Kontroversi Zakir Naik Pas Salahkan Dap


Haspaizi Zain 
   
PAS mendakwa parti itu sudah menasihati Dr Zakir Naik supaya berhati-hati membicarakan isu politik negara ini namun kenyataan pendakwah dari India itu dipolitikkan DAP

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, berkata pihaknya menyarankan agar Zakir menumpukan tugasnya sebagai pendakwah.

"Cuma kita kena sedar, isu beliau telah dipolitikkan oleh DAP. Bukan beliau (Zakir) yang mempolitikkan, (tapi) DAP yang mempolitikkan," katanya.

Justeru kata Abdul Hadi PAS mengambil sikap untuk menjawab isu berkenaan dan bukannya Zakir sendiri.

"Zakir perlu fokus kepada dakwah, bukan hal politik... dakwah secara akedemik," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu Abdul Hadi mempengerusikan mesyuarat bersama PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Berjasa yang bergabung dalam Gagasan Sejahtera.
Gabungan itu ditubuhkan menjelang PRU ke-14 lalu dan menyaksikan PAS merangka strategi untuk menjadi penentu kuasa (king maker) dalam politik negara.

Keputusan PRU menyaksikan PAS kekal sebagai pembangkang namun berjaya menawan Terengganu daripada Umno dan mengekalkan penguasaan ke atas Kelantan. PAS dan Umno kini bekerjasama erat pula sebagai pembangkang, bersama-sama MIC dan MCA.

Baca Hadi: DAP itu 'anak butir t**k PAP'
Terdahulu Abdul Hadi ditanya mengenai pandangan Presiden MIC, SA Vigneswaran yang kecewa dengan sikap beberapa pemimpin PAS dalam menangani isu Zakir

Semalam Malaysiakini melaporkan, MIC sedih kerana berpendapat PAS sepatutnya memberikan nasihat kepada Zakir agar menghormati bangsa lain di negara ini.

"Bukannya menggalakkan dia untuk mengeruhkan lagi keadaan," katanya.

Hubungan MIC dengan PAS sebelum ini adalah sebagai musuh politik, sesuai kedudukan parti kaum India itu sebagai sebahagian daripada kerajaan BN, sehinggalah PH berjaya menguasai Putrajaya pada Mei tahun lalu.

Sejak itu, kedua-dua terbabit mula bekerjasama, malah pada Mac lalu, Presiden PAS menganggap kerjasama mereka seumpama sebuah keluarga.

Zakir menuai kontroversi semasa berceramah di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, baru-baru ini. Beliau hadir ke Kelantan atas jempuran kerajaan negeri yang dikuasai PAS.

Abdul Hadi berkata PAS cuma memain peranan menjawab serangan terhadap Zakir kerana isu berkenaan telah dimainkan parti politik.

"Apabila isu ini timbul, biar kita (PAS) tangani, kerana parti politik yang memainkan isu ini, bukan beliau (Zakir).

"Beliau hanya beri jawapan bagi pihak dirinya. Dakwah mesti melibatkan isu agama, perbandingan agama, perbandingan secara ilmu," katanya.

Abdul Hadi yang memang konsisten mengecam DAP berkata, apa yang penting ialah setiap kenyataan Zakir dijawab dengan hujah.

"Kalau tak boleh jawab dengan hujah, jangan marahlah," katanya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/kontroversi-zakir-naik-pas-salahkan-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Sejuta Ahli Pas Pertahan Zakir Naik

Lebih Sejuta Ahli Pas Pertahan Zakir Naik

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 405 hits
Hanya umat Islam munafik setuju halau Zakir Naik Nik AbduhNews Diterbitkan Hari ini 4 47 petang Dikemaskini Hari ini 4 47 petang Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan hanya umat Islam yang munafik sahaj...
Isu Zakir Naik Mic Tidak Sebulu Dengan Pas

Isu Zakir Naik Mic Tidak Sebulu Dengan Pas

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 274 hits
Isu Zakir Naik MIC tidak sebulu dengan PASOleh August 26 2019Belum pun kerjasama penuh antara Umno dan Pas termeterai parti komponen BN telah pun pening menghadapi tindak tanduk Pas Terbaharu Presiden MIC SA Vigneswaran menyatakan rasa sedi...
Usir Zakir Naik Amaran Untuk Dap

Usir Zakir Naik Amaran Untuk Dap

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 263 hits
SAYA membaca kenyataan terkini Lim Kit Siang di dalam Malaysiakini yang sekali lagi mengulangi pendirian parti DAP bahawa pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik perlu diusir daripada negara ini Kenyataan itu dapat diakses melalui laman web Ma...
Zakir Naik Pas Sepatutnya Jauh Lebih Sensitif Vigneswaran

Zakir Naik Pas Sepatutnya Jauh Lebih Sensitif Vigneswaran

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 378 hits
Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran KUALA LUMPUR Tidak ernah terlintas pada fikiran MIC hubungan yang dibina parti itu dengan Pas terputus kerana prinsip saling hormat menghormati agama serta kepercayaan antara kaum itu tergugat Malah janj...
Zakir Naik Dap Tidak Bersendirian

Zakir Naik Dap Tidak Bersendirian

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR 16 Ogos Ahli Parlimen Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman mempersoalkan tindakan segelintir pemimpin DAP yang sangat berlebihan menyasar Dr Zakir Naik tanpa memahami ucapan penuh pendakwah antarabangsa tersebut Menurut Abdul L...
Mp Pas Gagal Ke Ceramah Zakir Naik Kit Siang Patut Tutup Mulut

Mp Pas Gagal Ke Ceramah Zakir Naik Kit Siang Patut Tutup Mulut

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 328 hits
MALAYSIAKINI Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri Che Abdullah Mat Nawi berkata Lim Kit Siang patut tutup mulut dan tidak lagi mengkritik Dr Zakir Naik selepas gagal memenuhi undangan untuk hadir ke program pendakwah itu di Kelantan ming...
Dua Menteri Dap Mahu Zakir Naik Tidak Dibenar Kekal Di Malaysia

Dua Menteri Dap Mahu Zakir Naik Tidak Dibenar Kekal Di Malaysia

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 432 hits
Dua Menteri dari DAP membangkitkan isu kehadiran Zakir Naik ke negara ini termasuk beberapa kenyataan kontroversi dibuat oleh pendakwah antarabangsa itu kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Mesyuarat Kabinet hari ini Menurut...
Kontroversi Zakir Naik Di Bangkitkan Pada Mesyuarat Kabinet

Kontroversi Zakir Naik Di Bangkitkan Pada Mesyuarat Kabinet

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 260 hits
PUTRAJAYA Dua menteri Persekutuan telah membangkitkan isu kehadiran pendakwah Dr Zakir Naik di Malaysia dan kenyataannya yang disifatkan sebagai kontroversi dalam Kabinet dan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini Menteri K...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur