Konvoi Bendera Hitam Tanda Bantahan Terhadap Kerajaan


 Hakimie Amrie Hisamudin
 July 24, 2021


-

KUALA LUMPUR: Sekumpulan peserta mengambil bahagian dalam konvoi berkereta di ibu negara sebagai tanda bantahan terhadap pengurusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menangani pandemik Covid-19.

Terdapat sekitar 10 kenderaan mengibarkan bendera hitam sekitar jam 11.20 pagi bermula dari Stesen LRT Bangsar menuju ke Dataran Merdeka sebelum berpatah balik ke stesen terbabit.

Konvoi lebih sejam itu turut diadakan serentak di beberapa negeri lain seperti Kedah, Melaka, Johor dan Sarawak.

Difahamkan, konvoi terbabit adalah permulaan kepada perhimpunan “Keluar dan #Lawan” yang akan diadakan pada 31 Julai nanti.

Beberapa polis turut mengiringi konvoi itu dan mengawal aliran lalu lintas di sekitar ibu kota.

Wakil Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) yang juga penganjur acara itu, berkata polis trafik amat memberikan kerjasama dalam mengawal lalu lintas.

“Mereka (polis) amat membantu kami dan tiada provokasi ditimbulkan oleh mana-mana individu,” kata Mohd Asraf Sharafi Mohd Azhar kepada wartawan.

Dia meminta orang ramai turut menyertai bantahan itu dengan mengibarkan bendera dari kenderaan sambil memandu dalam kawasan sekitar 10km di rumah masing-masing.

Katanya, peserta juga turut diingatkan supaya sentiasa patuh peraturan jalan raya, elakkan provokasi dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Sabtu lalu, SSR menganjurkan bantahan berskala kecil di Dataran Merdeka yang disertai 20 orang peserta berpakaian serba hitam.

Mereka turut membawa patung jenazah sebagai simbolik kepada peningkatan kes kematian dan bunuh diri akibat pandemik dan 14 bendera hitam menjadi “suara” kemarahan rakyat seluruh negara.

Antara permintaan mereka termasuk mendesak perdana menteri meletakkan jawatan, sidang parlimen diadakan secara penuh dan pemberian moratorium pinjaman secara automatik untuk semua.

Protes itu juga menyebabkan tiga penganjur Muhammad Nur Taufiq Azhar, Mohd Asraf Sharafi Mohd Azhar, dan Mohammad Alshatri Abdullah dikenakan denda RM2,000 setiap seorang kerana melanggar SOP.

Ditanya sama ada SSR akan meneruskan perhimpunan itu walaupun dikenakan tindakan denda baru-baru ini, Asraf berkata hukuman berkenaan tidak akan menghentikan acara yang sudah dijadualkan.

“Sudah tentu, saya takut. Saya cuma rakyat biasa tetapi bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan,” katanya.

 



 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/konvoi-bendera-hitam-tanda-bantahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Aktivis Dikompaun Rm2 000 Sertai Bantahan Bendera Hitam

3 Aktivis Dikompaun Rm2 000 Sertai Bantahan Bendera Hitam

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 306 hits
Tiga aktivis Sekretariat Solidariti Rakyat dikenakan kompaun RM2 000 susulan menyertai bantahan flash mob di Dataran Merdeka Kuala Lumpur semalam SSR berkata Mohammad Alshatri Abdullah Mohd Asraf Sharafi Mohd Azhar dan Muhammad Nur Taufiq A...
Bantahan Bendera Hitam Patung Mayat Di Dataran Merdeka

Bantahan Bendera Hitam Patung Mayat Di Dataran Merdeka

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 398 hits
Malaysiakini Empat belas bendera hitam berkibar dan lima patung mayat berbalut kain kafan putih dibentangkan di Dataran Merdeka tanda bantahan flash mob anjuran Sekretariat Solidariti Rakyat hari ini Pada satu kenyataan kumpulan itu berkata...
Gerakan Bendera Hitam Bakal Buat Protes Besar Besaran Sebaik Kes Covid 19 Turun

Gerakan Bendera Hitam Bakal Buat Protes Besar Besaran Sebaik Kes Covid 19 Turun

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 252 hits
July 18 2021 PETALING JAYA Gerakan Bendera Hitam yang pada awalnya ditubuhkan untuk memprotes penangguhan pelaksanaan usia pengundi 18 tahun kini mendapat sokongan kira kira 200 000 orang dengan dukungan 20 badan bukan kerajaan dan persatua...
Panas Pemimpin Umno Cabar Adun Bersatu Kalau Berani Tariklah Sokongan Terhadap Kerajaan Johor

Panas Pemimpin Umno Cabar Adun Bersatu Kalau Berani Tariklah Sokongan Terhadap Kerajaan Johor

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 264 hits
July 14 2021 Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi mencabar empat Adun Bersatu Johor untuk menarik sokongan terhadap kerajaan di negeri itu bagi membuktikan mereka benar benar berani Jika tidak katanya ancaman yang dilakukan mereka ...
Protes Bendera Hitam Ada Layanan Dua Darjat Aktivis Muda Tanya Polis

Protes Bendera Hitam Ada Layanan Dua Darjat Aktivis Muda Tanya Polis

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 262 hits
Minderjeet Kaur dan Faye Kwan Mohammad Alshatri dan anggota kumpulannya di depan Balai Polis Dang Wangi hari ini KUALA LUMPUR Tiga anggota gerakan kontroversi Bendera Hitam yang dikenakan kompaun RM2 000 setiap seorang kerana perhimpunan ba...
Gerakan Bendera Hitam Waraskah Mereka Ini

Gerakan Bendera Hitam Waraskah Mereka Ini

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 303 hits
Gerakan Bendera Hitam bakal buat protes besar besaran sebaik kes Covid 19 turun PETALING JAYA Gerakan Bendera Hitam yang pada awalnya ditubuhkan untuk memprotes penangguhan pelaksanaan usia pengundi 18 tahun kini mendapat sokongan kira kira...
Tiada Peserta Konvoi Benderah Hitam Ditahan Kata Polis Temerloh

Tiada Peserta Konvoi Benderah Hitam Ditahan Kata Polis Temerloh

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 401 hits
Ketua Polis Daerah Temerloh Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata bukan sahaja tiada tangkapan dibuat kelibat konvoi kenderaan membawa bendera hitam juga tidak kelihatan di Temerloh hari ini PETALING JAYA Polis di Temerloh Pahang menafikan ada ind...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selepas Setahun Elfira Loy Kongsi Catatan Persediaan Ibadah Haji

Ziarah Dan Solat Di As Salaam Masjid Okachimachi

Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru