Konvensyen Suri Rumah 2023 Ini Kalilah Bangkit Para Suri Untuk Keluarga Dan Negara


Pertama dalam sejarah di Malaysia ada konvensyen untuk para suri rumah. Ini menjadikan satu nilai yang amat berharga apabila konvensyen ini diadakan bukan untuk meluahkan marah, emosi atau dendam atau tersakiti tetapi program suri rumah ini adalah untuk menjadikan para isteri lebih bijak, berdaya saing dan memahami bahawa menjadi suri rumah pada zaman ini adalah satu keperluan yang tidak lagi boleh diremehkan. 
 
Statistik Wanita Tidak Bekerja Kerana KeluargaMengikut statistik pada tahun 2018, wanita Malaysia yang berumur dalam lingkungan umur pekerjaan (working age) yang berkelulusan tinggi adalah lebih ramai berbanding jantina lelaki. Tetapi masih sebahagian besar wanita-wanita ini tidak berkerja.

Antara punca wanita dikatakan tidak bekerja adalah kerana tanggungjawab yang perlu dipikul oleh wanita dalam institusi keluarga. Sebanyak 2.6 juta wanita di Malaysia dilaporkan tidak bekerja kerana faktor tanggungjawab kepada keluarga.


Baca artikel lengkap di sini: https://www.majalahlabur.com/kewangan/biar-betul-2-6-juta-wanita-malaysia-tidak-bekerja/

Jadi Surirumah Pun Adalah Satu PekerjaanSiapa bilang surirumah bukan merupakan satu jenis pekerjaan? Jaga anak daripada siang sampai ke malam, sementara tunggu suami pulang. Nak masak lagi, nak mengasuh lagi, nak mengajar lagi.

Letakkan Suri Rumah Dalam Kategori Wanita Bekerja - RohaniDipetik dari artikel terbaru, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata,“Ramai wanita mengambil peranan sebagai ibu, sebagai anak jaga orang tua, mungkin anak itu OKU dan sebagainya.
"Mereka mengambil keputusan untuk berhenti kerja, tetapi duduk di rumah dan sekarang ini duduk di rumah juga keadaan sudah berubah.
“Mereka boleh jana pendapatan dengan kerja online sebagai contoh dan juga menyumbang kepada negara.
"Gunakan platform ini untuk Jabatan Perangkawan, semua kementerian pembuat dasar, penggubal dasar … macam statistik yang berubah itu boleh digunakan untuk menyerlahkan lagi peranan wanita yang mungkin meletakkan kita di kedudukan lebih baik,” kata Rohani. 
Baca sini artikel lengkap : Kesaksamaan gender: Letakkan suri rumah dalam kategori wanita bekerja - Rohani

Struggle Suri Rumah Is Real
Mungkin ramai yang mengatakan bahawa menjadi suri rumah merupakan perkara yang mudah. Mana tidaknya, asyik kelihatan berada di rumah dan menguruskan anak-anak sahaja bukan? Namun, di sebalik itu ternyata ramai dalam kalangan suri rumah yang mengalami stress yang lebih tinggi berbanding ibu yang bekerja. Ini hakikat yang anda kena tahu kenapa menjadi suri rumah bukan perkara yang mudah



Tidak dinafikan setiap orang mempunyai struggle tersendiri, sama ada pasangan suri rumah iaitu suami, atau sesiapa sahaja semua orang ada MASALAH TERSENDIRI kan? Tetapi, pernahkah anda melihat seorang suri rumah itu dan diberikan cuti, kelonggaran, penghargaan seperti mana yang anda dapat?

Pernahkah seorang suri rumah itu setelah 24 jam menjadi pelbagai watak di rumahnya sendiri, melayani dan menyantuni suaminya, anak-anaknya merungut kepenatan? Walaupun penat, bangun menguruskan rumah tangga, walaupun ingin tidur, dibuka matanya seluas-luasnya menjaga seisi keluarga, walaupun sedang demam dan sakit, bangun untuk masak, uruskan rengetan anak malah tetap menyantuni suaminya yang sudah dewasa!


Top 10 Penyebab Surirumah Lebih Stres Mengurus Rumah Tangga
1. Menjalani rutin yang sama setiap hari

2. Tidak berpeluang bersosial dengan manusia lain

3. Terkurung di dalam rumah. Bayangkan bertahun-tahun dok pusing-pusing dalam rumah je

4. Tidak mempunyai pendapatan untuk menyara kehendak

5. Kejaya surirumah menggunakan kekuatan fizikal, mental dan emosi secara serentak.

6. Tidak pernah cuti. Orang beraya pun cuti. Tapi surirumah bila raya lagi banyak kerja. Dah la kerja tak bergaji.

7. Mengurus dan mengawal kerenah serta masalah anak anak-anak yang mencabar.

8. Tekanan masyarakat.

“Bazir sijil kau belajar tinggi-tinggi last-last dok dapur.”

“Dok rumah habiskan beras laki.”

“Korang ni golongan yang taknak memajukan diri.”9. Badan keletihan. Tapi masih perlu membahagikan masa untuk melakukan pelbagai tugas dalam satu hari.

10. Busy mind. Kepala sentiasa memproses pelbagai pemikiran. Antara tugas rumah, keperluan anak-anak, dan keperluan suami





Faktor yang menggandakan lagi stres ni bila :

– Bekerja sambilan dari rumah

– Tiada pembantu rumah/ ahli keluarga lain yang membantu

– Anak masih kecil

– Anak rapat-rapat

– Mempunyai Anak istimewa

– Campur tangan mertua dan ahli keluarga (selalunya sebab tinggal sebumbung)

– Tiada sokongan dan bantuan dari pasangan


Sesungguhnya, tak mudah jadi surirumah sebenarnya. Dah lalui sendiri, barulah tau cabarannya. Janganlah perkecilkan mereka ni.

Sesungguhnya kerjaya mereka ni mulia. Siapa je sanggup sandang tugas macam-macam tapi tak diberi cuti dan takde gaji? Ada yang sanggup melupakan cita-cita dan kepuasan kerjaya, demi nak membesarkan anak-anak yang cukup kasih sayang dan penjagaan.

Hargailah mereka. Sesekali, pegang bahu dan cakap kat mereka, “You are such a brave and strong for being a housewife.” Itu pun dah cukup beri mereka kekuatan. Jom pakat beri kata-kata yang empowering buat golongan ini dan ibu-ibu lain yang sedang struggle.-SL

Sumber: Wawa Shauqi

Suri Rumah Itu Bijak, Berdaya Saing dan Mampu Membantu Ekonomi Negara dan Masyarakat!Salah sekali tanggapan bahawa suri rumah adalah golongan wanita yang tidak bijak. Malah ramai suri rumah pada masa kini adalah dari golongan terpelajar dari diploma, ijazah, master mahupun PHD. Jadi, dimanakan kenyataan tidak pandai itu dikeluarkan? 

Baca juga : Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh
Konvensyen Suri Rumah Malaysia 2023Bukti bahawa suri rumah mampu melakukan perkara yang mustahil, iaitu apabila Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR) melancarkan sebuah event berprestij sejak tahun 2018, khas buat suri rumah di Malaysia. Di sinilah berkumpulnya para suri rumah menimba ilmu, upgrade diri masing-masing dan bertukar pandangan yang melahirkan insan-insan suri yang beraura positif dan berjaya. 



Bakal berlangsung Konvensyen Suri Rumah (KONSURI) pada tahun ini, 28 Oktober 2023 dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 
Antara slot pengisian berilmiah selain bernetworking, "me time" sesama suri rumah ini ialah:-



1. Pembentangan Suri Bestari : Suri Rumah Pembangun Ummah - Datuk Dr. Harlina Halizah Siraj2. Pembentangan Sinergi Suri : Memartabatkan Suri Rumah Dalam Pembangunan Sosial & Ekonomi - Hajjah Rohani Datuk Mohamad Shahir3. Forum Suri Lestari : Segalanya Bermula Dari Rumah - Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati Syed Ismail, Dr. Raja Kamariah Raja Mohd Khalid, Dr. Kamilin Jamilin
Dan teristimewa buat semua suri, bolehlah berselfie bersama penyampai radio Zayan FM iaitu Lin Ariffin!

Wow sangat kan
Dan wow lagi, sebenarnya program Konvensyen Suri Rumah ini turut memanggil para suri dan semua wanita hendaknya untuk menyertai Projek Kertas Kerja dengan Tema : Inovasi Pemberdayaan Suri. 


Baca juga : Persatuan Suri Rumah Malaysia
PenutupBukan perkara biasa apa yang Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR) cuba ketengahkan, walaupun suri rumah ini berpendidikan tinggi, stigma masyarakat terhadap para suri rumah tetap ada. Hal ini menjadikan para surirumah berubah daripada insan yang dulunya yakin pada diri, happy go lucky kepada wanita yang banyak menjauhkan diri dari masyarakat terutamanya keluarga kerana rasa rendah diri. Walhal, mereka memilih jalan untuk menguruskan rumah tangga itu kerana cinta, dan bangga sebagai isteri dan ibu. 
Jauh di sudut hati, akibat perlekehan yang dilakukan oleh orang sekeliling terhadap mereka ini, akhirnya memakan diri. Sudah masanya pengorbanan seorang wanita ini dihargai dan dilenyapkan sebarang perselisihan! 
Tahukah Anda

Seorang suri rumah adalah Rabbaitul Bait, Queen Of Home



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2023/09/konvensyen-suri-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Presiden Jokowi Dan Para Menteri Gala Dinner Ktt Asean 2023

Video Presiden Jokowi Dan Para Menteri Gala Dinner Ktt Asean 2023

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 159 hits
Peninjauan persiapan Gala Dinner KTT ASEAN dilakukan oleh Presiden Jokowi didampingi oleh Menlu Retno Marsudi dan juru masak Arnold
Foto Gaya Para Pemimpin Negara Kompak Berpakaian Batik Di Gala Dinner Ktt Asean

Foto Gaya Para Pemimpin Negara Kompak Berpakaian Batik Di Gala Dinner Ktt Asean

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 132 hits
Mereka mendapat sambutan hangat dari Presiden Jokowi dan Ibu Negara Iriana yang tampil serasi dengan baju adat Betawi
Pembantu Rumah Dari Negara Seberang Menang Jackpot Saman Rm195 646 33 Di Mahkamah Kota Bharu

Pembantu Rumah Dari Negara Seberang Menang Jackpot Saman Rm195 646 33 Di Mahkamah Kota Bharu

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 228 hits
Seorang bekas pembantu rumah warganegara Indonesia Derfi Bisilisin 36 membuat tuntutan saman sivil Terhadap bekas majikannya kerana didakwa tidak dibayar gaji selama sembilan tahun berjumlah RM195 646 33 Tuntutan itu dibuat untuk gaji sebag...
B40 Terpaksa Catu Makanan Kami Tiada Pilihan Lain Suri Rumah

B40 Terpaksa Catu Makanan Kami Tiada Pilihan Lain Suri Rumah

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 244 hits
mediaprima com myHARGA beras naik mendadak di pasar raya FOTO Fathil AsriKuala Lumpur Kenaikan mendadak harga beras membebankan bukan sahaja golongan B40 malah hampir keseluruhan rakyat Malaysia yang terus dihimpit peningkatan kos sara hidu...
Zine X Diy Fest 2023 Di Balai Seni Negara

Zine X Diy Fest 2023 Di Balai Seni Negara

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 342 hits
Join us for the ultimate celebration of creativity at Zine X DIY Fest Get ready to immerse yourself in a world of art passion and community as we gather to champion and uplift young talented artists and creatives on their creative journeys ...
Suri Rumah Kerjaya Yang Sangat Mencabar

Suri Rumah Kerjaya Yang Sangat Mencabar

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 342 hits
Ramai yang salah faham dengan term Suri Rumah Sebab tu kerjaya ni sentiasa dipandang rendah oleh sebilangan orang Asal sebut suri rumah mesti orang mencebik Seolah olah suri rumah tu low class dan takda nilai Kekadang empunya diri tu jugak ...
Tasneem Home Centre Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah

Tasneem Home Centre Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 241 hits
Siapa tak kenal dengan jenama Tasneem Naturel Jenama sangat popular dikalangan mak mak untuk bayi dana anak mereka Mummy memang pengguna setia produk ketika anak kami masih bayi lagi Dulu nak beli Tasneem Naturel ini beli secara online atau...
6 Desain Rumah Minimalis 2 Lantai Untuk Keluarga Kecil

6 Desain Rumah Minimalis 2 Lantai Untuk Keluarga Kecil

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 147 hits
Siapin desainnya aja dulu nanti bangun rumahnya urusan belakangan
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul