Panas Pemimpin Umno Cabar Adun Bersatu Kalau Berani Tariklah Sokongan Terhadap Kerajaan Johor


 
July 14, 2021 Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi, mencabar empat Adun Bersatu Johor untuk menarik sokongan terhadap kerajaan di negeri itu bagi membuktikan mereka benar-benar berani.
Jika tidak, katanya, ancaman yang dilakukan mereka itu sekadar “hangat-hangat tahi ayam.”
“Saya cabar empat Adun (Bersatu Johor) itu supaya lakukannya (tarik sokongan) dengan segera dan jangan hangat-hangat tahi ayam,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Pada masa sama Mohd Puad berkata, dia yakin ada beberapa Adun Bersatu Johor yang sudah bersedia meninggalkan parti mereka untuk menyertai Umno.
“Ia bukan lagi rahsia, mereka tunggu masa yang sesuai saja,” katanya lagi.
Mohd Puad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan empat Adun Bersatu yang menyatakan kesediaan mereka menarik sokongan terhadap kerajaan Johor jika Umno terus mendesak presiden mereka, Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai perdana menteri.
Untuk rekod, kerajaan Johor diketuai oleh Umno namun parti itu bergantung kepada sokongan Bersatu untuk kekal menguasai DUN. Kegagalan mendapat sokongan itu akan menyebabkan kerajaan boleh bertukar sekali lagi.
Pada 7 Julai lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan MT parti itu bersetuju untuk menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin, dan menggesa kerajaan sementara dibentuk untuk mengambil alih.
Kata Puad, ketika ini Muhyiddin bukan saja gagal sebagai perdana menteri malah juga sebagai presiden partinya.
“Muhyiddin gagal menambah ahli, gagal menambah cawangan dan gagal menambah bahagian Bersatu di seluruh negara.
“Bersatu menjadi parti yang tidak dinamik,” katanya.
Tambah Mohd Puad, Umno pula sebaliknya mempunyai tujuh sebab kukuh untuk membatalkan sokongan mereka terhadap Muhyiddin yang juga bekas menteri besar Johor itu.
“Maka apa alasan kukuh empat Adun Bersatu itu mahu menarik sokongan kepada menteri besar Johor?” soalnya. “Sudah tentu ia dibuat atas dasar balas dendam. Tindakan mereka itu nanti pasti jadi seperti senjata makan tuan kepada Muhyiddin,” katanya.
Jelas Puad, umum juga mengetahui bahawa Pengerusi Umno Johor, Hasni Mohammad, adalah menteri besar yang berjaya.
“Sewaktu Covid-19, dia fokus membantu rakyat yang terkesan, bahkan dia paling cepat mengumumkan sidang DUN Johor akan dibuat pada 12 Ogos setelah Yang di-Pertuan Agong bertitah mengenainya.
“Sedangkan Muhyiddin pula masih mencari alasan untuk memberi tarikh sidang parlimen,” katanya
Kerajaan Johor pimpinan Hasni ketika ini mempunyai 29 kerusi manakala Pakatan Harapan 27 kerusi.
Jika seorang Adun menarik sokongan daripada PN akan menjadikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PN dan PH masing-masing 28 kerusi sekali gus DUN Johor akan tergantung atau boleh dibubarkan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/panas-pemimpin-umno-cabar-adun-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Tak Mampu Paksa Mp Tarik Sokongan Terhadap Pm Tegas Pemimpin Umno

Zahid Tak Mampu Paksa Mp Tarik Sokongan Terhadap Pm Tegas Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 220 hits
July 12 2021 PRESIDEN UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi gagal memaksa dan tidak mampu mendesak Ahli Parlimen parti itu untuk menarik kembali sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putra...
Gempar Dun Johor Tumbang Adun Bersatu Tarik Sokongan

Gempar Dun Johor Tumbang Adun Bersatu Tarik Sokongan

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 187 hits
Tindakan UMNO menarik sokongan kepada kerajaan dan mendesak Muhyiddin meletak jawatan mendapat tindak balas dari ADUN BERSATU Johor Mereka memberi Amaran kerajaan Negeri UMNO Johor boleh Tumbang bila bila masa jika mereka juga menarik sokon...
Umno Sah Tarik Semula Sokongan Terhadap Pm Berkuatkasa Serta Merta

Umno Sah Tarik Semula Sokongan Terhadap Pm Berkuatkasa Serta Merta

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 242 hits
Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara membuat keputusan untuk menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Perdana Menteri berkuat kuasa serta merta Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi berkata ini beriku...
Zahid Panggil Pemimpin Umno Bincang Tinggalkan Kerajaan Pn

Zahid Panggil Pemimpin Umno Bincang Tinggalkan Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 232 hits
Mohamad FadliPETALING JAYA Sumber dari Umno mengesahkan sebahagian pemimpin parti itu berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur sejak tengah hari tadi bagi membincangkan cadangan meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional Katanya mereka ...
Umno Hanya Setuju Bentuk Kerajaan Sementara Dengan Bersatu Kata Najib

Umno Hanya Setuju Bentuk Kerajaan Sementara Dengan Bersatu Kata Najib

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 330 hits
July 9 2021 Najib Razak berkata ia adalah kesilapan besar yang menghalang pilihan raya umum diadakan walaupun sudah diberi kuasa penuh darurat selama tujuh bulan PETALING JAYA Najib Razak berkata melihat ketidakstabilan politik yang berlaku...
Biadab Kepada Raja Antara 7 Sebab Umno Tarik Balik Sokongan Terhadap Muhyiddin

Biadab Kepada Raja Antara 7 Sebab Umno Tarik Balik Sokongan Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 219 hits
July 8 2021 PETALING JAYA Umno menyenaraikan tujuh sebab kenapa ia menarik balik sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan semua sebab itu berkait kegagalan kerajaan Presiden Ahmad Zahid Hamidi berkata Muhyiddin gagal mem...
Bersatu Pas Mula Meroyan Bila Umno Tarik Balik Sokongan

Bersatu Pas Mula Meroyan Bila Umno Tarik Balik Sokongan

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 274 hits
MALAYSIA DATELINEKeputusan Umno menarik balik sokongan kepada Mahiaddin Md Yassin membuatkan parti dalam gabungan kerajaan Perikatan Nasional seperti Bersatu dan Pas menunjukkan tanda meroyan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Dr Puad Z...
Umno Turun Darjat Apabila Setuju Bersama Bersatu Bentuk Kerajaan Kata Ku Li

Umno Turun Darjat Apabila Setuju Bersama Bersatu Bentuk Kerajaan Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 252 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Umno yang dianggap sudah bertaraf institusi sepatutnya dari awal tidak perlu menyokong Bersatu membentuk kerajaan Perikatan Nasional kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah Malah Ahli Parlimen Gua Musang itu ber...
Tarik Sokongan Terhadap Pm Tajuddin Kata Pirah Kepada Mt Umno

Tarik Sokongan Terhadap Pm Tajuddin Kata Pirah Kepada Mt Umno

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 343 hits
agendadaily com12 7 2021Pengarah Pilihanraya UMNO yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Pengarah Pilihanraya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan mengutuk Majlis Tertinggi UMNO apabila menggunakan ...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean