Konvensyen Parti Amanah Negara Paling Tenang


Konvensyen Parti Amanah Negara Paling Tenang | Penganjuran Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) 2019 yang berlangsung bermula 6 Disember lalu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini berlangsung dalam suasana tenang dan harmoni

Ia jauh berbeza dengan sebuah lagi persidangan parti dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2019 yang berlangsung penuh drama dan kekecohan,
Begitu juga proses pemilihan Amanah yang julung kali diadakan turut berjalan dengan lancar dan penuh kesederhanaan


Tidak keterlaluan, konvensyen Nasional Amanah kali ini diibaratkan seperti pertemuan dan perbincangan adik-beradik dalam menentukan hala tuju rumahtangga parti itu pada masa hadapan

Sentimen sama dikongsi penganalisis dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff yang menyifatkan perjalanan konvensyen Amanah kali ini lebih menarik perhatian berbanding Kongres Nasional PKR 2019 dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU)

Menurutnya, topik perbincangan dibangkitkan perwakilan sepanjang konvensyen dilihat lebih terbuka dan demokratik berbanding parti-parti lain di negara ini

"Kita lihat perwakilan ada keberanian mengkritik sesiapa sahaja dan lebih menarik tiada amaran dikemukakan Speaker parti terhadap mereka.

Konvensyen Parti Amanah Negara Paling Tenang
"Para kepimpinan Amanah juga kelihatan berlapang dada memberikan reaksi dan ini satu anjakan paradigma positif dengan pembawaan satu budaya politik baharu kepada negara," katanya kepada Sinar Harian

Sabtu lalu turut menyaksikan teka-teki sama ada berlaku perubahan tampuk kepimpinan dalam Amanah turut terjawab apabila kesemua 27 ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional parti itu bersepakat mengekalkan status quo kepimpinan sesi lalu pada sesi 2019-2022 kali ini

Keputusan itu dianggap unik dan mengejutkan, meskipun Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Timbalannya, Datuk Seri Salahuddin Ayub hanya meraih undi ketujuh dan ketiga tertinggi daripada kalangan 27 ahli Jawatankuasa Nasional parti

Kekal status quo kepimpinan keputusan matang
Seorang lagi penganalisis politik dari UUM, Penganalisis dari UUM, Profesor Dr Mohd Azizuddin Md Sani berkata, senario itu memberi indikator Amanah yang hanya ditubuhkan empat tahun lalu, semakin matang dalam memastikan hala tuju dan kestabilan parti terus terpelihara

"Konvensyen Amanah saya tengok dari aspek pemilihan parti agak terbuka sehingga jawatan perhubungan negeri dipertandingkan, sungguh mengagumkan


Profesor Dr Mohd Azizuddin Sani"Secara umum Amanah mengekalkan status quo kepimpinan untuk sesi baharu kerana mereka bimbang untuk menjejaskan kestabilan parti dibina sejak empat tahun lalu

"Lagipun ramai pemimpin Amanah yang memegang jawatan utama parti adalah kelompok pengasas parti dan dilantik menjadi menteri Pakatan Harapan (PH). Justeru, tuntutan akar umbi parti memenuhi kestabilan parti dapat dilihat sejak dari awal," katanya

Bagi Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr Muhd Yusri Ibrahim pula, keputusan mengekalkan kestabilan dalam Amanah, khususnya menghadapi tempoh transisi kerajaan PH yang genting sekarang ini adalah tindakan bagus dan tepat

"Keputusan itu membolehkan Amanah kekal fokus kepada agenda mengisi kemenangan PH, berbanding terpaksa menghabiskan masa dan tumpuan menghadapi polemik apabila kerusi kepimpinan tertinggi ditukar

"Pemilihan Mohamad sebagai Presiden dan Salahuddin Ayub sebagai Timbalan Presiden adalah mengikut perlembagaan parti dan tatacara pemilihan kepimpinan mereka, tiada isu dalam kes ini," katanya

Budaya bodek, angkat bakul sendiri ditolak perwakilan
Seperkara lebih mencuit perhatian, budaya membodek dan 'angkat bakul sendiri' langsung tidak ditunjukkan oleh perwakilan dan kepimpinan Amanah sepanjang sesi perbahasan dan penggulungan konvensyen.

Konvensyen Parti Amanah Negara Paling Tenang
Sebaliknya, perwakilan Amanah dilihat memberi kritikan agak keras dan pedas kepada kepimpinan mereka yang kini dilantik sebagai menteri kerajaan PH

Ucapan perbahasan mereka juga lebih terarah mempersoalkan beberapa inisiatif kerajaan PH yang dianggap mengundang kemarahan rakyat ketika ini

Antaranya ialah projek kereta terbang; ketiadaan liputan secara langsung konvensyen parti-parti dalam PH oleh media kerajaan; kelemahan penyampaian komunikasi kepada rakyat; ketidakfahaman rakyat terhadap gagasan Rahmatan Lil Alamin dan pengenalan Program Subsidi Petrol (PSP)

Bagi kepimpinan parti pula, mereka dilihat bersifat 'apologetik' dengan memohon maaf kepada perwakilan bagi setiap kekurangan dan kelemahan dihadapi kerajaan PH dalam memenuhi janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)

Kamarul Zaman berpandangan budaya politik baharu ini ditonjolkan Amanah ini bakal mengubah persepsi rakyat terutama pengundi Islam dan Melayu terhadap objektif perjuangan sebenar parti itu

"Walaupun pandangan perwakilan seolah-olah memberi imej negatif kepada Amanah, kritikan dalaman pada masa sama dilihat sangat signifikan bagi menyedarkan kepimpinan Amanah jika ada sesuatu perkara tidak kena," katanya

Bagi Dr Azizuddin pula, setiap kritikan keras dan pedas daripada perwakilan ada asas dan menunjukkan manifestasi kesungguhan dan kasih sayang mereka dalam mempertahankan parti mereka

"Contohnya isu pemberian liputan media kepada konvensyen parti kerajaan, ada sampai minta menteri penerangan letak jawatan

"Kritikan itu nampak keras, tetapi 'spot on' (tepat). Ianya sebagai peringatan kepada kepimpinan parti dan menteri untuk lebih 'perform'," katanya

Konvensyen tidak jadi medan hentam pembangkang
Dr Muhd Yusri berkata, konvensyen Amanah kali ini turut menampakkan perubahan segar apabila ianya tidak lagi menjadi medan parti itu menghentam parti pembangkang terutama seteru lama mereka, Pas

Menurutnya, setiap perwakilan parti dilihat menggunakan medium perbahasan bagi memberi refleksi kepada prestasi parti mereka sendiri

"Mereka tidak lagi membuat serangan kepada parti-parti lawan seperti yang sering dilakukan parti-parti lain

"Begitu juga kepimpinan parti, ucapan penggulungan dan penangguhan mereka segar dan matang dalam kerangka memperkukuhkan parti dan tidak lagi menyindir parti lawan

"Ini budaya matang yang mungkin pelik di mata rakyat negara ini, tetapi sangat berkesan dalam menyentuh pengundi-pengundi atas pagar," katanya

Sementara itu, Dr Azizuddin menyifatkan Amanah sudah mula menunjukkan tingkah laku mencerminkan sebuah parti kerajaan dengan sesi perbahasan dan penggulungan parti yang lebih menekankan aspek kelangsungan parti

"Ada unsur kematangan dilihat dalam Amanah tetapi cabaran besar mereka adalah untuk menjual identiti parti yang mendukung Islam progresif kepada masyarakat Melayu negara ini

"Amanah masih memerlukan masa di samping perlu memastikan gagasan Rahmatan Lil Alamin dicetuskan pemimpin mereka dijayakan sebagai simbolik pencapaian parti," katanya.

Konvensyen Parti Amanah Negara Paling Tenang
Amanah jadi gam menyatupadukan PH
Konvensyen Amanah turut menyaksikan Mohamad Sabu dalam ucapannya menegaskan Amanah adalah parti yang paling stabil dan mampu menjadi gam untuk menyatukan kembali parti-parti dalam PH daripada kemelut dalaman

Dalam isu ini, Kamarul Zaman bersetuju dengan pandangan itu walaupun parti itu memiliki kerusi Parlimen paling sedikit berbanding parti lain dalam PH iaitu 11 kerusi

"Amanah juga tiada perpecahan dalaman serius dan paling penting parti itu paling banyak berkorban dalam soal pembahagian kerusi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebelum ini

"Bahkan Amanah juga mampu bertindak sebagai agen pendamai kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ini kerana jika masalah dalaman PKR tidak selesai, keutuhan PH sendiri juga boleh tergugat," katanya

Dari sudut lain, Dr Muhd Yusri menganggap Amanah perlu berperanan untuk mengurangkan ketegangan isu transisi jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menurutnya, Amanah juga mampu berperanan menjirus air bagi menyejukkan bara yang sekali sekala mencetuskan api pergeseran antara Parti Pribumi Rakyat Malaysia (Bersatu) dan PKR

Elak persepsi remeh jika Amanah hendak maju
Secara keseluruhan, objektif penganjuran Konvensyen Nasional Amanah 2019 tercapai daripada beberapa aspek penting seperti pengukuhan organisasi, kelangsungan parti dan penyampaian suara kebimbangan akar umbi terhadap dasar pentadbiran kerajaan PH

Meskipun persepsi Amanah sebagai proksi DAP sukar dikikis, parti itu perlu mengakui generasi kedua gerakan Islam di Malaysia itu perlu terus berjalan tanpa mengendahkan sebarang serangan persepsi

Amanah juga perlu benar-benar mengubah mentaliti ahli supaya berfikir sebagai kerajaan dengan inisiatif penyampaian khidmat dan maklumat terbaik kepada rakyat sebagai keutamaan paling tinggi

Posisi Amanah juga sangat penting dalam menentukan kelangsungan PH

Justeru, Amanah tidak perlu menghabiskan masa dan tenaga untuk memberi tumpuan kepada persepsi remeh, sebaliknya buktikan kejayaan pemimpin mereka dengan memberi khidmat terbaik kepada rakyat. -  sinar



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2019/12/konvensyen-parti-amanah-negara-paling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dari Kartel Ke Parti Reformasi Negara Mmmmmm

Dari Kartel Ke Parti Reformasi Negara Mmmmmm

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 564 hits
OLEH HAMSINA HAMZAHBetul ker ni berapa hari agaknya bertahan jika ianya jadi kenyataan Mcm parti Selangor jer TERSEBAR DLM GROUP WSAP PRO AZMIN SKRG SENARAI JAWATANKUASA PENAJA PARTI REFORMASI NEGARA Presiden YB Dato Seri Mohamed Azmin Ali ...
Kereta Terbang Program Paling Tak Guna Perwakilan Amanah

Kereta Terbang Program Paling Tak Guna Perwakilan Amanah

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 406 hits
SHAH ALAM Projek kereta terbang diaggap sebagai satu program paling tak guna dan memalukan Perkara itu dibangkitkan oleh perwakilan Amanah Pahang Mohd Fadzli Mohd Ramly ketika membahaskan ucapan dasar presiden di Konvensyen Nasional Amanah ...
Orang Lelaki Banyak Mengeteh Perwakilan Minta Parti Tidak Pinggirkan Wanita Amanah

Orang Lelaki Banyak Mengeteh Perwakilan Minta Parti Tidak Pinggirkan Wanita Amanah

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 313 hits
dan Astro Awani Dr Siti Mariah Mahmud berkata wanita di akar umbi dilihat lebih bertungkus lumus dalam mendekati rakyat berbanding perwakilan Pemuda Foto Astro AWANI SHAH ALAM Kepimpinan Parti Amanah Negara digesa agar tidak meminggirkan us...
Amanah Perlu Dijana Jadi Parti Islam Efektif

Amanah Perlu Dijana Jadi Parti Islam Efektif

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 437 hits
KONVENSYENPARTI Amanah Negara akan mengadakan konvensyen nasional kali ke 3 tanggal 6 hingga 8 Dismber depan berempat di IDCC Shah Alam Selangor Ia akan bermula dengan konvensyen Awan dan Pemuda lebih awal Tema konvensyen ialah entah Konven...
Amaran Dan Kritikan Pedas Rangkuman Konvensyen Amanah 2019

Amaran Dan Kritikan Pedas Rangkuman Konvensyen Amanah 2019

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 414 hits
Alyaa Alhadjri Ramieza Wahid Berita KONVENSYEN AMANAH Amanah hari ini menamatkan konvensyen keempatnya yang menyaksikan parti itu buat julung kalinya membuat pemilihan sejak penubuhannya lima tahun lalu Konvensyen ini berjalan serentak deng...
Indonesia Jadi Negara Paling Banyak Menerima Panggilan Spam

Indonesia Jadi Negara Paling Banyak Menerima Panggilan Spam

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 203 hits
Indonesia menjadi negara ketiga dunia sebagai negara yang paling banyak menerima panggilan spam Lompatan ini sangat signifikan karena tahun lalu Indonesia berada di peringkat ke 16
Selamatkan Aset Negara Dpr Wacanakan Aturan Penyadapan Pasca Putusan Pengadilan

Selamatkan Aset Negara Dpr Wacanakan Aturan Penyadapan Pasca Putusan Pengadilan

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 231 hits
Ketua Baleg Supratman Andi Agtas menuturkan pihaknya ingin membuat penyadapan bisa dilakukan meskipun perkara korupsi sudah berkekuatan hukum tetap Sehingga aset negara yang dikorupsi bisa tetap ditemukan
Bekas Ketua Polis Negara Tempelak Pas

Bekas Ketua Polis Negara Tempelak Pas

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 347 hits
Bekas Ketua Polis Negara Tempelak PAS Bekas ketua polis negara Abdul Rahim Noor mempertahankan tindakan membawa pulang abu mayat Chin Peng dengan mengatakan pemimpin komunis itu bukan lagi menjadi suatu ancaman Abdul Rahim memberitahu Malay...
Negara Hilang Maruah

Negara Hilang Maruah

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 361 hits
HINA BENDERA APA ADA MASALAH SEJAK PAKATAN MEMERINTAH MACAM MACAM PENGHINAAN DIBUAT AKHIRNYA MINTA MA AF NANTI HINA LAGI KEMUDIAN MINTA MA AF MINTA MA AF MINTA MA AF JIKA NEGARA MALAYSIA ADA MARUAH DAN TIDAK DAYUS WAJIB AMBIL TINDAKAN SEBAB...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri