Kopi Hainan Kuala Pilah Pekat Memikat
Rasa nak minum kopi, lalu mencari lah di facebook. Nampak Kopi Hainan Kuala Pilah tu macam menarik je. Tapi sayang gerai kopi hainan tu bukak pukul 12 tengahari. Semalam kebetulan pergi Econsave beli barang lebih kurang dekat pukul 12, tengok gerai dah bukak dapatlah membeli dan merasa.
Gerai Kopi Hainan Kuala Pilah ni sebelah santak burger berdekatan dengan Econsave Kuala Pilah. Masa nak keluar lalu jalan situ sajalah tengok kot dah bukak. Tengok dah bukak, terus park dan encik suami pergi membeli.
Harga kopi hainan masih lagi di paras mampu milik. Tapi sesekali je lah. Kalau hari hari tak mampu jugak. Beli Signature Premium RM9. Pekat memikat betul lah. Tengok dari rupa pun dah dah rasa pekat dia macamana kan.
Signature Premium Kopi HainanHainan Coffee beanWhipped creamCaramel & Choc HersheysSebelum dikacau, rasa dia macam kopi susu klasik. Selepas dikacau dengan semuanya macam rasa mocha sebab ada Caramel & Choc Hersheys cream dan whipped tu. Selain tu ada taburan biskut orea jugak. Sedap! Manis tapi tak terlalu manis
Sejarah Kopi HainanDitubuhkan pada tahun 2020. Dihasilkan menggunakan air bertapis dan berkualiti tinggi, bersih lagi meyakinkan dalam pembuatan kopi. Hanya menggunakan Biji Kopi premium yang terbaik dalam pembuatan minuman. Kualiti setanding Kopi Antarabangsa.
Awal tahun 2021, Kopi Hainan memperkenalkan pakej perniagaan air balang Kopi Hainan dengan harga yang rendah.
Francais kopi hainan ni ada banyak :
kopi hainan penangkopi hainan melakakopi hainan bangikopi hainan muarkopi hainan jbkopi hainan shah alamkopi hainan cyberjayakopi hainan batu pahatatau boleh check di kopi hainan hq. Ini Kopi Hainan Kuala Pilah. Gambar kurang cantik sebab saya ambil dari dalam kereta je.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/11/kopi-hainan-kuala-pilah-pekat-memikat.html