Konvensyen Serlah Rakyat Terima Baik Kerajaan Perpaduan




 
Oleh: Noraini Nordin





ANALISIS: Konvensyen Kerajaan Perpaduan peringkat negeri Perak semalam telah berlangsung dengan jayanya dan boleh dikira mencapai matlamat yang disasarkan.





Bukan saja isu mengukuhkan lagi perpaduan menjadi tema utama perbincangan sepanjang konvensyen, bahkan ucapan empat pemimpin utama di majlis penutup jelas memperlihatkan bukan sahaja perpaduan itu mesti diperkukuhkan, bahkan kewujudan Kerajaan Perpaduan itu sendiri mesti dikekalkan.





Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya berkata, perpaduan yang semakin kukuh kini menunjukkan Kerajaan Perpaduan semakin diterima rakyat di seluruh negara.





Tambahnya, ia malah turut mendapat dukungan yang padu daripada Sabah dan juga Sarawak.





Kerajaan Perpaduan sehingga habis penggal





Serentak itu, beliau yang juga Pengerusi PH mengingatkan agar mereka yang masih cuba mahu menjatuhkan kerajaan agar dapat menerima hakikat bahawa Kerajaan Perpaduan ini akan kekal sehingga habis penggal.





Selain itu, tegasnya, perpaduan dalam kerajaan yang makin utuh turut menyebabkan Ahli ahli Parlimen blok pembangkang sendiri tidak lagi meyakini gabungan mereka.





Dengan itu, Anwar tidak menolak ada beberapa lagi Ahli Parlimen blok pembangkang akan tampil memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan pada waktu terdekat.





Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN pula berkata, melalui perpaduan yang perlu diselaraskan untuk mencapai matlamat yang sama, apa jua konflik dan perbezaan pendapat akan dapat diatasi dengan mudah.





Sebab itu, penting agar diwujudkan keserasian dan perpaduan bukan saja dalam kalangan pucuk pimpinan, tetapi juga hingga ke peringkat akar umbi.





"Keikhlasan dan keserasian mewujudkan perpaduan inilah yang diwujudkan di Perak di mana kepimpinan BN dan PH sentiasa bekerjasama mensejahterakan negeri ini.





"Lihat sahaja dapatan ekonomi di Perak yang telah berjaya mengutip hasil negeri sebanyak RM1.21 bilion bagi tahun 2023 dan ini merupakan angka tertinggi dalam sejarah negeri," jelasnya lagi.





Pengerusi PH Perak, Senator Dr Mujahid Yusof Rawa pula menyatakan, setelah Kerajaan Perpaduan terbentuk, apa yang perlu dilakukan ialah menjadikan gelombang perpaduan lebih besar lagi menyebar ke seluruh negara.





Perpaduan lambang kekuatan





Katanya, selain perpaduan adalah tuntutan agama, ia juga merupakan lambang kekuatan, sementara perpecahan adalah kelemahan.





"Kesejahteraan dan hubungan kedamaian juga adalah impian setiap manusia dan untuk menuju ke arah itu, ia harus dimulakan dengan perpaduan," ujarnya.





Pengerusi BN Perak merangkap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam pada itu mengingatkan bahawa Kerajaan Perpaduan ini tidak terbentuk dengan mudah.





"Ia terdiri hasil hasil komitmen dan pengorbanan jitu pendukung kedua-dua gabungan iaitu BN dan PH untuk mengenepikan segala perbezaan dan merangkul semua persamaan demi masa depan negara," katanya.





Untuk itu berikutan penerimaan baik daripada rakyat terhadap pembentukan Kerajaan Perpaduan, katanya, ia mesti dikekalkan dengan sentiasa mengukuhkan lagi perpaduan sesama komponen.





Yang nyata, semua yang hadir tidak pulang dengan tangan kosong sebaik konvensyen berakhir.





Daripada ucapan dan penegasan pimpinan yang memberi pesan, ia mengukuhkan lagi perpaduan untuk mempertahankan kerajaan.

______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

 









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/konvensyen-serlah-rakyat-terima-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Berharap Kerajaan Perpaduan Masih Dapat Diusahakan Ydp Agong

Saya Berharap Kerajaan Perpaduan Masih Dapat Diusahakan Ydp Agong

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 263 hits
Idea mewujudkan Kerajaan Perpaduan telah dicetuskan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah sejak peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan Al Sultan Abdullah ber...
Himpunan Rakyat Di Istana Negara Esok Tiada Sebarang Permohonan Di Terima Oleh Pihak Polis

Himpunan Rakyat Di Istana Negara Esok Tiada Sebarang Permohonan Di Terima Oleh Pihak Polis

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 255 hits
KUALA LUMPUR Polis belum menerima sebarang permohonan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat penyerahan memorandum kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Selasa Ketua Polis K...
Video Tegas Pesan Jokowi Ke Rakyat Yang Manis Enak Tapi Tak Baik Untuk Kita

Video Tegas Pesan Jokowi Ke Rakyat Yang Manis Enak Tapi Tak Baik Untuk Kita

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 162 hits
Presiden Jokowi menemui penerima BPJS Kesehatan di hari kedua kunjungan kerjanya di Jawa Tengah
Melayu Berpecah Belah Hanya Model Kerajaan Perpaduan Akan Berjaya

Melayu Berpecah Belah Hanya Model Kerajaan Perpaduan Akan Berjaya

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 181 hits
Penyatuan Melayu di bawah satu gabungan politik sebagaimana matlamat perjuangan Perikatan Nasional tidak realistik bagi politik Malaysia Pengarah Komunikasi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berkata selepas 2018 kaum Melayu telah terpecah ke dala...
Tindakan Kerajaan Benarkan Warga Asing Membeli Minyak Masak Subsidi Tidak Adil Kepada Rakyat

Tindakan Kerajaan Benarkan Warga Asing Membeli Minyak Masak Subsidi Tidak Adil Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 271 hits
KUANTAN Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berhubung tiada larangan untuk warga asing membeli minyak masak peket bersubsidi mengundang rasa kecewa dalam kalangan rakyat negara ini Aktivis ma...
Cukai Cukai Baharu Hadiah Kerajaan Madani Untuk Rakyat

Cukai Cukai Baharu Hadiah Kerajaan Madani Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 187 hits
harkaly comJanuary 18 2024KUALA LUMPUR Tekanan ekonomi dilalui rakyat biasa akan semakin hebat tahun ini apabila tidak sampai sebulan 2024 bermula rakyat disajikan dengan aneka hadiah cukai baharu yang pelbagai Profesional Istiqamah dalam s...
Kerajaan Perpaduan Melanggar Perlembagaan Persekutuan Jika Teruskan Hasrat Mansuh Skim Pencen

Kerajaan Perpaduan Melanggar Perlembagaan Persekutuan Jika Teruskan Hasrat Mansuh Skim Pencen

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 283 hits
TEMERLOH nbsp Kerajaan Perpaduan didakwa melanggar Perlembagaan Persekutuan jika meneruskan hasrat memansuhkan skim tetap dan berpencen untuk penjawat awam yang baharu Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ini keran...
Persidangan Kerajaan Perpaduan Perak

Persidangan Kerajaan Perpaduan Perak

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 197 hits
Nga Kor MingSelamat bersidang kepada semua perwakilan di konvensyen Kerajaan Peepaduan negeri Perak 2024 Rapatkan saf pimpinan lipat gandakan usaha bekerja untuk negara dan rakyat tanpa kira kaum dan agama MalaysiaMADANI anwaribrahim DrZahi...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ringgit Weakens Against Us Dollar Amid Ongoing Trade War Concerns

Taruhan Bola Pialabet Handicap Panduan Dan Strategi Terbaik Untuk Pemula

10 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Johor Wajib Singgah Sekali Seumur Hidup

Persiapan Kejohanan Merentas Desa

Ayu Damit Feat Emeer Bakri Cukup Kita Chord

70 Patriotic 4th Of July Crafts That Will Spark Joy And Creativity This Independence Day