Kontroversi Agama Bukan Periuk Nasi Respon Menteri Tentang Isu Penceramah Didakwa Disekat Masuk Tv Dan Radio



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf berkata dalam menyampaikan ilmu tidak timbul isu mengganggu periuk nasi.

Katanya berhubung dakwaan beberapa penceramah bebas bahawa kerajaan cuba menutup periuk nasi mereka dengan menghalang memberi ceramah di televisyen dan radio.

Bagi Mujahid, dakwaan itu menunjukkan mereka ‘menjaja agama’ dalam mencari rezeki dan ia bertentangan dengan perjuangan sebenar seorang pendakwah agama.

“Bila ada ustaz cakap menutup periuk nasi mereka itu bermaksud mereka ‘menjaja agama’ untuk cari makan dan itu tidak betul kerana dalam penyampaian ilmu, tidak timbul isu ganggu periuk nasi orang.

“Agama bukan periuk nasi, tapi agama kena sampai ilmu,” katanya yang turut mengulas lanjut isu tular satu senarai penceramah yang tidak dibenarkan muncul di televisyen atau radio bermula Januari 2019.

Mujahid yang ditemui di Konvensyen Nasional Amanah 2018, berkata pejabatnya tidak pernah mengeluarkan arahan atau menyekat mana-mana penceramah untuk berdakwah sebaliknya memberi nasihat kepada golongan berkenaan agar mengikut tiga teras utama yang diperjuangkan.

“Selama ini kita nasihatkan agar penceramah, pengkuliah yang nak muncul di televisyen atau dalam program kita mestilah fahami tiga teras kita perjuangkan iaitu Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah dan Modul Malaysia.

“Maknanya dalam apa juga yang mereka sampaikan selagi tidak bercanggah dengan tiga perkara ini maka kita alu-alukan, kita bukan nak sekat orang hanya kerana kita tak suka dia, tapi lebih kepada melihat content,” katanya.


Sebelum ini tular senarai nama 10 penceramah yang tidak digalakkan untuk ke udara di televisyen atau radio bermula Januari 2019 antaranya Datuk Mohd Kazim Elias, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali Syamsul Debat dan beberapa orang pencetus ummah.

Penceramah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias meluahkan perasaan sedihnya di media sosial.

“Dengar khabarnya teman (saya) dah tak digalakkan untuk keluar dalam program di tv dan radio. Sedihnya. Nak nangis pula rasanya.

“Alhamdulillah dunia dakwah sangat luas. Janji, dakwah jalan terus. Yang sedihnya, bagi yang menyekat itu, apalah nak dijawab di hadapan Allah apabila disoal.

“Sedangkan, menyampaikan dakwah itu adalah perintah Allah,” tulisnya di Facebook dan Instagram.

Nama Ustaz Kazim diletakkan di tempat kedua dalam senarai 10 penceramah selepas Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani.

Penceramah lain yang turut tersenarai adalah Samsul Debat, Dr Redzuan Tee Abdullah, Ustaz Abdullah Khairi, Ustazah Norhafizah Musa, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Zamihan, PU Amin dan PU Syed.

Walaubagaimanapun, PU Syed di laman Facebook miliknya mengakui beliau tidak kisah sekiranya dihalang daripada membuat kemunculan di TV dan radio.

Beliau boleh menyiarkan sendiri ceramahnya untuk diikuti secara langsung oleh penonton pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

“Kenapa nak bersedih? Relaks-relaks saja. Ambe disekat kerana tegur kerajaan. Jika ambe ampu kerajaan, nama ambe takkan tersenarai,” katanya.

Menurutnya lagi beliau sering berdepan keadaan ‘dibuang’ daripada mengajar di masjid ketika zaman Barisan Nasional (BN) lagi.

Beliau tidak takut kerana ujian ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan ujian diterima para nabi-nabi.

Sumber: https://yoy.my

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2018/12/kontroversi-agama-bukan-periuk-nasi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agama Bukan Periuk Nasi Mujahid Nafi Sekat Penceramah Berdakwah

Agama Bukan Periuk Nasi Mujahid Nafi Sekat Penceramah Berdakwah

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 652 hits
Agama Bukan Periuk Nasi Mujahid Nafi Sekat Penceramah Berdakwah Baru baru ini tular senarai nama 10 penceramah antaranya Datuk Mohd Kazim Elias Ustaz Azhar Idrus dan beberapa orang pencetus ummah yang dikatakan tidak dibenarkan untuk ke uda...
Kerajaan Nafi Halang Penceramah Agama Dakwah Di Tv Radio

Kerajaan Nafi Halang Penceramah Agama Dakwah Di Tv Radio

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 612 hits
IPOH Jabatan Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan arahan menyekat atau melarang beberapa penceramah agama untuk keluar di televisyen dan radio seperti yang tular dalam media sosial Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof...
Akhirnya Rtm Tampil Jawab Arahan Sekat Penceramah Agama Keluar Tv Radio

Akhirnya Rtm Tampil Jawab Arahan Sekat Penceramah Agama Keluar Tv Radio

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 1200 hits
Akhirnya RTM Tampil Jawab Arahan Sekat Penceramah Agama Keluar TV RadioAkhirnya RTM Tampil Jawab Arahan Sekat Penceramah Agama Keluar TV Radio
Lgbt Bebas Masuk Tv Penceramah Islam Ditapis Ikut Nafsu Menteri

Lgbt Bebas Masuk Tv Penceramah Islam Ditapis Ikut Nafsu Menteri

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 370 hits
Aktivtis trangender diberikan ruang siaran TV untuk menyebarkan budaya hidup LGBT mereka Manakala ramai penceramah bebas yang berlainan aliran dengan menteri agama mula diberikan tekanan untuk tidak bersiaran di TV Tafsiran pesong rahmatan ...
Adakah Tauliah Penceramah Agama Kini Bawah Gobind Singh Deo

Adakah Tauliah Penceramah Agama Kini Bawah Gobind Singh Deo

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 536 hits
APAKAH TAULIAH PENCERAMAH AGAMA KINI DI BAWAH GOBIND SINGH DEO Terkesima saya membaca surat pengesahan pejabat Menteri KKM Gobind Singh Deo yang mengesahkan sekatan terhadap terhadap 10 Penceramah Agama popular tanahair termasuk Ustaz Abdul...
Ustaz Kazim Azhar Idrus Dan Samsul Debat Antara 10 Penceramah Dilarang Keluar Di Tv Dan Radio

Ustaz Kazim Azhar Idrus Dan Samsul Debat Antara 10 Penceramah Dilarang Keluar Di Tv Dan Radio

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 670 hits
Ustaz Kazim Azhar Idrus Dan Samsul Debat Antara 10 Penceramah Dilarang Keluar Di TV Dan Radio Pencetus Ummah Syed baru baru ini memuat naik satu gambar senarai yang menunjukkan beberapa nama agamawan yang tidak digalakkan untuk muncul di te...
Najib Razak Sindir Kerajaan Baru Tentang Minyak Memang Pedas Kata Kata Bekas Perdana Menteri Ini

Najib Razak Sindir Kerajaan Baru Tentang Minyak Memang Pedas Kata Kata Bekas Perdana Menteri Ini

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 526 hits
Najib Razak Sindir Kerajaan Baru Tentang Minyak Memang Pedas Kata Kata Bekas Perdana Menteri IniNajib Razak Sindir Kerajaan Baru Tentang Minyak Memang Pedas Kata Kata Bekas Perdana Menteri Ini
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi