jualan RM11Dark Mage (Milky Peach Passion) - Harga Jualan RM12
Hal ini menandakan satu langkah besar Kopi Saigon untuk memperluaskan jenama Kopi Saigon kepada pasaran yang lebih luas. Produk-produk minuman ini akan mula dijual pada 27 Julai 2024 dan boleh didapati di mana-mana outlet Kopi Saigon di seluruh Malaysia. Lokasi (kopisaigon.com/lokasi)
Barangan Merchandise
Selain minuman, kolaborasi ini turut memperkenalkan pelbagai produk baru yang eksklusif yang bertemakan Dark System Series, iaitu “Lanyard Dark System Series”, “Sticker Pack Dark System Series”, “Flask Dark System Series”, dan “Keychain Dark System Series”. Produk-produk ini dirancang khusus untuk melengkapi gaya hidup peminat setia Kopi Saigon dan pengikut Soloz serta XK Penjahat. Semua barang ini boleh didapati di Kedai Tiktok Kopi Saigon HQ bermula 27 Julai 2024.
“Kolaborasi ini adalah langkah strategik kami untuk memperkenalkan Kopi Saigon kepada lebih ramai orang. Kami percaya dengan kerjasama bersama Soloz dan XK Penjahat, kami dapat mencapai sasaran pasaran yang lebih luas dan berbeza selepas ini. Kami sangat teruja dengan potensi yang ada dan berharap semua pihak dapat menikmati produk baru ini,” kata Asyraf Kamal.
Pengasas Kopi Saigon, Asyraf Kamal, turut menyatakan bahawa 3 jenis minuman ini hanyalah permulaan. Beliau memberi tahu bahawa akan ada lagi beberapa produk minuman yang bakal dikeluarkan bersempena kolaborasi Dark System Series ini pada masa akan datang. Menurut beliau, tujuan utama kolaborasi ini adalah untuk memperkenalkan Kopi Saigon kepada lebih ramai orang dan memantapkan lagi kedudukan Kopi Saigon sebagai pilihan utama dalam industri minuman kopi.
Dalam sidang media ini, Soloz juga memberitahu bahawa ini merupakan kerjasama pertama beliau dengan jenama F&B dan beliau menyatakan sangat teruja untuk berkolaborasi dengan jenama gergasi lokal iaitu Kopi Saigon. Ditambah pula dengan kemenangan pasukan dari Malaysia yang menjuarai MLBB MSC 2024 WORLD CHAMPIONS, semestinya akan menjadikan industri e-sport di Malaysia semakin mendapat sambutan.
Kopi Saigon berharap pelancaran Dark System Series ini bukan sahaja memikat penggemar kopi, tetapi juga peminat Soloz dan XK Penjahat. Dengan minuman yang berkualiti dan barangan eksklusif, Kopi Saigon yakin dapat menawarkan pengalaman yang unik dan memuaskan kepada semua penggemar serta meningkatkan lagi populariti jenama ini di kalangan masyarakat.
Untuk maklumat lanjut mengenai Dark System Series dan produk-produk lain dari Kopi Saigon, sila layari laman web rasmi atau ikuti kami di platform media sosial.
Tentang Kopi Saigon
Kopi Saigon adalah jenama Kopi Vietnam terbesar di Malaysia yang kini mempunyai 98 outlet di seluruh Malaysia. Dengan pelbagai rangkaian produk kopi yang unik, Kopi Saigon terus komited untuk menawarkan pengalaman minum kopi yang terbaik kepada semua pelanggannya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2024/07/kopi-saigon-lancarkan-dark-system.html